Wednesday 31 October 2007

KONSEP MAKANAN HALAL DALAM ISLAM

Kententuan Halal
Firman Allah:
•وكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلاَلاً طَيِّبًا Maksud: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik (al-Maaidah: 88)
Firman Allah:
Wahai manusia, makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang nyata” (Al-Baqarah 168).

Sabda Rasulullah :

الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور مشتبهات ... Maksudnya: “ Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi

(Riwayat: Bukhari dan Muslim).

Definisi Halal , Haram , Masbuh

Halal: Dari segi perkataan bermakna dibenarkan(lawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang diizinkan dan tidak berdosa memakannya berdasarkan prinsip undang undang Islam.

Haram: Dari segi perkataan bermaksud tidak dibenarkan (unlawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang tidak dibenarkan mengikut undang undang Islam.

Masbuh (suspect): bermaksud meragukan. Ia merujuk kepada sesuatu pemakanan yang tidak jelas status hukumnya apakah ia halal atau haram. -Imam Ibn Al-Mundhir membahagikan kepada 3 : 1. Sesuatu yang diketahui haram kemudian ia meraguinya. 2. Sesuatu yang diketahui tentang halalnya dengan yakin kemudian ia meraguinya. 3. Sesuatu yang diragui halal dan haramnya

Halal Haram Penting :

Halal haram mempunyai kaitan dengan kepentingan hidup manusia duniawi dan ukhrawi .

Contoh :

Dunia - pensyariatan sembelihan haiwan bagi mengeluarkan darah sebagai media penyakit / virus/ bakteria - boleh membentuk akhlak & peribadi muslim

Akhirat - kepatuhan kepada perintah Allah - berdosa mengingkarinya

LOGO HALAL MALAYSIA



Pada 15 Januari, 2004 logo halal Malaysia telah didaftarkan certification mark di bawah Akta Cap Dagangan 1976. JAKIM telah diberi hak milik logo halal Malaysia dan sijil halal JAKIM kini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang direka oleh SIRIM. Dari segi perundangan dan prosedur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut meminda peruntukan di bawah Akta Perihal Dagangan 1975 bagi mengelakkan penyalahgunaan perkataan halal oleh pengeluar produk-produk dan pengusaha premis.JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri juga telah menyeragamkan logo, prosedur, persijilan, borang permohonan, caj persijilan dan melanjutkan tempoh sah sijil halal JAKIM Jabatan Agama Islam negeri dari setahun ke dua tahun.


Bagi memantapkan lagi program pembangunan industri halal negara, Malaysia turut bekerjasama dengan negara ASEAN lain dalam meningkatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap logo dan produk halal Malaysia. Antara inisiatif diadakan termasuk penubuhan kumpulan kerja mengenai makanan halal yang mana Malaysia berperanan sebagai urus setia. Antara projek-projek yang akan dilaksanakan untuk oleh kumpulan kerja ini ialah mewujudkan sistem akreditasi bagai pengeluar-pengeluar makanan halal Asian, pendaftaran senarai pengawet halal, pembangunan sumber manusia dan pertukaran maklumat.


Kerajaan ingin menjadikan standard halal Malaysia untuk persijilan halal sebagai tanda aras untuk mewujudkan satu standard global. Penekanan kepada pembangunan hub halal terkanun dalam Pelan Induk Perindustrian II dan Dasar Pertanian Negara. Pelan Induk Persendirian III yang sedang disediakan akan terus memberi penekanan terhadap sektor ini.