Wednesday 4 November 2009

Premis Makan Diserbu Guna Logo Halal Tanpa Pengesahan Jakim

Berikutan aduan awam berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM bersama dengan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya telah menjalankan serbuan ke atas beberapa premis makanan.


Premis perniagaan yang menggunakan logo halal tanpa pengesahan JAKIM. Premis yang terlibat ialah Island Red Phoenix Sdn. Bhd, Four Happy Seasons Restaurant Sdn. Bhd di Wangsa Maju dan Rest Twenty Three di Kajang.


Operasi ini diketuai oleh Ust. Mohd Amri Abdullah yang telah dijalankan pada 21/10/2009 bermula jam 11.30 am dan berakhir pada jam 5.15 pm. Menerusi operasi ini juga, pihak JAKIM dan KPDNKK telah mendapati bahawa terdapat premis makanan yang menggantung ayat-ayat suci

Monday 2 November 2009

Gelatin kapsul ubat 30 peratus tidak halal

GEORGETOWN: Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir. Dekan Pusat Pengajian berkenaan, Profesor Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman, berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lalu itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.