Thursday 22 December 2011

Food panel to conduct spot checks

KUALA LUMPUR: The special committee set up recently to monitor food products without brands will conduct spot checks at the Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) and other premises, including hypermarkets.

Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the committee comprising officers from the Health Ministry, the Agriculture and Agro-based Industry Ministry, Sirim Berhad and the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) had its first meeting recently. He said the committee would monitor the goods and produce at these outlets to ensure the items were halal and safe for consumption.

Tanjung Manis Pilihan Pelabur


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata penubuhan hab halal di negara ini bukan bertujuan membuka peluang perniagaan kepada usahawan Islam tempatan atau antarabangsa semata-mata kerana pelabur terbesarnya kini konglomerat bukan Islam.

Mengambil contoh Hab Halal Tanjung Manis (HHTM) beliau berkata, sebuah syarikat Taiwan menjadi pelabur utama di kawasan perindustrian itu dan ia mempunyai kelayakan dalam menghasilkan produk halal yang diiktiraf.

Cubaan sabotaj

IPOH: Kumpulan Syarikat Ramly yang terkenal dengan produk daging burger Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hot dog keluaran syarikat itu mengandungi DNA babi berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan ia mengandungi DNA babi.

Monday 5 December 2011

Hotel Hilton KL Halal

 Hilton Kuala Lumpur telah menerima pensijilan halal bagi dapur bankuasi dan restoran Makan Kitchennya.



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganugerahkan pensijilan itu selepas pemeriksaan, penilaian dan cadangan restoran itu tentang pematuhan halal.

Pengurus Besar DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, Ian Barrow, berkata: "Pensijilan ini adalah satu tanggungjawab dan akan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan Islam ke hotel kami."

Sunday 4 December 2011

Status Halal Fraknfurter Ramly


1. Jakim melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak soalan dan aduan berkenaan status halal produk frankfurter jenama Ramly.

2. Susulan daripada aduab tersebut, Bahagian ini telah melakukan siasatan bersama Kemeterian Kesihatan Malaysia dan mengambil sampel produk dari kilang tersebut dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi ujikaji pada 14 November 2011.
3. Untuk makluman semua, hasil keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sample yang dihantar mengesahkan produk tersebut tudak mengandungi DNA babi seperti yang didakwa.
4. Dengan pengesahan ini, pengguna tidak perlu merasa was-was terhadap produk tersebut yang masih memegang Sijil Halal Malaysia sehingga 14 Januari 2012.
5. Pihak Jakim sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini.
6. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan dengan isu-isu halal semua pihak diminta untuk merujuk melalui laman web Bahagian Hab Halalhttp://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial. Sebarang pertanyaan berkenaan status halal sesuatu produk boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03-83150200.

Logo Halal sekadar di pinggiran

ASALKAN ada kalimah Allah, ayat al-Quran atau melihat juruwang mahupun pelayan memakai tudung di sesebuah premis, ia dianggap halal. Cukup mudah penilaian dibuat sebilangan masyarakat Islam hari ini dalam membuat keputusan sama ada mereka boleh menikmati hidangan di sesebuah kedai makan atau restoran.

Malah, ada yang beranggapan, jika ada logo halal pasti makanan itu boleh dimakan. Sikap pengguna yang memandang ringan status halal haram makanan disajikan menjadi punca sebilangan pemilik restoran bukan Islam menggunakan logo halal tiruan mahupun pengesahan halal daripada pihak tidak bertauliah bagi mengaburi mata dan meyakinkan pelanggan Islam.


Penutup Gambar Gereja


Thursday 1 December 2011

Rahsia L-Gluthione anti penuaan masa kini, kembali awet muda, gebu dan berseri

L-GLUTHIONE adalah asid amino yang ditemui dalam setiap sel daripada organik algae hidup. Ia dianggap sebagai antioksidan utama dan diketahui manusia kerana melindungi tubuh daripada penuaan dan keadaan lain.

Tetapi seperti yang diketahui tahap glutathione kita habis kerana paparan pencemaran udara, tekanan, ubat-ubatan, merokok, atau bahan kimia makanan yang merosakkan sistem khidmat kita.

Seperti disebutkan di atas, L-gluthione boleh membantu sebagai anti penuaan masa kini.