Seperti yang kita maklum apabila seseorang bila makan di hotel , mereka akan mengambarkan makanan yang lazat-lazat dan sedap-sedap.Pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat swasta sering mengadakan kursus-kursus dan function di hotel yang bertaraf 4 / 5 atau berbintang-bintang untuk kakitangannya tanpa memikirkan status makanan yang hendak dimakan adakah halal atau sebaliknya.
Untuk makluman, Jakim hanya mengeluarkan pensijilan Halal Malaysia hanya kepada dapur tidak kepada Hotel.Contoh nya : Sesebuah Hotel terdapat Malay Kicthen , Western Kitchen , Japan Kitchen , Chinise Kitchen.
Auditor Halal , akan mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal hanya kepada kitchen yang bebas dari arak / alkohol / babi / atau apa-apa yang tidak halal dari segi syarak.
Mengikut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia ,bagi keperluan Premis Makanan Di Hotel :
- Keperluan bagi premis makanan yang perlu diberi perhatian untuk tujuan pemeriksaan ialah :
- Sumber ramuan yang diragui perlu dibuktikan melalui sijil halal yang dikeluarkan oleh badan islam yang diiktiraf seperti bahan mentah , bahan terproses atau bahan tambah,
- Penyedian dan pengendalian bagi bahan mentah dan ramuan yang berkaitan hendaklah menepati standart halal , kebersihan dan keselamatan yang di khendaki.
- Ayam dan itik dan seumpamanya hendaklah diperolehi dari pembekal/rumah sembelih yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM / JAIN /MAIN.
- Penjualan arak dan seumpamanya tidak dibenarkan
- Peralatan dan perkakasan hendaklah dibersihkan setiap kali sebelum dan selepas digunakan dan hanya untuk memasak makanan halal sahaja.
- Susun atur peralatan dan barangan hendaklah kemas ,bersih dan selamat
- Semua yang terlibat dengan pengendalian makanan ( bahan , dapur ,peralatan , penyimpanan, pembukusan ) mestilah keselruhannya hanya untuk makanan halal.
- Pemeriksaan dan pengesahan hendaklah dibuat bagi dapur hotel sahaja.
- Menyediakan dua orang tukang masak muslim yang bekerja sepenuh masa di dapur hotel.
- Semua peralatan hendaklah dikhaskan bagi penggunaan ruangan hidangan ( dining room ) halal sahaja.
- Memastikan masakan halal sahaja disediakan di dapur tersebut
- Tidak menggunakan sebarang ramuan atau bahan mentah yang tidak halal dan meragukan bagi kesemua jenis masakan seperti masakan western food dan chinese food
- Memastikan dapur hotel berasingan daripada dapur yang tidak halal dan tidak boleh berlaku masuk antara dua dapur
- Para pekerja adalah tidak di benarkan keluar masuk antara dapur halal dan dapur yang tidak halal
- arak dan ramuan berunsur arak tidak dibenarkan sama sekali berada dikawasan dapur halal.
Hotel-Hotel yang mendapat pengesahan Sijil Halal Malaysia :
No comments:
Post a Comment