Tuesday 23 December 2008

Hebahan Umum - Syarikat Ayam AA Enterprise

Monday 22 December 2008

Kopitiam yang meragukan

-Moral dari gambar-gambar tersebut, kita kena berhati-hati pilih tempat makan.Sama-samalah kita kembali pada zaman Tuk Kaduk..makan ubi kayu yang konfem 100% halal. -Apa Komen anda??

Friday 28 November 2008

Hari Raya Haji Jatuh Pada 8 Disember 2008

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari ini mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi. “Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember,” menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Monday 3 November 2008

Taiko Badan Islam Luar Negara

Sheikh-Sheikh Badan Islam Luar Negara yang datang berdialog dengan HDC,untuk memantapkan lagi Industri Halal

Thursday 30 October 2008

Bird’s nest from Kelantan is halal

KOTA BARU: Bird’s nest products from Kelantan have been certified halal by the Islamic Development Department, State Trade committee chairman Datuk Anuar Tan Abdullah told the state assembly. He was replying to Mohd Adnan Kechik (BN-Bukit Bunga) who raised doubts on whether such products are safe to consume for Muslims. Anuar Tan said there was no reason to worry. Meanwhile, state Tourism Com­mit­tee chairman Datuk Takiyuddin Hassan said the state was keen to work closely with the State Tourism Action Council chaired by Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah). However, the offer was never accepted. Takiyuddin wanted the council to liaise with the state when it came to implementing projects. “This results in duplication of projects and lack of coordination between the state and federal in terms of tourism,” he said. He said projects worth RM39mil was only dished out under direct negotiation rather than open tenders.

Why is Melamine added in milk powder

The most important nutrient in milk is protein. And Melamine has the same protein that contains "NITROGEN" Adding Melamine in milk reduces milk content and it is cheaper then milk so it lowers capitalization. It can give the business man more profit! below is Melamine, doesn't it look like milk. it doesn't have any smell, so cannot be detected When was it discovered? Year 2007 US cats and dogs died suddenly, they found that pet food from China contains Melamine. Starting 2008, In China, an abnormal increase in infant cases of kidney stones. August 2008 China Sanlu Milk Powder tested with Melamine Sept. 2008 New Zealand gov't ask China to check this problem Sept. 21, 2008 Lots of food products in Taiwan tested with Melamine What happens when Melamine is digested Melamine remains inside the kidney. It forms into stones blocking the tubes. Pain will be eminent and person cannot urinate. Kidney will then swell. Although surgery can remove the stones, but it will cause irreversible kidney damage. It can lead to loss of kidney function and will require kidney dialysis or lead to death because of uremia. What is dialysis In fact, it should be called "blood washing" it is filtering all of the body's blood into the machine and then go back to the body. The whole process takes 4 hours and it is necessary to dialysis once for every 3 days for the rest of your life。 Here is a dialysis center Large dialysis center Why is it more serious in babies.Because the kidney is very small and they drink a lot of milk powder. It does not matter how much a human being took Melamine. The important point is "It cannot be EATEN! What are the foods to be avoided? Foods that contain dairy products should be avoided Remember: Foods with creamer or milk should be avoided. Which companies are affected Hereunder are the companies affected with Melamine What do we do next Avoid the above foods for at least six months If you have snack bar, restaurant or coffee shops Stop selling dairy products for the meantime. If you have infants at home, change to mother's milk or find other substitutes. Finally, share this information with friends so they will understand the risk of milk poisoning

China poisoned milk

China milk poisoning incidents make everyone afraid to look at the daily news report. Everyday, the reports are changing. No one can clearly tell us what to eat and not to eat. 1.What really is poisoned milk? It is the milk powder mixed with "MELAMINE" What is Melamine use for?It is an industrial chemical use in the production of melawares. It is also used in home decoration. "US resistant board" got it?Melamine is use in industrial production,it cannot be eaten!

Raw materials used in the production of gelatine [2007]

Wednesday 22 October 2008

Pusat penyembelihan di ibu kota sentiasa kawal

KUALA LUMPUR: Aktiviti penyembelihan yang membabitkan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di ibu kota, sentiasa dikawal dengan bantuan agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui jawatankuasa bersama. Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaafar, berkata pihaknya dengan kerjasama agensi itu akan mewujudkan pusat penyembelihan berpusat bagi memudahkan pengusaha berkenaan selain tidak menimbulkan rasa ragu-ragu orang ramai apabila ia dilakukan di tempat lain. “Setakat ini, memang aktiviti penyembelihan untuk perniagaan itu dilakukan di tempat lain seperti di Chow Kit dan Datuk Keramat. “Walaupun kami tidak menerima kes mengenai cara penyembelihan tidak sempurna dan meragukan, cadangan mewujudkan pusat penyembelihan berpusat dilakukan sebagai usaha penambahbaikan supaya tidak timbul masalah seperti itu,” katanya. Beliau diminta mengulas laporan akhbar ini semalam, mengenai hasil pemeriksaan pegawai Jabatan Agama Johor (JAJ) mendapati ayam segar di pasar raya di Muar mendapati dijual tanpa sembelihan sempurna dengan urat halkum dua ekor ternakan itu belum putus sepenuhnya. Dalam operasi sama, 65 kotak mengandungi 780 kilogram (kg) ayam tanpa tulang di pusat penyimpanan sejuk beku di sebuah rumah di Jalan Salleh, di bandar itu, turut disita berikutan status halalnya meragukan. Ia berikutan pemeriksaan mendapati produk itu diimport dari China, tetapi kertas yang mempunyai logo halal dalam tulisan Jawi serta pengeluarnya dibuang daripada kotak berkenaan dipercayai bagi mengelak statusnya disyaki pengguna Islam

Standard kosmetik halal bakal dilaksana penuhi tuntutan pengguna

KERAJAAN akan mewujudkan standard kosmetik halal bagi memenuhi tuntutan semasa pengguna Islam kerana banyak bahan kosmetik di pasaran sekarang, tidak mempunyai logo halal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata standard itu ialah ‘Cosmetic and Personal Care-General Guidelines’ yang kini dalam proses untuk diwartakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti). “Standard Kosmetik Halal diwujudkan atas kesedaran kerajaan bahawa pengguna Islam amat prihatin dengan banyaknya bahan kosmetik yang tidak mempunyai logo halal. “Dengan adanya standard ini, pengguna Islam akan berasa selesa dan selamat untuk menggunakan kosmetik yang halal,” katanya ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang mahu kerajaan mempertingkatkan dan mengemas kini standard piawaian halal di Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata, kerajaan akan mengkaji semula Standard Piawaian Halal MC 1500:2004 bagi makanan halal membabitkan pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan bagi penambahbaikan selepas ia diguna pakai selama lima tahun. Sumber :Harian Metro 22 Okt 08

30 sijil halal premis ditarik balik

JOHOR BAHRU 21 Okt. - Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menarik balik sijil logo halal daripada 30 premis perni-agaan termasuk 15 pusat sembelihan ayam di negeri ini kerana didapati melanggar peraturan yang ditetapkan. Pengarahnya, Datuk Zalil Baron berkata, daripada jumlah itu, 10 kilang memproses bahan makanan dan lima hotel, resort dan restoran di negeri ini turut dikenakan tindakan sama dalam tahun ini. "Tindakan tegas itu diambil selepas pemeriksaan MAIJ mendapati premis-premis itu gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan mengenai status halal," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jamuan Aidilfitri MAIJ di Pusat Islam, di sini hari ini. Lebih 1,000 orang menghadiri jamuan tersebut yang turut dihadiri Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot. Zalil berkata, pusat sembelihan yang dibatalkan sijil logo halal kerana penyembelihannya didapati tidak sempurna apabila ayam yang disembelih mati akibat rendaman air panas dan bukannya sebab disembelih. "Terdapat juga yang didapati proses sembelihan yang meragukan apabila ia dilakukan terlalu laju kerana penggilirannya dikawal oleh mesin," katanya. Menurutnya, selain MAIJ, sijil halal untuk pusat sembelihan di Johor dikeluarkan oleh tiga lagi agensi yang dilantik oleh Kerajaan Pusat iaitu Institut Food Research Center (IFRC), South East Asia (SEA) dan Halal Development Corporation. Mengenai hotel dan restoran itu pula katanya, premis itu didapati tidak mematuhi syarat kerana menjual arak, manakala terdapat juga restoran yang didapati mengambil bekalan ayam dari pusat sembelihan tanpa sijil halal. Beliau berkata, kilang memproses makanan itu pula ditarik balik sijil halal kerana didapati persekitaran dan bahan yang digunakan kotor dan meragukan. "Orang ramai yang berasa ragu-ragu terhadap status halal atau haram sesebuah premis diminta membuat aduan atau menghubungi pejabat agama berdekatan bagi tindakan selanjutnya," jelasnya.

Thursday 16 October 2008

Open House Kecil-kecilan

Lokasi : Presint 18 , Putrajaya Hari : Sabtu , 18 Oktober 2008 / Sabtu Masa : 1.00petang - 5.00 petang nota : Open house ni limited jerr :)) tak ade canopy kawin ...jemput auditor / pegawai HDC Cyberjaya jer...hehehehehe

Melamin: Larangan import agen penaik 'ammonium bicarbonate' China

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini melarang serta-merta pengimportan agen penaik 'ammonium bicarbonate' dari China berikutan bahan itu didapati mempunyai tahap melamin melebihi piawaian dibenarkan. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata bahan penaik itu yang diimport dari negara lain pula diletakkan di bawah pemeriksaan rapi sebelum dibenar masuk ke pasaran tempatan. Beliau berkata tindakan larangan itu diambil apabila analisis yang dilakukan terhadap sampel produk dua kilang biskut tempatan, Khong Guan di Johor dan Khian Guan di Pulau Pinang mendapati 18 daripada 47 sampel biskut yang dianalisis melebihi tahap melamin yang dibenarkan iaitu 2.5 mg/kg atau 2.5 ppm.

“Hasil analisis menunjukkan hanya agen penaik ’ammonium bicarbonate’ mengandungi paras melamin yang tinggi iaitu 33.4 ppm bagi kilang biskut jenama Khong Guan dan 508 ppm bagi kilang biskut jenama Khian Guan, dan sumber ’ammonium bicarbonate’ bagi kedua-dua kilang biskut itu adalah dari negara China,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Serentak itu, Liow berkata kementerian telah mengarahkan 12 biskut jenama Khong Guan iaitu Biskut Soda, Biskut Lemon Puff, Biskut Lemon Pof, Biskut Butter Cream, Biskut Baby Fish, Biskut Healthy Cracker, Biskut Cocoa Puff, Biskut Sandwich Oren, Biskut Family Crackers, Biskut Bentuk Binatang, Biskut Gulung dan Biskut Mini Puff ditarik balik dari pasaran. Enam biskut berjenama Khian Guan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff dan Biskut Campuran (Party) turut menghadapi tindakan yang sama, dan kementerian akan memantau dan memusnahkan mana-mana biskut itu jika masih berada di pasaran, katanya.

“Kami juga meminta mereka (Khong Guan dan Khian Guan) untuk menarik balik produk mereka yang lain secara sukarela sehingga ia mendapat kebenaran dari kementerian, dan mereka memberi kerjasama yang baik,” katanya. Liow berkata kementerian sedang mengenal pasti pengimport, pengedar dan pembekal ’ammonium bicarbonate’ dari negara China, selain menjalankan pemeriksaan terhadap kilang biskut di seluruh negara dan jika terdapat ’ammonium bicarbonate’ dari negara China digunakan, ’ammonium bicarbonate’ dan biskut berkenaan akan disita dan sampel akan diambil bagi tujuan analisis. Mengenai laporan CBC News semalam bahawa ’Julie’s Crackers’ yang diimport dari Malaysia dikesan mengandungi melamin melebihi tahap yang dibenarkan dan telah ditarik balik dari pasaran Taiwan, Liow berkata kementerian sedang menyiasat perkara itu. Berkaitan laporan akhbar tempatan hari ini yang melaporkan bahawa susu pekat tawar jenama ’Mali’ yang dikeluarkan syarikat Thailand mengandungi paras melamin yang tinggi, Liow berkata kementerian sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Thailand mengenai hal berkaitan.

“Kita nak pastikan bahawa produk ini masuk ke negara ini atau tidak, dan jika ya kita akan arahkan larangan untuk pastikan ia tidak masuk ke pasaran tempatan,” katanya. Sementara itu Liow berkata, 14 lagi sampel produk makanan yang dianalisis kementerian didapati mematuhi piawaian melamin yang ditetapkan, menjadikan keseluruhan jumlah produk yang diisytihar bebas melamin sehingga kini ialah 138. Produk itu ialah Amoy Flour Vermicilli (Shun Shun Fuk), Animal Biscuits Chocolate Cream Certified (ZQ), Coconut Biscuits (Bairong), Creamy Peanut Butter (Lady’s Choice), Creamy Peanut Butter (Skippy), Crunchy Peanut Butter (Kinus), Durian Cream Biscuits (Sanwa), Magic Chew Candy (Cap Layang), Marsh Mellow Blueberry Flavour Candy (Ego), Marsh Mellow Grape Jam Candy (Ego), Magnum Mini Classic Vanilla Flavoured Ice Cream With Chocolate Coated (WALL’s), Peanut Butter & Chocolate Rice Crisp (Lady’s Choice), Peanut Butter & Strawberry Flavoured Stripes (Lady’s Choice) dan Sesame Paste Cookies (C7OK), katanya. Liow berkata kementerian juga sedang cuba meningkatkan keupayaan makmal supaya sebarang analisa dapat dibuat dengan lebih pantas, termasuk peningkatan dari segi jumlah makmal, jumlah pekerja dan peralatan. Pada masa ini kementerian mempunyai 14 makmal di seluruh negara, dan usaha penambahbaikan sedang dijalankan supaya analisis produk makanan, sepertimana yang dilakukan berkaitan kes pencemaran melamin ini dapat dibuat dengan lebih intensif, katanya. - Bernama

Malaysia’s Halal certification

Malaysia’s Halal certification is recognised worldwide among Muslim and Non-Muslim countries. It is of ISO standard –MS1500:2004- Standard for the Production, Handling and Storage of Halal food, developed by the Department of Standard Malaysia. The standard complies with international standards such as Good Manufacturing Practice (GMP) and Good Hygiene Practice (GHP).

Malaysia also has a balanced knowledge of both Islamic tenets and other areas including technological development and sciences, particularly food sciences, biochemistry and microbiology as well as in business management.

Halal Industry Development Corporation (HDC) is the Halal certification body for Malaysia. The Halal Directory features companies which are registered with MATRADE and have products which are certified halal.