Thursday, 10 April 2008

Mengapa Perlu Makan Menggunakan Tangan


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Kes Saman Perak Duck & Pasaraya Tesco


Untuk makluman tiga pembekal ayam dan pasaraya Tesco disaman Rm5juta kerana menjual ayam yang tidak disembelih / Nst 26ms

Wednesday, 9 April 2008

Pengguna Perlu Peka Dengan Status Halal

Orang ramai mesti buat aduan segera jika ragu taua was-was dengan sesuatu produk KAJIAN semasa menunjukkan Islam adalah agama dianuti paling ramai penduduk dunia, anggarannya mencecah dua bilion pada 2010. Oleh itu, industri halal kini semakin berkembang kerana permintaan barangan halal semakin meningkat. Mengikut HalalJournal.com, industri halal dijangka mencecah AS$580 bilion dan meningkat pada kadar tujuh peratus setiap tahun.

Menyentuh soal halal, negara kita memang sudah lama menetapkan penggunaan barangan halal sama ada yang dihasilkan di dalam atau luar negara. Namun, adakah produk yang disahkan halal ini benar-benar halal dan sejauh manakah pemantauan yang dilaksanakan pihak bertanggungjawab? Ini yang menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam sehingga berasa was-was setiap kali membeli sesuatu barangan. Misalnya, baru-baru ini ada yang mempersoalkan proses pembuatan tauhu yang dikatakan kotor dengan anjing berkeliaran di kawasan sekitarnya. Sebagai seorang pengguna Islam bagaimanakah mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai barangan yang dibeli itu benar-benar halal dan bagaimanakah cara memprosesnya?

Apabila perkataan halal digunakan dalam apa jua bentuk perdagangan atau perniagaan maka ia tiada mengandungi bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang hukum syarak atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Selain itu, penyediaan, pemprosesan dan penyimpanannya tidak bersentuhan atau berdekatan dengan sebarang makanan yang tidak mengikut hukum syarak. “Status halal dan logo halal diperkenalkan Jakim pada 1971. Malaysia menjadi negara pertama memperkenalkan logo halal. Malah, sejak 2004, negara ini memperkenalkan piawaian halalnya sendiri, MS 1500, yang kini menjadi ikutan seluruh dunia.

“Bagi memastikan piawaian sijil halal ini benar-benar sah, Jakim melantik 44 organisasi Islam luar negara menjadi wakil yang mengesahkan sesuatu produk itu halal atau tidak. Tempoh logo halal pula hanya dua tahun dan ia perlu diperbaharui, Pemohon yang layak memohon sijil halal di mana ia hanya terbuka kepada pengeluar/pengilang produk, pengedar barangan, pengeluar sub kontrak, pembungkusan semula, pengusaha premis makanan dan rumah sembelihan. Jika permohonan mereka agak meragukan, Jakim tidak teragak-agak menolak permohonan mereka, misalnya;

  • Syarikat mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal.
  • Produk yang tidak halal.
  • Bahan semula jadi yang tidak membabitkan sebarang pemprosesan.
  • Ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Produk siap diproses yang dikeluarkan di luar negara.
  • Produk yang menggunakan nama sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh.
  • Baja dan makanan binatang. Bagi memastikan setiap pemegang sijil halal mematuhi setiap syarat ditetapkan, enam bulan pertama selepas mendapat sijil pengesahan halal, Jakim akan mengadakan pemeriksaan mengejut. Pemantauan juga dilakukan secara tiga peringkat iaitu secara berkala, aduan dan pemeriksaan mengejut. Jika pengusaha atau pemilik premis didapati bersalah mereka boleh didenda RM100,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Justeru, jika ada yang berasa ragu atau was-was dengan sesuatu barangan, mereka perlu membuat aduan segera kerana Jakim tidak berkompromi hal halal haram ini. Selain Jakim, jawatankuasa yang menilai halal haramnya sesuatu produk itu terdiri daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kesihatan, Mardi dan universiti tempatan. Dari segi teknikal atau ujian, kebanyakannya dilakukan Mardi. Mardi sentiasa memantau bahan digunakan dalam produk yang berada di pasaran. Sebenarnya banyak bahan tambahan dalam makanan yang meragukan misalnya gelatin (dihasilkan daripada lemak binatang) yang banyak digunakan di dalam makanan tetapi kini ramai mendakwa mereka menggunakan gelatin diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Selain gelatin, antara senarai bahan tambahan yang meragukan termasuk enzim, keju, kolagen, lecitin, emulsi, tallow (lemak binatang) dan dadih. Tidak dinafikan peranan Jakim dan badan bertanggungjawab lain di dalam memastikan produk halal benar-benar halal cukup penting, Namun, tindakan bersepadu perlu supaya hal halal haram ini tidak diambil mudah. Sebagai pengguna, kita mengharapkan soal halal haram diberi keutamaan. Kita juga mengharapkan agar penyelesaian yang menyeluruh, bukan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Sebagai pengguna, kita perlu bersikap berani dan tegas. Sentiasa mengambil tahu dan peka pada setiap barangan yang kita beli supaya status halalnya sentiasa terjamin.
  • HDC Bukan Ambil Kuasa JAKIM

    HDC Bukan Ambil Kuasa Jakim, Kata Ahmad Zahid

    KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) yang akan bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal bukan bermaksud untuk mengambil alih kuasa daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Beliau berkata sebaliknya hal berkaitan pengeluaran sijil halal dan promosi produk halal akan diletakkan di bawah satu bumbung bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat antarabangsa. "Apabila HDC menggunakan logo halal yang selama ini dikeluarkan oleh Jakim maka ini bukanlah pengambilalihan kuasa oleh HDC daripada Jakim. "Sebaliknya untuk diletakkan sebagai sebuah one-stop agency yang menggabungkan Jakim, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Halal Forum dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari Sabtu. Semalam, Ahmad Zahid berkata HDC akan mengambil alih peranan MITI dari segi mempromosi, memasar dan mengadakan pameran produk dan perkhidmatan halal. Rabu lepas, HDC diberi mandat oleh Kabinet untuk mengambil alih peranan Jakim bagi mengeluarkan sijil-sijil halal di negara ini. HDC juga bertanggungjawab mengeluarkan sijil-sijil halal antarabangsa. Ahmad Zahid berkata peranan baru HDC itu juga tidak menjejaskan proses pengeluaran sijil halal peringkat negeri kerana standard dan piawaian yang digunakan masih sama seperti Jakim. "Sebelum ini, majlis dan jabatan agama peringkat negeri memberikan kuasa kepada Jakim mengenai logo dan sijil halal, maka kuasa pihak negeri dan perjanjian itu masih kekal. "Sekarang bukan soal pengambilan kuasa sedia ada di peringkat negeri tetapi penyelarasan sahaja dibuat oleh HDC dan Jakim serta para pegawainya masih diguna pakai," katanya. Beliau berkata spesifikasi yang digunakan bagi mengeluarkan sijil halal selama ini akan terus diaplikasikan serta ditambah baik bagi mempercepatkan pengeluaran sijil itu. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata mulai tahun depan, sambutan Maulidur Rasul akan diperhebatkan lagi dengan mengadakan sambutan serta perarakan besar-besaran bagi menterjemahkan sirah Rasulullah S.A.W. "InsyaAllah, kita akan buat lebih besar lagi tahun depan, ini bukannya untuk menunjukkan riak atau takbur tetapi menunjukkan seluruh umat Islam bersatu padu menjunjung sirah Nabi," katanya. Beliau berkata hadiah untuk penerima anugerah dan tokoh Maulidur Rasul juga akan ditingkatkan nilainya sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan yang diberikan dalam menegakkan syiar Islam dan memajukan negara. "Saya sedia maklum bahawa jabatan saya kurang peruntukan tetapi kita akan cari penajaan dari pihak luar untuk meningkatkan nilai hadiah, walaupun nilai wang dan anugerah bukanlah nilai sebenar sumbangan tokoh-tokoh ini tetapi penghargaan yang diberi adalah satu pengiktirafan yang tinggi," katanya. Pada majlis hari ini, Ahmad Zahid turut menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada tiga penerima iaitu Mohamad Ali Mohamad Zaki bagi kategori Pelajar Cemerlang, Abdul Hanif Harun untuk Pendakwah Cemerlang manakala Jaafar Daud bagi kategori Sukarelawan Cemerlang. -- BERNAMA

    Kerjasama Halal 2

    HDC Akan Main Peranan Utama Promosi Produk Dan Perkhidmatan Halal

    KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) akan mengambil alih peranan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dari segi mempromosi, memasar dan mengadakan pameran produk dan perkhidmatan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi. HDC di perbadankan pada 18 Sept, 2006 sebagai syarikat swasta milik penuh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan. "Kabinet memutuskan bahawa peranan MITI dalam mempromosi, memasar dan mengadakan pameran produk-orudk halal akan diambil alih oleh HDC. "Ia bertujuan mengelak kekeliruan. Oleh itu Kabinet memutuskan hanya satu badan sahaja (memantau) pembangunan industri halal," katanya kepada pembrita selepas melawat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini. Ahmad Zahid mengulas mengenai tawaran MITI supaya HDC memain peranan utama dalam mempromosikan negara sebagai hab halal. Pada Rabu, HDC diberi mandat oleh Kabinet untuk mengambil alih peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengeluarkan sijil-sijil halal di negara ini. HDC juga bertanggungjawab mengeluarkan sijil-sijil halal antarabangsa. Bagi memastikan peralihan yang lancar selain bantuan, Ahmad Zahid berkata Jakim akan memindahkan beberapa pegawainya ke HDC bagi membantu proses pensijilan halal itu. Peralihan itu bakal menyaksikan sistem pensijilan halal, yang meliputi e-halal, dokumentasi dan pengurusan, serta hak logo halal Malaysia, diserahkan kepada HDC. Langkah itu juga bertujuan menyegerakan pengeluaran sijil halal. Pada masa ini, Jakim mengambil msa kira-kira dua bulan untuk mengeluarkan sijil halal. Ketua Pegawai Eksekutif HDC Datuk Jamil Bidin berkata bagi sijil halal antarabangsa, HDC sudah bersedia mengeluarkannya, terutama menerusi pemasangan sistem teknologi maklumat yang berkesan. "Kami sudah menerima banyak permohonan daripada beberapa negara yang sudah mendaftar untuk mendapatkan sijil halal antarabansga ini. Pada masa ini, jumlahnya kira-kira 40 syarikat, antara lain dari Thailand, Indonesia dan Turki," katanya. Mengenai pelan induk industri halal, Jamil berkata ia dijangka diserahkan kepada Kabinet dalam masa terdekat. -- BERNAMA

    Kerjasama Halal

    07 April, 2008 13:49 PM

    MITI Akan Bekerjasama Dengan HDC Bangunkan Industri Halal, Kata Muhyiddin

    PETALING JAYA, 7 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dalam mempercepatkan pembangunan industri halal di negara ini bagi memenuhi permintaan dari luar negara. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin berkata pihaknya akur dengan keputusan kabinet untuk mengekalkan HDC di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Kita bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kekalkan HDC di bawah JPM) dan akan bekerjasama dengan HDC," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Anugerah Produktiviti 2006/2007, Isnin. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada MITI akan mengambil-alih HDC. "Tujuan kita bukan nak mengambil-alih urusan untuk mendapatkan sijil halal, kita nak terlibat dalam usaha untuk mempercepatkan proses pembangunan industri ini kerana tidak ada gunanya kita buat promosi seluruh dunia, Malaysia jadi hab sebagai pengeluar makanan halal tetapi di negara sendiri, kita belum bangunkan satu pembangunan industri halal yang berdaya maju," katanya. "Kalau ada pun, jumlahnya kecil, kalau dari segi saiz pun, tidak sebesar mana, jadi kita tidak boleh jual secara besar-besaran. Bila orang nak buat pesanan, tidak ada bekalan. Jadi, kita mesti ada satu perancangan," katanya lagi. Beliau berkata pembangunan industri halal juga merupakan sebahagian daripada urusan MITI kerana ia adalah sebuah agensi untuk mempromosikan industri termasuk industri makanan dan bukan makanan. Muhyiddin berkata beliau akan berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif HDC dalam jangka masa terdekat untuk mendapatkan maklumat berkenaan persediaan yang HDC telah lakukan untuk memajukan industri halal termasuk perbentangan "Pelan Induk bagi Pembangunan Industri Halal." Kabinet pada mingu lepas telah menetapkan bahawa HDC adalah badan yang bertanggung jawab untuk mengeluarkan pensijilan halal bagi negara ini, mengambil-alih peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. HDC akan mengeluarkan sijil dan logo halal Jakim yang telah digunakan selama ini dan dikenali ramai. HDC ditubuhkan pada 2006 oleh Jabatan Perdana Menteri dengan objektif meletakkan Malaysia sebagai Hab Halal Global dan memacu perkembangan industri halal seluruh dunia. -- BERNAMA

    Kelulusan Kabinet

    Kabinet Lulus HDC Sebagai Pengeluar Sijil Halal

    PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), telah diberi mandat oleh Kabinet hari ini untuk mengeluarkan pensijilan halal bagi negara ini, mengambil alih peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berkata ia berkuatkuasa serta merta. "Pihak HDC sudah boleh mengeluarkan sijil ini secepat mungkin dan ini bermakna agensi yang mengeluarkan sijil dan logo halal di bawah Jakim akan berubah dan beroperasi di bawah HDC," katanya kepada Bernama ketika di temui setelah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri, untuk membincang perlantikan anggota exco negeri itu. Menurut Abdullah, HDC akan mengeluarkan sijil dan logo halal Jakim yang telah digunakan selama ini dan dikenali ramai. Beliau berkata pensijilan halal untuk negara ini telah diterima pakai oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Menurut Abdullah, ketika ini sudah terdapat 40 buah syarikat termasuk dari luar negera yang sedang menunggu untuk mendapat sijil berkenaan. "Maka dengan keputusan ini pengeluaran sijil ini dapat dipercepatkan," kata beliau. HDC ditubuhkan pada 2006 oleh Jabatan Perdana Menteri dengan objektif meletakkan Malaysia sebagai Hab Halal Global dan memacu perkembangan industri halal seluruh dunia. Selain itu, mesyuarat Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) di Dakar, Sudan baru-baru ini, telah memutuskan supaya Malaysia menjadi pengeluar sijil halal di samping menjadi hub atau pembangunan industri halal. Dengan itu, kata Abdullah, HDC boleh mengeluarkan pensijilan halal antarabangsa termasuk negara-negara OIC menggunakan Logo Jakim yang di terima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. -- BERNAMA

    Wednesday, 5 March 2008

    Daftar Isi

    Loading...

    Monday, 10 December 2007

    Shenzen,Hong Kong , Guang Zhou 2007



    Tepat jam 06.50 pagi 25 Nov 2007, saya bersama 31 orang peserta telah menaiki Flight AirAsia yang berwarna merah ( AK 80 ) telah terbang dari LCCT ke International Shenzen Airport.Pakej ini diuruskan oleh Alquds Travel & Tour . Penerbangan memakan masa 3jam 40minit.Setelah AK 80 di ruang angkasa , maka bermula pramugari menjual nasik lemak Pak Naseer di atas kapal terbang.Mula-mula saya tidak mahu membelinya tetapi perut sudah memulas kerana belum sarapan lagi.Harga nasik lemak Pak Naseer Rm 12 sebungkus + 4rm untuk teh tarik Mamak.
    Pramugari buat sendiri kat dapur AirAsia.Selepas 3jam 40minit maka AK 80 selamat mendarat di Airport Shenzen dengan selamatnya.Setelah tiba di sana kami telah di sambut oleh pemandu pelancong yang fasih berbahasa melayu Indonesia. Ibu-ibu bapak-bapak sekalian , kita telah sampai di Shenzen.saya mahu hitung berapa bilangan kalian sebelum kita start tournya..Kata pemandu pelancong yang bernama Acun.Setelah semua beg telah dikumpulkan maka bermula tour kami.Lebih kurang jam 2 petang waktu Shenzen kami telah di bawa ke restoren Muslim yang terletak di Bandar Shenzen untuk makan tengah hari ( Chines Food ) bestt!


    Selepas itu kami telah di bawa untuk city tour di bandar Shenzen.Tepat jam 5 petang kami telah di bawa untuk menonton pertunjukan kebudayaan di Splendid Of China.Pertunjukan ini sesuai untuk semua peringkat umur.Ahli rombongan terhibur dengan pertunjukan kebudayaan China ini, kerana menggunakan sistem cahaya dan tarian yang mengangumkan.
    Setelah tamat pertunjukkan di Splendid Of China , kami telah check-in Hotel Ambassador ( 3 star ) kesemua ahli rombongan mendapat bilik suite untuk menginap satu malam dan untuk hari kedua nya kami akan bertolak ke Hong Kong.


    Awal-awal pagi selepas sarapan saya dan ahli rombongan telah check-out hotel dan telah pergi stesen keretapi Shenzen-Hong Kong.Perjalanan dari Shenzen- Hong Kong selama 45 minit.Kami Telah berhenti di stesen Huang Hom, setelah selesai urusan di imigresin kami telah di sambut oleh pemandu pelancong dari Hong Kong pula yang bernama Irine.Pemandu pelancong ni cantikk :) cara dressing macam model Italy. Selepas itu kami telah di bawa untuk makan tengahhari di Restoren Muslim ( Pakistan ).


    Makanan di restoren ini lebih sedap lagi kerana nasi nya tak berkanji n lembek sangat.Lauk-lauk lagi best.Orang asia pun ramai makan kat sini. Tempat Solat pun luas..di dalam bangunan 4 tingkat ini terdapat restoren, surau , tadika, dewan untuk orang ramai.Saya cadangkan sesiapa yang ini mencari makanan Halal sila lah datang ke Masjid Ammar dan Osman Ramju Sadick Islamic Center.Setelah selesai makan dan sembahyang, kami telah di bawa untuk city tour di bandar raya Hong Kong yang padat dan berbukit.Kenderaan di Hong Kong semua nya Mercedes, BMW dan setaraf dengan nya.Kenderaan di Hong Kong murah kerana kerajaan tidak mengenakan cukai! tetapi untuk setangki pentrol harganya sampai beratus-ratus ringgit!! Nasib baik lah kami telah menggunakan bas pelancongan.


    Selepas itu kami telah melawat Aberdeen Fishing Village.Disitu kami dapat melihat cara penghidupan asal orang Hong Kong.( macam melawat rumah rakit kat tepi sungai kelate :)) )Kami telah bergambar dan melawat kat Aberdeen Fishing Village 30 minit , kami telah berangkat ke Golden Bauhinia Square yang terletak di tepi pantai,permandangan amat cantik sekali.



    Banyak kapal kontena yang melalui selat ini.Selepas berposing group di Bauhinia Square kami telah menaiki bas dan telah Check-in L Hotel ( 5 star) Lokasi hotel di terletak di luar bandar Hong Kong ( kawasan perumahan ).Pada sebelah malam kami telah di bawa untuk membeli belah di Ladies Street.Banyak kiosk dan lot kedai di kiri kanan jalan untuk di lawat.Tempatnya amat lah penuh sesak kurang sesuai membawa anak-anak membeli belah disini.Barang-barang yang di jual disini tidak banyak pilihan ,diskaun hanya 10 % sahaja.Selepas berjalan-jalan di Ladies Street.

    Kami telah pulang ke hotel untuk tidur kerana besok pagi, kami mesti berjalan jauh! olahraga :) iaitu melawat Disneylang Hong Kong !

    Selepas sarapan pagi , Kami telah di jemput oleh Irine untuk menaiki bas dan bertolak ke Disneyland Hong Kong. Perjalanan dari hotel ke Disneyland selama 25 minit sahaja.Dalam perjalanan ke Disneyland kami telah melalui pulau-pulau tetiba ada Disneyland.Setelah di tiba di Disneyland kami telah di beri tiket masuk dan di beri sedikit maklumat tentang Disneyland oleh pemandu pelancong.













    Tepat jam kol 10 pagi telah masuk ke Disneyland.Ahli rombongan telah membawa diri masing-masing untuk melihat dan bermain di Disneyland.Seharian tak abis berjalan dalam Disneyland.( Sila bawa sejadah untuk sembahyang ) kerana di dalam disneyland tidak menyediakan surau :)
    Pihak pengurusan Disneyland tidak membenarkan makanan dari luar di bawa masuk ke dalamnya..Pandai-pandai ler nak seludup biskut , roti ke apa untuk di makan di dalam disneyland.Makan tengah hari dan makan malam mesti di dalam Disneyland.Food Court di dalam disneyland tidak menyediakan makanan Halal 100%.Kalau tekak bolih makan Berger ikan di Mc donald Disneyland..kira ok laa :) Bersambbbbunggg......:))


    Friday, 2 November 2007

    Sebahagian Badan Islam Luar Negara Yang Di Iktiraf

    The Perth Mosque of Western
    Australia Incorporated
    427-429 William Street,
    P.O. Box 106, Aberdeen StreetPerth W.A 6001
    Islamic Services America (ISA)
    P.O. Box 521
    Cedar Rapids, IOWA 52406U.S.A


    The Central Islamic Committee of
    Thailand


    Islamic Food Council of Europe
    4, Rue De La Presse
    Brussels 4000
    Belgium
    Total Quality Halal Correct Certification
    PB 179,
    2300 AD LeidenThe Netherlands

    Federation Of Muslims Association
    In Brazil
    Rua Tejupa
    188 CEP 04350-020Sao Paolo, SP-Brazil
    Halal Control e.K.
    Eisenstr. 51
    D-65248 RuesselsheimGermany
    Chinese Muslim Association
    Taipei Grand Mosque
    62 Shin Sheng South Road,
    Sec. 2 Taipei,
    Taiwan,Republic of China
    Taichung Mosque
    No. 457, Nantun District,
    Dadun S. Rd Taichung 408 Taiwan,Republic of China


    The Islamic Food and Nutrition
    Council of America (IFANCA)
    5901 N, Cicero Ave.,
    309 Chicago,Illinois 60646, USA



    Islamic Services America (ISA)
    P.O. Box 521
    Cedar Rapids, IOWA 52406U.S.A

    The Islamic Food and Nutrition
    Council of America (IFANCA)
    5901 N, Cicero Ave.,
    309 Chicago,Illinois 60646, USA
    Halal Food Council South East
    132 East Main Street,
    Suite #302 Salisbury,Maryland 21801 USA

    New Zealand Islamic Meat
    Management Incorporated
    Level 1, Westbrook House,
    181 Willis Street,
    P.O. Box 11-382,Wellington

    Federation of Islamic Association
    of N. Zealand (FIANZ)
    P.O. Box 1415,
    Wellington,New Zealand

    The Islamic Council of Western
    Australia
    P.O. Box 70, Burswood WA 6103 OR
    7 Melvern RoadRivervale, WA 6103

    Islamic Society Of South Australia
    658, Marion Road
    ParkHolme, S.A. 5043/ GPO Box 1694,Adelaide SA 5001
    AFIC Queensland Branch
    Lot 4 114 Dennis Rd,
    SpringwoodQLD 4127

    The Australian Federation of
    Islamic Councils Inc. (AFIC)
    932 Bourke Street,Zetland, Sydney, NSW 2017
    Supreme Islamic Council of New
    Halal Meat In Australia (SICHMA)

    Islamic Co-ordinating Council of
    Victoria (ICCV)
    155 Lygon Street,
    East Brunswick Victoria3057 Australia
    Islamic Coordinating Council of
    Australia (ICCA)
    173, Johnston St.,
    Collingwood VictoriaAustralia

    Islamic Association of Katanning
    Inc.
    P.O. Box 270
    Katanning 6317Western Australia

    Islamic Association of GeraldtonWestern Australia


    Halal-Sadiq Services
    4A Virgil Avenue
    YokineWestern Australia 6060
    Australian Halal Food Services
    (AHFS)

    Adelaide Mosque Islamic Society of
    South Australia

    China Islamic Association

    Shandong Islamic Association

    Islamic Da’wah Council of Philippines,
    Inc., (IDCP)



    Lembaga Mengeluarkan Permit Import
    Halal
    (Board for Issuing Halal import Permit)
    Kementerian Hal Ehwal UgamaNegara Brunei Darussalam




    Lembaga Mengeluarkan Permit Import
    Halal
    (Board for Issuing Halal import Permit)
    Kementerian Hal Ehwal UgamaNegara Brunei Darussalam



    Islamic Religious Council of
    Singapore





























































    Pengesahan Kulit Dan Bulu Babi









    •Contoh sampel : berus lukisan, berus cat, beg tangan, kasut.



    Pengesahan melalui:

    Ujian Kimia
    - Ujian bakar
    - Ujian Kelarutan 2.5% NaOH


    Ujian Fizikal
    -Ujian mikroskop



    Analisis yang dijalankan
    Rupa bentuk fizikal mempunyai 3 titik/lubang

    Ujian kelarutan
    Ujian Bakar

    Fatwa Kebangsaan Berkaitan Halal

    1.Bioteknologi Makanan dan minuman- penghasilan makanan melalui GM Food khusus apabila ia melibatkan pemindahan DNA babi kepada bahan makanan, minuman atau tumbuh-tumbuhan FATWA : 12 Julai 1999 a. Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah DNA khinzir adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya adalah haram. b. Penggunaannya masih belum sampai ke tahap yang boleh dikatakan darurat kerana masih ada pilihan bahan yang lain. 2.Penggunaan Keju sebagai bahan makanan 3.Penggunaan alkohol sebagai penstabil minuman ringan FATWA : 3 Oktober 1990 -Keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih 24 November 1988 - kordial yang mengandungi bahan citarasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak. 4.Bahan pewarna (Cochineal) dalam makanan 5.Penggunaan agen aktif dalam makanan FATWA :23 Mac 1995 -Meluluskan penggunaan pewarna cochineal dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006% 7-8 Mac 1990 - Penggunaan agen aktif dalam makanan adalah harus dengan syarat sumber-sumber agen aktif permukaaan tersebut diperolehi daripada tumbuhan dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menutur syarak. 6.Alkohol sebagai penstabil minuman ringan FATWA :24 November 1988 Kordial yang mengandungi bahan citarasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya: 1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak 2. Kuantiti alkohol dalam flavour itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan. 7.Gas daripada tahi babi 8.Menternak binatang dua alam FATWA :12-13 Mei 1981 -Gas yang diperolehi daripada tahi babi dengan menggunakan api hukumnya najis dan yang tidak menggunakan api hukumnya suci. FATWA :7-8 Mac 1990 i. Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan ekspot adalah harus kerana ia bukan binatang dualam. ii. Perusahaan menternak katak untuk tujuan ekspot adalah khilaf ulama’: 1. Jumhur ulama’: menternak katak untuk ekspot adalah haram kerana ia binatang dualam 2. Mazhab Maliki: harus 9.Pembiakan siput babi 10.Penggunaan bulu babi FATWA : 2 April 1988 Perusahaan menternak siput babi untuk ekspot ke luar negara sebagai bahan makanan adalah harus. FATWA :21-22 Januari 1985 Penggunaan berus yang dibuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan. 11.Penggunaan elektrikal stunning dalam penyembelihan lembu 12.Baja daripada tahi babi FATWA :24 November 1988 -Penggunaan elektrikal stunning dalam penyembelihan lembu adalah harus 12-13 Mei 1981 a)baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughallazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh. b)Makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu, darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal.