Tuesday 31 January 2012

358 mohon halal




abatan Agama Johor (JAJ) menerima 358 permohonan sijil halal daripada pengusaha restoran, premis makanan dan pengilang barangan berkaitan makanan, ubatan serta kecantikan untuk mendapatkan status halal bagi produk mereka sepanjang 2011.


Jurucakap JAJ berkata, kesemua permohonan berkenaan masih dalam proses kelulusan sebelum pemohon dibenarkan mengguna serta memaparkan Logo Halal Malaysia.

"Sehingga kini, kami mengeluarkan 419 sijil halal kepada pengusaha restoran, premis makanan dan pengilang barangan berkaitan makanan, ubatan serta kecantikan," katanya.

Maklumat cara memohon sijil halal boleh diperoleh dengan melayari laman web www.johordt.my/jaj atau emel ke jaj@johor.gov.my.