Berikutan aduan awam berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM bersama dengan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya telah menjalankan serbuan ke atas beberapa premis makanan.
Premis perniagaan yang menggunakan logo halal tanpa pengesahan JAKIM. Premis yang terlibat ialah Island Red Phoenix Sdn. Bhd, Four Happy Seasons Restaurant Sdn. Bhd di Wangsa Maju dan Rest Twenty Three di Kajang. Operasi ini diketuai oleh Ust. Mohd Amri Abdullah yang telah dijalankan pada 21/10/2009 bermula jam 11.30 am dan berakhir pada jam 5.15 pm.
Menerusi operasi ini juga, pihak JAKIM dan KPDNKK telah mendapati bahawa terdapat premis makanan yang menggantung ayat-ayat suci Al-Quran bagi tujuan menarik pelanggan Muslim serta menggunakan sijil logo halal yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. “Hasil dari pemeriksaan yang telah dijalankan, didapati pemilik premis berkenaan telah menggunakan serta mempamerkan logo halal JAKIM di premis perniagaan tanpa mendapat sijil pengesahan halal yang sah dari pihak JAKIM. Oleh yang demikian, syarikat didapati telah menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, di bawah Klausa 16.7.3 (i) Penyalahgunaan Perbahasaan Halal/BAHEIS (ii) Penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN/MAIN dan Akta Perihal Dagangan 1972”.
Penemuan bahan ramuan meragukan yang tiada tanda logo halal telah digunakan dalam penyediaan makanan. Dengan itu KPDN KK Putrajaya telah mengambil tindakan dengan mengarahkan pemilik premis berkenaan menanggalkan serta merta logo halal JAKIM yang terdapat di pintu masuk premis berkenaan. Menurut Pengarah Hub Halal JAKIM, Puan Saimah Mokhtar, operasi bersepadu seumpama ini sedang dipergiatkan dari masa kesemasa bagi tujuan membendung penyalahgunaan logo halal dari berleluasa. Kebanyakan restoran dan kopitiam yang beroperasi di negara ini memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan Malaysia. Seterusnya beliau mengulas lagi, hanya logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM yang boleh digunapakai kerana jaminan halal itu berdasarkan proses piawaian serta prosedur yang telah ditetapkan. Beliau juga menyarankan kepada para pengguna serta pengunjung yang mempunyai sebarang keraguan terhadap status halal premis restoran atau kopitiam agar merujuk terlebih dahulu Bahagian Hub Halal JAKIM atau terus membuat aduan kepada KPDN KK. Manakala pada 28/10/09, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM bersama dengan Unit Halal Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya telah menjalankan Ops Kopitiam di Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya. Operasi bersepadu ini bermula jam 11.30am dan berakhir pada jam 3.30pm melibatkan dua premis makanan iaitu Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Mr. Boaz di One Utama Shopping Centre. Dalam operasi ini juga, pihak JAKIM dan KPDNKK telah mendapati bahawa premis makanan tersebut telah menggunakan sjil halal swasta yang tidak diiktiraf (Islamic Food Research Centre) oleh kerajaan Malaysia, menggunakan ramuan serta bahan makanan yang disyaki tidak halal serta mempamerkan sijil halal photostat dari JAWI yang diragui. Berikutan dari itu, tindakan susulan telah dilakukan dalam bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). “Hasil dari pemeriksaan yang telah dijalankan, didapati premis berkenaan telah mempamerkan sijil halal swasta yang tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia. Oleh yang demikian, syarikat didapati telah menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, di bawah Klausa 16.7.2 (ii): Kesalahan Besar memiliki sijil halal palsu atau menggunakan logo halal tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang diiktiraf dan Klausa 16.7.3: Kesalahan Serius (i) Penyalahgunaan Perbahasaan Halal/BAHEIS, (ii) Penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN/MAIN dan (iii) Pemalsuan Sijil Halal JAKIM/JAIN/MAIN.' Sumber : www.islam.gov.my
Wednesday, November 4, 2009
Premis Makan Diserbu Guna Logo Halal Tanpa Pengesahan Jakim
Posted by MyHalal at 11:30 AM 0 comments Links to this post
Labels: Sijil Halal
Monday, November 2, 2009
Gelatin kapsul ubat 30 peratus tidak halal
GEORGETOWN: Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir. Dekan Pusat Pengajian berkenaan, Profesor Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman, berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lalu itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan. "Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu. Bagaimanapun, ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terbabit bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang media di USM di sini, hari ini. Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang. Syed Azhar berkata, produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lalu. "Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah berikutan bahan utamanya halal," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal. Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Profesor Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenalpasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat. Dr Gam berkata, dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir," katanya. Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai. Dr Gam berkata, pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut. Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia membabitkan produk halal dan haram
Posted by MyHalal at 4:33 PM 0 comments Links to this post
Labels: Gelatine
Thursday, September 17, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kullu Aam Wa Antum Bil Khair Salam Aidulfitri kepada semua muslimin dan muslimat!maaf zahir batin Jangan lupa bayar zakat!
Posted by MyHalal at 11:40 AM 0 comments Links to this post
Labels: Raya
Thursday, August 6, 2009
Seminar Fenomena najis mughallazah
Seminar bertajuk 'Fenomena najis mughallazah dalam dunia kontemporari' itu dianjurkan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selangor dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Islam SIRIM (PERKIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM).Seminar akan diadakan mulai 8 pagi hingga 5 petang, bertempat di Dewan Auditorium SIRIM Berhad, di Shah Alam. Untuk mencari penyelesaian bersepadu bagi mencadangkan bagaimana menangani permasalahan yang timbul berkaitan dengan babi di Malaysia, terutama yang menyentuh perihal halal, kesihatan dan sensitivi masyarakat. Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah "Standard Halal MS1500:2004- Pengenalan" oleh Mohd Yusof Arbain dari SIRIM Berhad, "Babi Menurut Perspektif Aqidah Islam Dan Agama-Agama Lain" oleh Rumaizi Ahmad (PUM Selangor) dan "Penggunaan Babi Dalam Sains dan Teknologi" oleh Prof Datuk Dr Sheikh Omar Abdul Rahman (UPM). Beliau berkata seminar itu terbuka kepada semua dan hanya dihadkan kepada 500 peserta dengan bayaran yang dikenakan bagi pertubuhan atau agensi jabatan sebanyak RM150, individu RM50 seorang, manakala pelajar atau mahasiswa dikenakan bayaran hanya RM10. Peserta yang berminat menyertai seminar itu boleh menghubungi PUM di talian 03-79554300.
Posted by MyHalal at 7:00 AM 1 comments Links to this post
Labels: Babi, Halal, Halal Research, Seminar
Tuesday, July 28, 2009
Special Announcement & World's First Halal Directory Widget
The GHSC and Business Technology Team has successfully implemented the World's First Halal Directory Widget. With this widget, our valued customers will be able to find certified Halal products and services directly from their web portals or blogs which use our widget code. Widget is a safe and a standard feature created for bloggers and webmasters. It is often used as a promotion and marketing on-line tool. You can view the widget at our Corporate Site www.hdcglobal.com
Kindly extend this special feature to your business partners and any of your friendly bloggers and webmasters worldwide.
Posted by MyHalal at 12:53 PM 1 comments Links to this post
Labels: HDC, JAKIM, Technology
Monday, July 13, 2009
Halal Knowledge Centre - Industry Statistics
Halal Knowledge Centre - Industry Statistics Shared via AddThis information :
Posted by MyHalal at 5:13 PM 0 comments Links to this post
Saturday, July 11, 2009
Pensijilan Halal : Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang
a)17 April 2008 : Pensijilan Diserahkan Kedapa HDC
b)08 Julai 2009 : Pensijilan Kembali kepada JAKIM
Posted by MyHalal at 7:20 AM 2 comments Links to this post
Labels: HDC, JAKIM, Sijil Halal Tarik




