Saturday 30 July 2011

Golder Churn Creamer Butter : Tak Laku Kek Lapis Sarawak..BABI

untuk lebih lanjut sila klik di sini

Berhati-hati sebelum makan..

Friday 22 July 2011

Rokok Haram


PUTRAJAYA 22 Julai – Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.
Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini, lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser. – Bernama

Thursday 21 July 2011

I'm Nyah i'm Not OK

Semalam kita dikejutkan dengan berita seorang lelaki  Mohd Ashraf Bin  Abd Aziz yang telah memohon untuk menukar nama Aleesha Farhana  dan status jantina perempuan kepada lelaki  tetapi Hakim Mahkamah  Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa telah menolok permohonannya.

Saya percaya ramai lagi lelaki yang berperawakan seperti Mohd Ashraf@Aleesha Farhana yang sanggup tukar jantina yang menghadapi krisis indentiti.  Golongan ini di panggil ' Nyah' mereka lebih selesa berperwatakan sedemikian sepanjang masa. Sekira pergi di Chowkit ramai golongan ini menjalankan aktiviti pelacuran. Mereka akan menunggu pelanggan di bawah lampu jalan suram dengan pakaian yang seksi untuk menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Pandangan  Islam golongan ini Transgender@Transeksual (Maknyah@Pengkid), Transeksual bermaksud      seseorang (lelaki atau perempuan) yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantina­nya melalui pembedahan. Mak Nyah juga di panggil pondan tetapi golongan ini lebih selesa dengan panggilan Mak Nyah.Pengkid, wanita menyerupai lelaki.



1.  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menyimpulkan bahawa Allah telah menetapkan jantina manusia [Al-Hujurat:49:13]. Sifat jantina ini sama ada kelelakian atau keperempuanan merupakan sifat semulajadi yang kekal tidak berubah walaupun cuba dipaksakan. Justeru, penukaran jantina asal hukumnya haram dan tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia merubah kejadian ciptaan Allah [Al-Nisa’: 4: 119]. 

1.      Muzakarah juga menyimpulkan bahawa hukum lelaki menyerupai wanita (mak nyah) dan wanita menyerupai lelaki (pengkid) adalah haram di sisi agama. Perkahwinan trangender dikira haram dan tidak sah kerana mereka tetap lelaki atau perempuan. Hubungan yang berlaku ialah homoseks.

1.      Muzakarah memberi pengecualian mengenai penukaran jantina dalam isu kekeliruan jantina Congenital Adrenal Hyperplasia dan Testicular Feminization Syndrome.

a.      Bagi kes Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH) pembedahan jantina untuk kembali kepada genetik asal iaitu perempuan adalah diharuskan oleh Islam kerana ia boleh dilakukan melalui rawatan hormon dan pembedahan;

b.      Manakala bagi kes Testicular Feminization Syndrome (TSF), untuk kembali kepada genetik asal (lelaki) secara pembedahan atau rawatan hormon adalah sukar. Sekiranya individu berkenaan bercadang untuk melakukan juga pembedahan, ia adalah diharuskan selagimana perbuatan tersebut tidak mendatangkan kemudharatan sama ada dari aspek psikologi atau biologi kepada individu tersebut; dan
 

a.      Bagi kes Testicular Feminization Syndrome yang dikesan ketika dewasa, individu tersebut boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan jantina mereka diiktiraf berdasarkan fizikal dan genitalia zahir mereka. Pembedahan untuk mengeluarkan testes (sekiranya ada) adalah harus untuk mengelakkan risiko penyakit seperti mendapat kanser. Perkahwinan dengan pasangan mengalami Testicular Feminization Syndrome tidak perlu dipisahkan.
1.      Muzakarah menyimpulkan hukum menukar status jantina di MyKad seperti berikut:

a.      Menukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang menjalani
pembedahan jantina yang diharuskan oleh syara' adalah harus.
b.      Menukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang menjalani
pembedahan jantina yang tidak dibenarkan oleh syara' adalah haram.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah melaksanakan program untuk membimbing golongan Mak Nyah semoga golongan ini mendapat sinar hidayah dan tidak tersisih.









Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan



Keputusan: 
 
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
 
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
     
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
     
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
     
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
     
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranyaalkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
     

Tuesday 12 July 2011

JAIS TIDAK PERNAH KELUAR SIJIL HALAL UNTUK KOPITIAM








SERDANG: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih belum mengeluarkan pensijilan halal Malaysia kepada mana-mana premis kopitiam di negeri itu.
Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, terdapat kurang daripada 10 peratus pengusaha kopitiam yang beroperasi di negeri ini mengemukakan permohonan sijil halal daripada JAIS.
"Di Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal JAIS walaupun kita ada buat pemberitahuan supaya mereka memohon untuk mendapatkan sijil halal.
"Hingga kini permohonannya ada tapi amat kurang iaitu kurang daripada 10 peratus yang memohon sijil halal daripada JAIS ataupun Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Kepenggunaan Halal Selangor 2011 di Universiti Putra Malaysia di sini, Selasa.

Friday 8 July 2011

Golden Churn butter is halal, confirms Jakim







The Golden Churn Pure Creamery Butter product has been declared halal after a contamination was found to have been limited to samples taken from a batch in Johor.

The Islamic Development Department (Jakim) has written a letter — dated June 30 — to the manufacturer Ballantyne Foods South Melbourne regional manager Hemmat S Nasrallah confirming that the product is halal.
The letter said based on laboratory results of a second batch of samples taken on May 5 that there was no porcine DNA detected.
“Therefore we conclude that the former result of the (earlier) sample which was taken at Kluang Rail Coffee, Johor was limited to the sample and the batch only and not for other chain of Golden Churn,” it said.
The letter was also copied to the state government of Victoria Australia S.E Asia Business Office representative Tim Dillion who is based in Kuala Lumpur.
The Star had contacted Jakim’s office in Kuala Lumpur to reconfirm the product’s status and a spokesman affirmed that the product is halal.
The alleged contamination with porcine DNA was discovered by the Johor Religious Department in April.

Friday 1 July 2011

Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid







Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.