Friday 20 January 2012

KLIA mesra Halal




Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) disenaraikan sebagai Lapangan Terbang Mesra Halal terbaik di kalangan 10 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Crescentrating.com, portal pelancongan khusus pelancong Islam, yang mementingkan produk dan perkhidmatan halal, berkata penyenaraian itu dibuat berdasarkan kaji selidik serta maklum balas mengenai kemudahan mesra halal yang disediakan kepada penumpang Islam seperti makanan halal, kemudahan wuduk dan solat di lapangan terbang.

Portal yang berpangkalan di Singapura itu dalam kenyataannya, menyebut pertumbuhan pesat segmen penumpang yang mengembara bukan saja untuk ibadat haji atau umrah tetapi juga untuk liburan, perniagaan dan penjagaan kesihatan.\


Antara kemudahan tambahan di lapangan terbang di negara OIC terdiri daripada masjid hingga seluruh terminal khusus kepada jemaah haji.

Turut dalam senarai, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (Emiriah Arab Bersatu) diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul (Turki), Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (Arab Saudi);Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta Soekarno-Hatta (Indonesia); Lapangan Terbang Antarabangsa King Khaled (Arab Saudi); Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi (UAE); Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah (Mesir); Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto (Pakistan) dan Lapangan Terbang Beirut-Rafic Hariri (Lubnan).

Ranking Pengembaraan Mesra Halal Crescentrating (CRaHFT Ranking) yang dilancarkan tahun lalu, juga memasukkan 10 negara bukan anggota OIC.

Pada kedudukan teratas ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (Bangkok), diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (Singapura), Lapangan Terbang Antarabangsa Tambo (Johannesburg), Lapangan Terbang Heathrow, London (United Kingdom), Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo (Sri Lanka), Lapangan Terbang Franz Josef Strauss Munich (Jerman), Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy (New York), Lapangan Terbang Melbourne (Australia), Lapangan Terbang Chep Lap Kok di Hong Kong (China) dan Lapangan Terbang Manchester (United Kingdom). - BERNAMA

Cresentrating berkata, semua lapangan terbang di negara bukan OIC yang disenaraikan mempunyai kemudahan asas mesrahalal walaupun lengkap seperti di lapangan terbang negara OIC.