PETALING JAYA: Seorang pengguna yang mengunjungi sebuah pasar raya di Damansara Damai di sini, terkejut apabila mendapati Mi Segera Sayuran 'bak kut teh', yang sering dikaitkan dengan penggunaan babi sebagai salah satu ramuan, dijual secara terbuka, dua minggu lalu.
Showing posts with label Sijil Halal. Show all posts
Showing posts with label Sijil Halal. Show all posts
Monday, 14 November 2011
JAKIM TAK MONOPOLI SIJIL HALAL
YAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan 14 Majlis Agama Islam Negeri (Main) di seluruh negeri dilantik sebagai badan pensijilan halal yang berperanan mengeluarkan sijil halal dengan logo seragam di seluruh negara berkuat kuasa 1 Januari depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, perkara itu sekali gus menolak dakwaan mengatakan hanya Jakim saja yang dilantik sebagai badan pensijilan halal tunggal negara bermula tahun depan, selain menyifatkan ia sebagai salah faham pihak industri.
Beliau berkata, perkara itu selaras dengan Pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang digantikan dengan Akta Perihal Dagangan 2011 sekali gus memberi kuasa kepada Jakim dan Main untuk menjadi badan sah mengeluarkan sijil halal berkuat kuasa tahun depan.
"Sebanyak 15 badan termasuk Jakim yang dilantik kerajaan mengeluarkan sijil halaldengan logo seragam bermula tahun depan. Ia selaras usaha kerajaan memperkemas dan memantau pengeluaran sijil halal kepada pihak industri termasuk pengusaha kedai makan.
"Ketetapan itu dibuat selepas kita menilai pengalaman lalu apabila ketika pengeluaran sijil halal diberikan kepada tujuh syarikat swasta, kita lihat ia tersasar daripada matlamat asal sebaliknya digunakan untuk mengaut keuntungan manakala hak pengguna Islam dikhianati," katanya selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan disuarakan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) berhubung pelantikan Jakim sebagai badan pensijilan halal tunggal di Malaysia mulai 1 Januari 2011, yang didakwa menjejaskan industri makanan dan perkilangan.
Timbalan Presiden persatuan itu, Teh Kee Sin juga mahu kerajaan mengkaji kemungkinan memilih lebih daripada satu badan pensijilan sebagai sumber alternatif dalam pengeluaran sijil halal.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, Jakim dan Main adalah badan yang tidak mempunyai kepentingan menjana keuntungan sebaliknya berperanan sebagai organisasi yang melindungi hak terutama pengguna Islam di negara ini.
"Mulai tahun depan, pihak industri hanya perlu membayar yuran RM200 untuk memperoleh sijil halal yang mempunyai tempoh luput selama dua tahun, malah mereka juga tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tujuan memproses produk yang dihantar ke makmal.
"Sebab itu apabila sijil halal dikeluarkan pihak swasta, ada antara produk yang mendapat sijil halal dan apabila diuji semula mempunyai sumber tidak halal termasuk DNA gelatin babi dan ia disifatkan satu pengkhianatan kepada pengguna Islam yang mungkin sudah termakan produk terbabit," katanya.
Labels:
JAKIM,
Sijil Halal
Wednesday, 12 October 2011
Tuesday, 11 October 2011
JAKIM & MAIN sahaja yang berhak keluarkan sijil halal
Labels:
JAKIM,
Sijil Halal
Tuesday, 23 November 2010
Operasi Babylon
Berdasarkan dari aduan awam yang telah diterima berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal JAKIM bersama Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan serbuan ke atas sebuah premis makanan yang beroperasi di 134, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Operasi ini diketuai oleh pegawai Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal JAKIM, En. Mohd Amri Abdullah bersama En. Azizi Ali pegawai penguatkuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan pemerikasaan pada 27/10/2010 bermula jam 12.20 tengah hari dan berakhir pada 14.15 petang. Hasil dari pemeriksaan mengejut ke atas premis tersebut, pemilik premis berkenaan telah menggunakan serta mempamerkan logo halal JAKIM pada pintu masuk premis makanan tersebut.
Thursday, 2 September 2010
Medan selera papar pelekat logo halal tak sah
KUALA LUMPUR: Bukan saja menawarkan minuman keras dan juadah lain seperti ayam dan itik yang diragui statusnya, malah beberapa premis dengan selamba memaparkan pelekat logo halal dipercayai tanpa sijil yang tidak diiktiraf.
Thursday, 19 August 2010
CAP: Senaraikan hotel yang HALAL di internet
Kerajaan disaran memperkenalkan satu mekanisme komprehensif bagi menangani masalah hotel tanpa sijil halal, termasuk mewajibkan hotel dan restoren tertentu didaftarkan dengan jabatan agama negeri-negeri.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris (kanan) berkata, maklumat premis yang menyediakan makanan halal juga harus disiarkan dalam laman web jabatan itu untuk pemeriksaan dan pengesahan oleh umat Islam.
![]() |
Sunday, 25 July 2010
Ramadhan : Sijil Halal Segera Hotel
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my
![]() |
SAJIAN berbuka dari dapur halal dapat memberi keyakinan kepada pelanggan beragama Islam. |
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempercepatkan proses permohonan sijil halal di kalangan pengusaha hotel yang berbuat demikian sebelum bulan Ramadan bermula.
Langkah itu diambil selepas rekod Jakim sehingga semalam mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.
Daripada 32 hotel itu pula, lapan daripadanya bertaraf lima bintang manakala sembilan bertaraf empat bintang.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, langkah itu dibuat bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha hotel di negara ini memohon sijil halal sama ada menerusi Jakim atau jabatan agama Islam negeri.
"Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Sehubungan itu, Wan Mohamad berkata, Jakim bersama Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan Persatuan Hotel Malaysia kini giat menganjurkan kursus kesedaran kepada para pengusaha hotel.
"Melalui kerjasama ini pengusaha hotel diharap akan memandang serius mengenai sijil halal itu," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar memberi jaminan akan memproses semua permohonan sijil halal dalam tempoh kurang daripada dua minggu.
Monday, 26 April 2010
Only 16 Pahang hotels have halal certs for restaurants
KUANTAN: Only 16 out of the 428 hotels in Pahang have obtained the halal certification for their restaurants.
Friday, 5 March 2010
JAIS BAN 6 SYARIKAT SWASTA KELUAR SIJIL HALAL
SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengarahkan enam syarikat yang terbabit mengeluarkan sijil dan logo halal supaya tidak lagi mengeluarkan sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di Selangor.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata enam syarikat berkenaan ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata enam syarikat berkenaan ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.
Monday, 1 March 2010
Kelebihan Sijil Halal Dan Logo Halal
- Menambah Keyakinan Pengguna
Para pengguna akan bertambah yakin dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh premis makanan kerana telah mematuhi piawaian kebersihan dan peraturan Islam melalui "Garis Panduan" yang ditetapkan. - Satu Sumbangan Sosial
Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini dilihat sebagai satu sumbangan sosial untuk menyediakan makanan bersih lagi suci kepada masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, Pengusaha Islam telah menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah kepada umat Islam khasnya dalam penyediaan makanan halal.
Wednesday, 4 November 2009
Premis Makan Diserbu Guna Logo Halal Tanpa Pengesahan Jakim
Berikutan aduan awam berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM bersama dengan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya telah menjalankan serbuan ke atas beberapa premis makanan.
Premis perniagaan yang menggunakan logo halal tanpa pengesahan JAKIM. Premis yang terlibat ialah Island Red Phoenix Sdn. Bhd, Four Happy Seasons Restaurant Sdn. Bhd di Wangsa Maju dan Rest Twenty Three di Kajang.
Operasi ini diketuai oleh Ust. Mohd Amri Abdullah yang telah dijalankan pada 21/10/2009 bermula jam 11.30 am dan berakhir pada jam 5.15 pm.
Menerusi operasi ini juga, pihak JAKIM dan KPDNKK telah mendapati bahawa terdapat premis makanan yang menggantung ayat-ayat suci

Operasi ini diketuai oleh Ust. Mohd Amri Abdullah yang telah dijalankan pada 21/10/2009 bermula jam 11.30 am dan berakhir pada jam 5.15 pm.

Thursday, 9 July 2009
Pensijilan halal dikembalikan kepada Jakim 2009
Terkini : Pensijilan Halal telah kembali kepada JAKIM!
Thursday, 28 May 2009
50 ribu sijil halal palsu??

Monday, 6 April 2009
Friday, 27 February 2009
Kembalikan Kuasa Keluar Sijil Halal Kepada Jakim
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Seorang Anggota Parlimen meminta kerajaan mengembalikan semula kuasa sepenuhnya untuk mengeluarkan sijil halal kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang kini diberi kepada sebuah syarikat swasta, Halal Development Corporation (HDC).
Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) berkata sijil halal yang dipamerkan di beberapa premis perniagaan di medan selera, kopitiam dan restoran pada masa ini boleh diragui kerana ia dikeluarkan oleh pihak swasta yang didakwanya berorientasikan perniagaan semata-mata.
"Saya mendesak kerajaan pulangkan balik kuasa halal haram ini sepenuhnya kepada Jakim. Jakim yang berautoriti supaya tidak ada syarikat yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Katanya, logo halal pada masa kini mudah didapati dengan hanya membuat pembayaran sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.
Taib Azamudden berkata ketiadaan Akta Halal turut menyukarkan pengguna Islam membuat pengaduan.
Beliau turut membangkitkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran secara berleluasa di restoran-restoran milik bukan Islam yang digunakan semata-mata untuk menarik pelanggan beragama Islam.
"Umat Islam melihat keadaan ini dengan cukup sensitif. Apa yang saya faham tidak ada Akta yang melindungi kesucian ayat-ayat ini. Ayat-ayat Al-Quran juga bebas dicetak oleh orang lain yang tidak tahu bagaimana untuk memelihara kesucian ayat-ayat itu," katanya.
Wednesday, 9 April 2008
Kelulusan Kabinet
Kabinet Lulus HDC Sebagai Pengeluar Sijil Halal
PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), telah diberi mandat oleh Kabinet hari ini untuk mengeluarkan pensijilan halal bagi negara ini, mengambil alih peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berkata ia berkuatkuasa serta merta. "Pihak HDC sudah boleh mengeluarkan sijil ini secepat mungkin dan ini bermakna agensi yang mengeluarkan sijil dan logo halal di bawah Jakim akan berubah dan beroperasi di bawah HDC," katanya kepada Bernama ketika di temui setelah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri, untuk membincang perlantikan anggota exco negeri itu. Menurut Abdullah, HDC akan mengeluarkan sijil dan logo halal Jakim yang telah digunakan selama ini dan dikenali ramai. Beliau berkata pensijilan halal untuk negara ini telah diterima pakai oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Menurut Abdullah, ketika ini sudah terdapat 40 buah syarikat termasuk dari luar negera yang sedang menunggu untuk mendapat sijil berkenaan. "Maka dengan keputusan ini pengeluaran sijil ini dapat dipercepatkan," kata beliau. HDC ditubuhkan pada 2006 oleh Jabatan Perdana Menteri dengan objektif meletakkan Malaysia sebagai Hab Halal Global dan memacu perkembangan industri halal seluruh dunia. Selain itu, mesyuarat Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) di Dakar, Sudan baru-baru ini, telah memutuskan supaya Malaysia menjadi pengeluar sijil halal di samping menjadi hub atau pembangunan industri halal. Dengan itu, kata Abdullah, HDC boleh mengeluarkan pensijilan halal antarabangsa termasuk negara-negara OIC menggunakan Logo Jakim yang di terima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. -- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)