Tuesday 21 February 2012

Selamat menjamu selera


Tikus main sorok-sorok..sebelum lunch

The Halal frontier


Fischer's short study provides a fascinating window into numerous topics of extreme importance to anthropologists, while offering greater insight into the moral and practical concepts and concerns of Muslims in the West and even in Muslim-majority societies--concepts and concerns shared, always in locally-specific forms--by members of all religions in all parts of the modern world."--Anthropology Review Database
 
“Today, the rapidly growing 'halal' economy transforms mundane acts of shopping and consumption into acts of conspicuous piety among millions of consumers from Kuala Lumpur over the Middle East to London. This innovative study is a must read for anyone interested in the material dimensions of religion in the contemporary world.”—Thomas Blom Hansen, Reliance-Dhirubhai Ambani Professor in South Asian Studies and Professor in Anthropology, Stanford University
 

Wednesday 15 February 2012

Program Raikan Cinta



Program  Raikan Cinta anjuran JAKIM melalui Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Raudatus Sakinah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mendapat sambutan luar biasa kerana seawal jam 5 petang orang ramai khususnya remaja telah  datang untuk menyaksikan  program ini. Dianggarkan melebihi 1500 orang telah datang dan  memenuhi Dewan Muktamar Pusat Islam untuk menyaksikan Program Raikan Cinta. Program ini telah berlangsung pada 11 Februari 2012, dan bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Program Raikan Cinta ini adalah sempena Kempen AWAS! Jerat Valentine’s Day 2012 dan perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dato’ Othman Bin Mustapha. Pada pelancaran Kempen tersebut , Ketua Pengarah JAKIM telah menyerahkan kit kempen Awas! Jerat Valentine’s Day kepada perwakilan beberapa institusi, NGO yang melibatkan remaja dan belia untuk disebarkan.  
Objektif program ini adalah untuk menjelaskan konsep cinta yang sebenar menurut  Syarak dan berlandaskan Islam dan di samping itu juga untuk menghebahkan Fatwa Pengharaman Sambutan  Hari Valentine’s Day yang disambut  pada setiap 14 Februari dan meningkatkan  kesedaran  tentang pentingnya  kecintaan  kepada Allah  S.W.T  dan Rasullullah  S.A.W
Antara aktiviti dalam Program Raikan Cinta adalah slot Sembang-sembang Cinta yang diadakan secara santai dan telah menarik minat para penonton dengan celoteh moderator Wardina Saffiyah  dan juga ahli-ahli panel terdiri dari finalis Imam Muda Astro dan juga Juara Solehah Tv alHijrah Aimie Sofia.
Program Raikan Cinta ini diserikan juga  dengan persembahan dari artis-artis  ternama seperti Nash, Aishah, Demascus dan juga Aiman.  Setiap lagu yang dinyanyikan  mempunyai mesej-mesej kesedaran dan nasihat yang berguna kepada semua.
Dengan adanya program seumpama ini, diharapkan agar remaja mempunyai kesedaran dan jati diri yang baik serta mampu membuat keputusan yang tepat mengikut syariat. 
jakim image

Thursday 9 February 2012

28% sahaja produk guna logo halal


KUALA LUMPUR 7 Feb. - Waspada dengan produk yang diiklankan di kaca televisyen.
Pengguna beragama Islam di negara ini perlu sedar bahawa bukan semua barangan makanan, minuman dan kegunaan yang sering diiklankan di kaca televisyen adalah halal.
Ini kerana kebanyakan produk yang diiklankan tersebut didapati tidak mempamerkan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada pengguna tentang status barangan terbabit.
Hakikatnya, rata-rata persatuan pengguna dan ahli akademik sepakat menyifatkan pengguna di negara ini belum cukup bijak untuk menggunakan hak mereka sebagai pembeli.
Malah, kebarangkalian pengguna Islam untuk menyemak sendiri status halal produk yang diiklankan adalah rendah.
Hasil pemerhatian wartawan Unit Khas, Utusan Malaysia selama empat hari meliputi TV1, TV2, TV3 dan TV9 mendapati, sebanyak 82 produk iklan disiarkan meliputi makanan, minuman dan produk kegunaan harian.
Melalui empat saluran televisyen yang ditonton tersebut, hanya 23 produk atau 28 peratus mempamerkan logo halal Jakim dengan jelas.

Ramly Food Processing di Fitnah lagi


Ramly Food Processing Sendirian Berhad menafikan produk frankfurter lembunya mengandungi DNA babi.

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mokni berkata laporan yang dikeluarkan tiga makmal menunjukkan hasil analisis negatif terhadap dakwaan berkenaan.

Sehubungan itu tiga laporan polis dibuat agar siasatan terhadap mereka yang menyebar fitnah melalui internet, dilakukan.

Buletin Utama menerima e-mel daripada penonton yang mendakwa hasil persampelan rambang jabatan kesihatan di Yan, Kedah mengesan DNA babi pada frankfurter lembu berjenama Ramly.

Berikutan itu hasil persampelan Jabatan Kesihatan berkenaan disebar melalui inetrnet.

Wednesday 8 February 2012

Program Raikan Cinta 2012 sempena kempen Anti valentine's day


Assalamulaikum, jom datang beramai-ramai ke Program Raikan Cinta 2012, bertempat Dewan Muktamar Pusat Islam, JAWI  Kuala Lumpur pada 11 februari/ Sabtu  2012, 8.30-11.30 malam.

Pelbagai Program menarik menanti anda..Sembang2 Cinta...persembahan dari kumpulan Demascus, Aiman, Aishah..

Pengagihan Kit Kempen Anti Valentine's Day !! Jom kita sertai

Friday 3 February 2012

Logo Halal :ISU MENGENAI KESILAPAN EJAAN MALAYSIA PADA TULISAN JAWI PADA LOGO HALAL MALAYSIA


KENYATAAN MEDIA 
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
ISU MENGENAI KESILAPAN EJAAN MALAYSIA PADA TULISAN JAWI 
PADA LOGO HALAL MALAYSIA
Merujuk kepada kenyataan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 
Februari 2012 berhubung isu mengenai kesilapan ejaan Malaysia pada 
tulisan jawi pada logo halal Malaysia.
JAKIM ingin menjelaskan kekeliruan tersebut dan ingin 

memaklumkan bahawa penggunaan perkataan ﻣﺎﻟﯾزﯾﺎ pada logo halal bukan 
merupakan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia tetapi adalah nama 
Malaysia dalam bahasa Arab. JAKIM telah mendaftarkan logo halal 
sebagai  Certification Mark dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di 
bawah Akta Cap Dagangan 1976. Logo halal Malaysia  ini telah lama 
digunakan dan didaftarkan pada tahun 2001 berdasarkan ciri-ciri berikut:

Dibawah Akta Cap Dagang 1976 : Logo Halal Malaysia


Pada 15 Januari, 2004 logo halal Malaysia telah didaftarkan certification mark di bawah Akta Cap Dagangan 1976. JAKIM telah diberi hak milik logo halal Malaysia dan sijil halal JAKIM kini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang direka oleh SIRIM. Dari segi perundangan dan prosedur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut meminda peruntukan di bawah Akta Perihal Dagangan 1975 bagi mengelakkan penyalahgunaan perkataan halal oleh pengeluar produk-produk dan pengusaha premis.JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri juga telah menyeragamkan logo, prosedur, persijilan, borang permohonan, caj persijilan dan melanjutkan tempoh sah sijil halal JAKIM Jabatan Agama Islam negeri dari setahun ke dua tahun.


Bagi memantapkan lagi program pembangunan industri halal negara, Malaysia turut bekerjasama dengan negara ASEAN lain dalam meningkatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap logo dan produk halal Malaysia. Antara inisiatif diadakan termasuk penubuhan kumpulan kerja mengenai makanan halal yang mana Malaysia berperanan sebagai urus setia. Antara projek-projek yang akan dilaksanakan untuk oleh kumpulan kerja ini ialah mewujudkan sistem akreditasi bagai pengeluar-pengeluar makanan halal Asian, pendaftaran senarai pengawet halal, pembangunan sumber manusia dan pertukaran maklumat.

Bukan Silap Ejaan

Ejaan 'Malaysia' pada tulisan jawi di logo halalMalaysia yang dilaporkan tidak betul satu kekeliruan dan tidak ada sebarang kesilapan ejaan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, penggunaan perkataan 'Malaysia' dalam tulisan jawi pada logo halal baru dikeluarkan jabatan itu bukan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia, sebaliknya nama Malaysia dalam bahasa Arab.

"Oleh itu, tidak timbul isu kesilapan ejaan kerana logo halalMalaysia menggunakan perkataan Arab dan bukanlah ejaan jawi seperti yang dinyatakan," kata Jakim dalam satu kenyataan semalam.

Jakim mengulas laporan akhbar mengenai perkara itu semalam bertajuk 'Kesilapan ejaan Malaysia pada tulisan jawi logo halalJakim'.