Tuesday 31 January 2012

358 mohon halal




abatan Agama Johor (JAJ) menerima 358 permohonan sijil halal daripada pengusaha restoran, premis makanan dan pengilang barangan berkaitan makanan, ubatan serta kecantikan untuk mendapatkan status halal bagi produk mereka sepanjang 2011.

Bukan untuk kedai makan




 Sebuah syarikat pengeluar sijil halal tidak sah menghantar surat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kerana didakwa tidak menepati janji ketika melakukan operasi.

Surat sama turut dihantar ke pejabat Majlis Agama Islam setiap negeri dengan mendakwa Jakim sengaja mengambil tindakan keras kepada pemilik syarikat atau peniaga yang masih menggunakan sijil halal tidak sah itu tanpa memberi peluang sewajarnya.

Tender Makmal Kajian Halal




BUTTERWORTH: Kerajaan akan mengeluarkan tender pembinaan makmal kajian halal di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, makmal itu amat penting kerana mengkhususkan kepada kajian berkaitan halal, kerana ketika ini kerajaan menggunakan makmal halal, di Petaling Jaya.

Fasa pertama makmal itu dijangka menelan kos sebanyak RM27 juta.

Thursday 26 January 2012

KHUTBAH JUMAAT 27 JAN 2012 : HALALAN TOYYIBA ASAS KEUTUHAN UMMAH”


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  HALALAN TOYYIBA ASAS KEUTUHAN UMMAH”                                                     


Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: HALALAN TOYYIBA ASAS KEUTUHAN UMMAH ”.

Friday 20 January 2012

Is Fast Food Halal to eat? by Imam Karim AbuZaid

Asingkan Kaunter Bayaran Barangan Tidak Halal....Macam mano?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat aduan salah seorang pekerja di sebuah pasar raya seperti mana yang disiarkan di dalam ruangan Surat Pembaca, akhbar Utusan Malaysia, 18 Januari 2012.

Berdasarkan kepada aduan itu, juruwang yang bekerja di pasar raya itu telah diarahkan oleh pihak pengurusannya supaya memegang daging babi tanpa berlapik. Perkara ini adalah sesuatu yang amat sensitif bagi setiap umat Islam.  

Kebanyakan pasar raya di negara ini mempunyai ruangan khas untuk meletakkan barangan jualan yang ‘Tidak Halal’ bagi memisahkannya dengan barangan lain tetapi mungkin tidak mempunyai kaunter bayaran yang memisahkan khusus untuk menerima bayaran bagi barangan ‘Tidak Halal’ seperti yang dinyatakan di dalam surat pengadu.

Buletin Utama TV3 - 16/01/2012 - Operasi Pemeriksaan Logo Halal Jakim

Bank Susu Haram




Kementerian Kesihatan menghormati keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang mengharamkan penubuhan bank susu ibu seperti dicadangkan pihak tertentu, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata walaupun cadangan itu baik terutama dalam menggalakkan penyusuan susu ibu seperti disaran kerajaan, unsur agama khususnya yang berkaitan dengan keturunan atau nasab wajar dipatuhi.

Restoren bukan Islam...gantung ayat quran




KUALA LUMPUR: Segelintir pengusaha restoran bukan Islam di ibu kota masih berdegil dengan menggantung ayat al-Quran dan menggunakan sijil halal palsu di premis mereka bagi menarik pelanggan, khususnya beragama Islam.

Malah, ada antara mereka mendakwa tidak tahu perkara itu salah di sisi undang-undang, selain saluran untuk memohon sijilhalal Malaysia.

KLIA mesra Halal




Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) disenaraikan sebagai Lapangan Terbang Mesra Halal terbaik di kalangan 10 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Crescentrating.com, portal pelancongan khusus pelancong Islam, yang mementingkan produk dan perkhidmatan halal, berkata penyenaraian itu dibuat berdasarkan kaji selidik serta maklum balas mengenai kemudahan mesra halal yang disediakan kepada penumpang Islam seperti makanan halal, kemudahan wuduk dan solat di lapangan terbang.

Portal yang berpangkalan di Singapura itu dalam kenyataannya, menyebut pertumbuhan pesat segmen penumpang yang mengembara bukan saja untuk ibadat haji atau umrah tetapi juga untuk liburan, perniagaan dan penjagaan kesihatan.\

Friday 6 January 2012

Isu Logo Halal Selesai




SEJAUH mana tahap keprihatinan umat Islam negara ini terhadap status halal sesuatu produk terutama makanan? Jawapannya sangat tinggi. Setiap kali kita mahu membeli makanan, pasti kita akan tercari-cari logo halal di bungkusan selain melihat harga atau tarikh luput. Kita mungkin tidak tahu apa kandungan sesuatu produk kerana sering kali istilah digunakan saintifik, tetapi kalau disertakan logo halal, kita membelinya tanpa ragu-ragu.

Begitu juga kalau makan di restoran, kita akan melihat sama ada peniaga menampal logo halal atau sekurang-kurangnya menilai ia sebagai halal apabila pekerjanya memakai kopiah atau bertudung.

Persoalannya sekarang ialah sama ada logo halal yang ditampal itu diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri (Main).

Isu ini sudah lama berlarutan, di sebalik aduan orang ramai serta pendedahan media, masih terdapat ribuan restoran dan produk makanan menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.

Alasan mereka mudah, mahu menjimatkan masa dengan membeli logo halal daripada syarikat swasta. Jika menerusi Jakim ia melalui proses lama kerana pihak berkuasa akan meneliti dan memeriksa semua aspek termasuk kebersihan premis.

Bermula tahun ini, alasan itu tidak boleh dipakai lagi kerana menerusi Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang diluluskan Parlimen pada 11 Julai lalu meletakkan Jakim dan Main sebagai agensi berwibawa yang mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia.

Berbeza dengan APD 1972, mengikut Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan Halal 1975 tidak menyatakan nama pihak berkuasa sehingga menyebabkan kekeliruan, maka dengan itu, Jakim bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggubal APD 2011 dengan menyebut Jakim dan Main sebagai agensi mengeluarkan sijil dan logo halal.

Menjelaskan lanjut, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, terdapat dua seksyen dalam APD 2011 yang berkaitan dengan pensijilan halal iaitu Seksyen 28 dan Seksyen 29.

"Seksyen 28 memperuntukkan kuasa menteri mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki maklumat diberikan. Menteri boleh menetapkan erti berkenaan sama ada ungkapan digunakan dalam perjalanan perdagangan, perniagaan atau dalam hal keadaan dinyatakan dalam perintah itu, maka berdasarkan seksyen ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengeluarkan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011," katanya.

Beliau berkata, Seksyen 29 pula, menteri boleh menamakan mana-mana pihak berkuasa untuk memperakukan, menandakan, membekalkan atau menawarkan ke atas sesuatu barangan termasuk yang berkaitan dengan pensijilan halal.

"Maka berdasarkan seksyen ini, Menteri KPDNKK mengeluarkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Bagi penandaan logo dan pensijilan halal, Jakim dan Main dinamakan sebagai agensi pensijilan halal di negara ini yang diiktiraf mengikut APD 2011 sekali gus tiada lagi logo halal lain kecuali logo halal Malaysia," katanya.

Terdapat tujuh perkara mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 yang menetapkan suatu makanan, barangan atau perkhidmatan memakai perkataan 'halal' atau mana-mana istilah lain menunjukkan ia boleh digunakan orang Islam iaitu tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang dilarang hukum syarak atau tidak disembelih mengikut hukum syarak; tidak mengandungi unsur najis mengikut hukum syarak; tidak memabukkan mengikut hukum syarak; tidak mengandungi bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan hukum syarak; selamat digunakan atau dimakan, tidak beracun, atau tidak memudaratkan kesihatan.

Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan dicemari najis mengikut hukum syarak dan dalam masa penyediaan, pemprosesan atau penyimpanan tidak bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang dilarang Islam serta terdapat unsur najis.

Othman berkata, mana-mana pihak membekalkan atau menawar makanan yang memperdaya atau mengelirukan orang ramai dengan menyatakan ia halal sudah melakukan kesalahan.

"Perbuatan itu termasuk penggunaan ayat suci al-Quran, perkara atau objek berkaitan dengan agama Islam di premis atau di bekas makanan," katanya.

Jika kesalahan itu dilakukan pertubuhan perbadanan mereka boleh didenda tidak melebihi RM5 juta dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM10 juta. Bagi individu, dia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Jika melakukan kesalahan kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 pula menetapkan hanya Jakim dan Main sebagai pihak berkuasa berwibawa untuk memperaku mana-mana makanan, barangan atau perkhidmatan itu halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Tiada seorang pun boleh memperaku bahawa mana-mana makanan, barangan atau perkhidmatan itu halal selain daripada pihak berkuasa berkenaan.

Bagi mendapatkan perakuan daripada pihak berkuasa itu, pemohon perlu mematuhi semua standard, prosedur dan pekeliling ditentukan Ketua Pengarah Jakim. Semua makanan atau barangan import yang dipasarkan di Malaysia tidak boleh diperihalkan sebagai halal kecuali diperakukan oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

Denda kesalahan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 jika membabitkan pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM250,000 manakala bagi kesalahan kedua atau seterusnya RM500,000.

Get New Halal Logos of Face RM 1M Fine



FOOD industry operators have until Dec 31 to apply for new halal logos, or risk being fined up to RM1 million or jailed under the new Trade Descriptions Act (ADP) 2011.


   Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said premises using old halal logos must replace them with the standardised logos issued by the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) and state religious councils.
 
He said these two authorities were given the authority and right to issue halal certificates as they were not motivated by business and have the best facilities.
 
He said Jakim and the councils  had the ability to determine that only halal deoxyribonucleic (DNA) acid was allowed for the preparation of food products to  Muslims via the halal laboratory located in Petaling Jaya, Selangor.

Perang Logo Halal Palsu




KUALA LUMPUR: Premis yang masih menggunakan logo halalswasta dan tidak diiktiraf dinasihatkan supaya bertindak bijak dengan memohon pensijilan halal baru daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri (Main).

Langkah itu perlu berikutan logo halal memegang peranan besar dalam menentukan tahap kebersihan pembuatan dan penghasilan sesuatu produk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata buat masa ini pihaknya memberikan tempoh masa peralihan setahun bagi produk yang siap dibungkus atau sudah berada di pasaran untuk menggunakan logo halal.

"Kita menggunakan pendekatan kempen pelbagai bentuk bagi mendidik industri supaya menyedari kepentingan logo halaldalam memperkasakan perniagaan mereka.

"Ini kerana logo halal sendiri berperanan sebagai nilai tambah terhadap produk yang dikeluarkan pengusaha," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kesedaran HalalAkta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Ikim Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dan Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayudin.

Menurut Jamil, pihaknya juga menggalakkan semua pengusaha yang masih belum memiliki sijil halal supaya membuat permohonan secara sukarela bagi meyakinkan pengguna terhadap tahap kualiti dan kebersihan produk dikeluarkan.

"Kita tidak mahu terlalu memaksa...namun dalam masa sama, Jakim tetap akan bertegas menurunkan logo halal swasta atau tidak sah yang dipamerkan di restoran, medan selera atau premis makanan.

"Tindakan sebegini diambil bagi menjaga kepentingan pengguna sekali gus memberi peringatan kepada peniaga bahawa mereka dilarang sama sekali mempamerkan logo halal selain yang dikeluarkan Jakim atau Main," katanya.

Mengulas lanjut, Jamil berkata, bermula Ahad lalu hanya logohalal dikeluarkan Jakim dan Main saja boleh digunakan susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) yang diluluskan Parlimen pada 11 Julai lalu.

"Setakat ini, seramai 62 pegawai Jakim sudah dilengkapi latihan khusus oleh pegawai penguat kuasa KPDNKK sebagai persiapan untuk menguatkuasakan APD 2011," katanya.

Wednesday 4 January 2012

Perkasakan Halal


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melantik kira-kira 62 pegawainya serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri bagi membantu dalam tindakan dan penguatkuasaan berkaitan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Persijilan Halal.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pelantikan itu selaras usaha memantapkan lagi penguatkuasaan terhadap syarikat yang menggunakan sijilhalal tidak sah.


Halal Malaysia VS Halal Swasta

IPOH: `Perang' antara syarikat pengeluar sijil palsu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kian 'panas' apabila pihak syarikat itu mendakwa Jakim tiada kuasa sah mengambil tindakan undang-undang bermula 1 Januari 2012.

Melalui kenyataan rasmi di laman web, syarikat itu seolah-olah memperlekehkan kuasa Jakim itu.

Malah pemilik syarikat mendakwa, sijil halal swasta dikeluarkan mereka memenuhi syarat piawaian MS 1500:2009 (M), makananhalal bagi pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan.


Ada anda kisah?

LOGO halal sering menjadi masalah membelenggu umat Islam di negara ini, malah ada pihak tertentu mempermainkan isuhalal dengan mempamerkan sijil halal palsu serta tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).

Bagaimanapun, agak mengecewakan apabila umat Islam sendiri tidak kisah dengan status halal restoran atau premis menjual makanan yang mereka kunjungi sehingga pihak tertentu mengambil kesempatan terhadap kelemahan mereka.

Apa langkah perlu dilakukan menangani masalah ini?