Sunday 23 January 2011

Cinta Valentine's Day tidak ke Syurga

Hari ini 23 Januari, berbaki 8 hari sahaja akan berlalunya bulan tersebut. Maka 1 Febuari nanti ramai pasangan kekasih berangan-angan untuk meraikan dan sambut Valentine's Day. Valentine's Day akan di sambut pada 14 Febuari. Si lelaki atau perempuan berlumba-lumba membeli kuntuman bunga ros merah untuk di berikan kepada pasangan masing-masing bagi membuktikan kasih dan cinta kononnya!

Menjelang Februari nanti banyaklah iklan-iklan atau pun rancangan television yang mempromosi  Valentine! Pusat hiburan, kelab malam, hotel akan menawarkan program untuk merayakan Valentine!


Media massa, media cetak yang sebahagian besarnya milik orang Islam turut menghidangkan iklan-iklan Valentine!

Sungguh sedih dan tidak sepatutnya kita mendengar bahawa orang yang mengaku Islam tetapi sama-sama sambut Valentine! tanpa mengetahui  sejarah Valentine itu sendiri. Valentine's Day jelas bukan dari sumber Islam. Ianya adalah ritual dari agama kristian.

Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2005, menyatakan sambut Valentine's day adalah DILARANG bagi orang islam.
Ungkapan kasih sayang adalah baik tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun, ianya adalah untuk selama-lamanya dan bukan pula bererti kita mesti  berkiblat Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain ke atas Islam. Islam diutuskan untuk umatnya supaya berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi.


15 FEBRUARI 2011 / 12 RABIUAWAL 1432 ADALAH MAULUD NABI 

No comments: