Wednesday 4 January 2012

Perkasakan Halal


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melantik kira-kira 62 pegawainya serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri bagi membantu dalam tindakan dan penguatkuasaan berkaitan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Persijilan Halal.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pelantikan itu selaras usaha memantapkan lagi penguatkuasaan terhadap syarikat yang menggunakan sijilhalal tidak sah.




"Selain itu, kita juga akan melantik 45 pegawai kontrak di kalangan pegawai Jakim sebagai tenaga tambahan dalam melaksanakan penguatkuasaan menyeluruh.

"Selain kerjasama antara kedua-dua pihak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga sudah melantik Jakim sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan di bawah kementerian itu bagi tindakan penguatkuasaan," katanya, semalam.

Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

"Manakala negeri selebihnya masih dalam persediaan dan sedang mengikuti latihan khususnya berkaitan pembangunan sistem e-halal. Dengan penyeragaman itu nanti, kita akan menggunakan satu sistem, logo serta sijil yang sama di seluruh negara," katanya.

Katanya, di pihak industri pula, Jakim dalam perancangan untuk memberi taklimat dengan persatuan pengguna seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Persatuan Pengilang Malaysia (FMM) berkaitan akta berkenaan.

"Tujuan taklimat itu supaya pihak industri terbabit dapat menyampaikan maklumat akta berkenaan kepada ahli," katanya.

Selain itu, katanya, pengguna Islam disarankan menghubungi pejabat Jakim atau melayari www.halal.gov.my dan www.halalpages.com untuk mendapatkan maklumat berkaitan persijilan halal.

"Selepas kita menguatkuasakan akta ini, pengguna memainkan peranan untuk menyalurkan maklumat sekiranya mereka ada keraguan berkaitan produk atau premis yang menggunakan sijilhalal," katanya.

Harian Metro, semalam melaporkan, walaupun tinggal beberapa hari lagi sebelum tamat tempoh 'amaran', namun ratusan pengusaha restoran dan syarikat pengeluar makanan dikesan masih berdegil menggunakan sijil halal palsu tidak diiktiraf Jakim.

Kebanyakan pengusaha terbabit sebelum ini sudah diberi peringatan supaya tidak lagi menggunakan sijil halal tidak sah apabila hanya sijil dan logo halal Jakim saja yang boleh diguna pakai dan diiktiraf berkuat kuasa 1 Januari 2012.