Friday 3 February 2012

Bukan Silap Ejaan

Ejaan 'Malaysia' pada tulisan jawi di logo halalMalaysia yang dilaporkan tidak betul satu kekeliruan dan tidak ada sebarang kesilapan ejaan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, penggunaan perkataan 'Malaysia' dalam tulisan jawi pada logo halal baru dikeluarkan jabatan itu bukan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia, sebaliknya nama Malaysia dalam bahasa Arab.

"Oleh itu, tidak timbul isu kesilapan ejaan kerana logo halalMalaysia menggunakan perkataan Arab dan bukanlah ejaan jawi seperti yang dinyatakan," kata Jakim dalam satu kenyataan semalam.

Jakim mengulas laporan akhbar mengenai perkara itu semalam bertajuk 'Kesilapan ejaan Malaysia pada tulisan jawi logo halalJakim'.