Wednesday, 2 July 2008

Babi Dalam Pelbagai Mazhab Fekah

Seperti yang diketahui oleh umat islam,daging babi haram di makan.Pengharamannya meliputi lemak,kulit,kuku,bulu dan seluruh juzuk badan yang berkait dengan haiwan itu ,sama ada yang mentah atau yang sudah masak,yang disembelih dengan cara syarie atau tidak disembelih,sama ada untk kegunaan makanan atau peralatan seperti penyapu,kasut, pakaian,tali pinggang,berus cat dan lain-lain. Beberapa ayat dalam al-Quran menyatakan dengan jelas hukum itu.Antaranya firman Allah yang bermaksud : Diharamkan atas kamu bangkai,darah,daging babi ( al-Maidah:3 ) dan firmanNya lagi yang bermaksud : Katakanlah wahai Muhammad; Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepada-Ku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang memakannya,melainkan benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi,kerana sesungguhnya ia adalah kotor ( al-Anam:145 ) Ayat-ayat ini juga menyatakan babi sebagai najis yang bererti najis atau kotor.Justeru itu ulama dalam Mazhab Syafie sepakat berpendapat haram diguna pakai semua barangan yang diperbuat dari babi samaada bulunya,kulitnya atau juzuk-juzuknya,sama ada dalam bentuk barangan ,peralatan atau lain-lain termasuklah membuat ubat bagi segala macam penyakit.Pada masa sekarang banyak kapsul-kapsul ubat yang berasaskan dari gelatin haiwan sama ada dari babi atau lembu atau tumbuhan.Kerana menurut mereka tiada ubat pada benda-benda najis.Pendapat ini menjadi pegangang kebanyakan umat islam di Malaysia yang bermazhab Shafie. Babi diharamkan Allah sejak lama dahulu,namun baru saja ilmu manusia mengetahui bahawa didalam daging babi ,darahnya,usus-ususnya terdapat sejenis cacing pita dan telur-telur yang keras. Kini ada segolongan manusia yang berkata bahawa alat-alat pemasak moden telah melangkah maju dan membuat cacing-cacing itu tidak lagi menjadi sumber bahaya,kerana ia dapat dibasmikan dengan haba yang tinggi yang dapat disediakan oleh alat-alat pemasak moden itu,tetapi orang-orang ini lupa bahawa ilmu pengetahuan mereka kadang-kadang memerlukan beberapa abad lamanya untuk mengesahkan sesuatu penyakit. Biarpun ulama Fikh sepakat tentang pengharaman makan daging babi,tetapi masih tidak sependapat dalam kegunaan-kegunaan lain.Memang dalam Fikah Islam sukar didapati masalah yang disepakati serba serbi,hingga pada semua cabang dan juzuk-juzuk kecilnya,kecuali ada sahaja perbezaan yang membabitkan hukum haram,halal dan sebagainya. Persoalan babi antara yang hangat pernah dibincangkan ulama dalam mazhab-mazhabislam sekitar penggunaan barangan yang diperbuat dari babi. Pertama :Imam Malik berpendapat daging babi haram dimakan tetapi badannya suci ketika hidupnya.Kedudukan hukumnya samalah dengan beberapa jenis haiwan yang haram dimakan dagingnya seperti harimau ,gajah,kucing dan sebagainya. Menurut beliau lagi , ayat-ayat al-Quran hanya menjelaskan babi haram dimakan dagingnya,tetapi tidak pula menyatakan najis.Imam Nawawi daripada Mazhab Syafie juga mengakui ,tidak ada dalil yang menunjukan babi itu najis. Perkataan najis (kotor/najis/jijik)dalam surah al-Anam:ayat 145 yang merujuk kepada daging babi,tidak merujuk dengan jelas najis itu bersifat 'aini' atau najis yang tidak boleh disucikan lagi,kerana najis boleh dikatakan juga sebagai najis 'hukmi' sahaja,seperti najis kafir musyrik yang disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Sesungguhnya orang kafir itu musyrikin itunajis (al-Taubah :ayat 28 ) Tiada sesiapa pun kalangan ulama berpendapat kafir musyrik itu sebagai najis 'aini',sebaliknya berpendapat hanya najis 'hukmi' atau najis 'i'tiqad'( kepercayaan ) sahaja.Mengapa najis babi tidak boleh dianggap sebagai najis Hukmi,dengan alasan dagingya haram dimakan. Ekoran mazhab Malik yang berpendapat babi itu suci,tidak timbul lagi hukum wajib membasuhnya tujuh kali seperti najis anjing,malah jarak antara dua mazhab Malik dan Shafie agak begitu jauh. Dalam beberapa hal pula,saya berpendapat mazhab Malik ini memberi nafas lega kepada sesetengah orang yang tabiat pekerjaannya terpaksa bergelumang dengan babi pagi dan petang seperti doktor haiwan dan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus doktor haiwan. Kedua :Ulama memutuskan,apa jua haiwan yang mati tanpa sembelih,hukumnya najis kerana ianya bangkai,tetapi semua bangkai kulitnya bolih disucikan melalui samak,kecuali kulit anjing dan babi menurut kebanyakan ulama termasuk Syafie. Bagaimana pun Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat,kulit-kulit anjing dan babi juga boleh disucikan dengan samak kerana hadis riwayat Muslim menyatakan : Apa jua kulithaiwan,suci apabila di samak (Muslim,bilangan 366 ) Hadis ini menurutnya,umum kepada semua kulit termasuk anjing dan babi.Merujuk kepada pendapat dua imam diatas,nyata segala barangan yang diperbuat daripada kulit anjing dan babi yang disamak boleh dipakai. Ulama menyatakan lagi , bulu dan kuku yang dicabut atau dipotong daripada bangkai adalah bangkai,hukumnya turut najisseperti bangkai juga.Bagaimana pula jika bulu dipotong daripada haiwan yang masih hidup? Jawabnya,suci jika haiwan itu suci dan najis jika haiwan itu najis.Ini bermakna,bulu babi yang dipotong daripada babi yang masih hidup adalah suci di sisi Imam Malik. Ini bermakna,penyapu yang diperbuat dari bulu babi yang dipotong ketika hidupnya adalah suci dan harus diguna pakai.Sesetengan ulama pula berpendapat,bulu yang dipotong daripada haiwan yang masih hidup juga najis kerana dikira bangkai juga.Sehubungan dengan ini sebuah hadis riwayat al-Hakim yang bermaksud :Juzuk yang dipotong daripada haiwan yang hidup dianggap bangkai ( Tarmizi,bilangan 1480 ) Ketiga :Merujuk kepada hukum babi yang di ambil sebagai ubat-ubatan.Ulama sepakat memutuskan bangkai semua haiwan adalah najis walaupun menurut Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri kulit bangkai termasuk bangkai babi boleh disucikan dengan samak,tetapi juzuk-juzuk babi yang bukan kulitnya tidak boleh disucikan dengan samak. Atas dasar ini ulama lebih cenderung kepada pendapat mengharamkan ubat-ubatan yang dimasukan bahan babi padanya,kerana benda-benda najis tidak boleh dijadikan ubat,kecuali dalam keadaan darurat yang memaksakan. Syed Atiyyah Saqr pula lebih cenderung kepada pendapat mengharuskan kegunaan ubat-ubatan itu,jika ia merupakan suntikan dalam badan dan ternyata keberkesanannya kepada pesakit.Kita ikuti pendapat beliau,katanya : Jika ubat-ubatan itu berupa suntikan dalam badan,maka diharuskan,kerana dalam badan memang terkumpul najis-najis kencing dan tahi,ini memang tidak pernah ditimbulkan bagi maksud kesahihan solat dan ibadat.Lain halnya jika diguna pada bahagian luar,tentunya najis itu menghalang kesahihan solat. Saya lebih cenderung kepada pendapat ini kerana sejauh pengharaman babi dalam beberapa ayat al-Quran hanya untuk dimakan.Suntikan ubat kedalam badan tidak dikata makan,lagipun penggunaan barangan yang diperbuat daripada kulit babi,tidak sepakati ulama pada pengharamannya. Mungkin ada pendapat menyatakan najis babi tidak boleh di masukan dalam badan manusia Muslim yang selalu mengerjakan solat dan sebagainya. Najis ini dibiarkan berkekalan dalam badan menjadikan seseorang itu terhalang daripada solat selama-lamanya. Alasan ini telah dijawab oleh Sheikh Atiyyah Saqr seperti yang disebut sebelum ini,iaitu najis yang menghalang solat hanya najis diluar badan. Adapun najis dalam badan tidak menghalang sesorang daripada solat dan ibadat,ini kerana dalam perut manusia dipenuhi najis darah,tahi,kencing sedang dia ketika itu bersolat,bertawaf dan beribadatnya.Tiada seorang pun mempertikaikan kesahihan solatnya. Keempat: Ulama memutuskan,makanan yang dimasuki bahan-bahan najis haram dimakan.Gelatin atau jeli yang biasanya diproses di negara-negara bukan Islam,jika asalnya diperbuat daripada haiwan yang tidak disembelih atau babi,maka hukumnya najis dan tidak halal dimakan.Namun difahamkan bukan semua gelatin itu najis dan diperbuat daripada babi terdapat jugak gelatin yang diperbuat dari tumbuhan. Kalau begitu halnya,perlulah dipastikan terlebih dahulu,sama ada ia benar diperbuat daripada babi atau haiwan yang disembelih atau haiwan yang harus dimakan atau dari tumbuhan. Satu kaedah dalam menentukan halal haram makanan ialah dilihat pada pertukaran rupa dan benda,seperti arak yang kemudianya bertukar rupanya menjadi cuka. Menurut mazhab Shafie pertukaran rupa tidak mengubah hukum najis sesuatu benda,kecuali arak yang berubah menjadi cuka.Cuka ini bersih,sekali pun pada asalnya arak yang najis. Imam Malik berpendapat ,benda-benda najis yang bertukar kepada suatu rupa yang lain adalah suci,seperti najis babi yang dibakar kemudian bertukar menjadi debu hukumnya suci,sekali pun pertukaran itu dengan sendiri atau diusahakan.Atas dasar ini,ramai berpendapat,gelatin itu suci dan boleh digunakan,sekalipun ditakdirkan asalnya babi atau bangkai yang tidak sembelih,kerana najis bertukar rupanya kepada rupa yang lain.Kedudukannya samalah dengan tulang bangkai yang dibakar menjadi debu.Tulang bangkai adalah bangkai,tetapi debu tulang setelah dibakar tidak lagi membawa hukum asalnya. Apakah anda lebih cenderung kepada pendapat ini atau sebaliknya?? kerana hukum halal haram ditentukan mengikut namanya.Apabila tiada nama,maka tiada hukum asalnya,tahi adalah tahi dan hukumnya najis,tetapi apabila tahi menjadi tanah,maka hukumnya adalah tanah. Dalam apa hal sekalipun,setiap makanan yang disampaikan kepada kita perlu diselidik halal haramnya terlebih dahulu,jika diragui kebersihannya,maka wajib ditinggalkan sahaja.Itulah pilihan yang terbaik. Baginda bersabda : Sesiapa memelihara dirinya dari perkara yang meragukan,maka sebenarnya ia menjaga kebersihan agama dan kehormatan dirinya.( Muslim,bilangan 1599)

Monday, 16 June 2008

Transit di Dubai ke Turki

Tetiba teringat kenangan makan angin di Turki pada tahun 2007.Aku pergi kesana mengikuti pakej dari Syarikat Alquds Travel.Orang lain tengah sedap tidor dan di lamun mimpi,aku dan rombongan sibuk menyusun beg-beg dan lagguge dan sama-sama check-in dikaunter pada jam 12tgh malam 19 Feb 2007!Kami menaiki flight Emirates ( Ek 343 ).
Tepat jam 1.30pagi , 20 Feb 2007. Flight Ek343 meninggalkan Klia untuk menuju ke Dubai.Baru lah aku dapat merehat kan badan yang letih dan mengantuk kerana 4 jam lebih menguruskan rombongan yang aku bawa lebih kurang 30 orang terdiri dari orang kampung yang berasal dari Tanah Merah.Perjalanan Kuala Lumpur - Dubai lebih kurang 5 jam.Sempat ler aku melelapkan mata dan merehat kan badan.
Tepat jam 5.00pagi waktu Dubai flight Ek343 selamat mendarat di Airport Dubai yang besar dan mashur dengan Duty free.Sape-sape kaki perfium dan fesyen akan rambang mata kerana harga nya murah dan pakaian yang latest model semua nya!Selepas settel urusan dengan kastam dan imigresin..Maka pun keluar dari airport Dubai dan disambut oleh pemandu pelancong yang berasal dari Bangladesh!...Bumi Dubai dipenuhi oleh org2 asing ..bangsa arab mungkin Tidur kat rumah jer..:)) Bangsa lain yang menguruskan urusan ekonomi di sana..mungkin malaysia akan berubah macam itu jugak nanti! yang dipenuhi oleh org myanmar
Bangla , Indon!
Aku telah memasti tiada ahli rombongan dan beg yang tercicir semasa bas persiaran.Aturcara pertama di Dubai..adalah untuk makan nasi Briani Dubai!Ahli rombongan semuanya sudah lapar tahap dewa!perjalanan dari airport ke restoren Nasi Briani lebih kurang 30minit jer..sempat la rombong melihat bandar dubai..tetapi masih sunyi kerana awal pagi lagi!
Selepas makan nasi briani..kami memulakan city Tour di Bandar Raya Dubai!amat la maju skali Dubai..kereta pun besar2 semua!kereta Camry pun di buat teksi.Kami di bawan mengelilingi Bandar Dubai ........untuk melihat Burj Al-arab dan lain-lain..amat mengangumkan...
Semasa kami di Dubai menara Tertinggi di dunia masih dalam pembinaan lagi..
Tapi sempat ler bergambar kat depan Hotel Burj Al arab..hotel yang berstatus 7 bintang kot...tak mampu aku nak tido kat situ..bergambar pun cukup ler...
Lepas tu kami di bawa menaiki bot ..mengelilingi teluk di dubai.....sebenarnya aku dah tak sabar nak berangkat ke turki....di dubai hanya transit sehari jer...lagi pun..aku dah boring tengok muka pak arab ni..:)
Lepas makan tengahari aku dan rombongan telah bertolak ke airport Dubai sekali lagi..kerana ingin meneruskan perjalanan lagi dari Dubai ke Istanbul..Tepat 2.50petang flight kami Ek 121 berlepas menuju ke Istanbul....
Doakan kami selamat..berjumpa di istanbul...:))

Thursday, 5 June 2008

Isu Penggunaan Asid Borik Dalam Mee Kuning


Mee ladna , mee hailam, mee tomyam , mee goreng , mee mamak dan bermacam-macam jenis mee yang menjadi menu utama rakyat Malaysia di restoren ala-Thai,Restoren Mamak 24 jam atau pun hidangan bersama keluarga di rumah setiap hujung minggu. Malangnya kita tidak pernah terfikir, macam mana cara membuat mee kuning tersebut?Sering kali kita mendengar mee kuning di campur dengan asid borik untuk memastikan mee kuning lambat rosak.
Asid borik tidak dibenarkan /diharamkan semasa membuat mee kuning kerana asid borik akan menyebabkan barah.Seperti yang dinasihatkan olehBahagian Kawalan Mutu Makanan , Kementerian Kesihatan Malaysia , cara untuk mengesan sama ada mee kuning yang berwarna keemasan,adalah dengan menyediakan secawan air serbuk kunyit dan rendamkan mee kuning kedalamnya.Sekiranya mee tersebut mempunyai asid borik, mee akan bertukar menjadi warna merah@mee darah.

Tetapi untuk menghukum mee kuning yang mengandungi asid borik dengan meremdam dengan air serbuk kunyit adalah kurang tepat dan tidak adil.Kadang-kadang mee kuning akan menjadi merah disebabkan kealkian pH 14 yang tinggi dan bukannya disebabkan oleh Asid borik.

Kealkalian mee yang tinggi adalah hasil penambahan air soda ( Natrium Bikarbonat ) semasa pemprosesan mee untuk mendapat tekstur yang diingini.Air soda dalam mee ini akan bertindak balas dengan kunyit/rempah (yang mengandungi kunyit ) yang ditambah semasa masakkan akan menyebabkan perubahan warna kepada mee iaitu dari warna kuning kepada warna merah.Jika bahan berasid seperti cuka ,sos tomato dan sebagainya ditambah semasa masakan , warna mee yang merah akan bertukar menjadi warna kuning.

Kesimpulannya mee tersebut selamat dimakan ,perubahan warna adalah disebabkan tindak balas hasil kandungan air soda dalam mee yang tinggi.

Wednesday, 4 June 2008

Acts on Halal Logo

Animal Rules 1962

1. The Department of Veterinary Services, Malaysia and the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) must inspect all meat products that are to be transported into the country.
2. An inspection or audit must be carried out once every two years.

Trade Description Act 1972

- Section 10 and 11 provided for:
1. Protection of consumers from any unlawful and unethical trade and business practices.
2. Enforce of the act via the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs.
3. Prohibition of the use of false trade description and price for goods and services.
4. Obtaining, with the Minister’s Authority, necessary information before products are supplied, offered for sales or traded.
5. Taking action, punishing and penalising those guilty of offences.

Trade Description Order (The Usage of Halal) 1975 and Trade Description Order (Food Labelling) 1975

1. “Halal”, “Ditanggung Halal” (Guaranteed Halal), “Makanan Islam” (Muslim Food) or similar statements shall mean halal as provided in the Syariah Law.
2. “Syariah Law” is Islamic law according to the four main Mazhabs (denominations) – Shafie, Maliki, Hambali dan Hanafi as agreed by the Yang di-Pertuan Agong and the Conference of Rulers.
3. “Halal”, “Ditanggung Halal” (Guaranteed Halal), “Makanan Islam” (Muslim Food) or similar statements when used to describe any food items will mean that the food item:
i. Does not contain any parts from animals considered haram prohibited for consumption in Islamic Law, or are not slaughtered in accordance with the Islamic practice.
ii. Does not contain any ingredients which are deemed unclean (najis) according to Islamic Law.
iii. Are not prepared or processed using any utensils, machinery or tools, which are contaminated with items, considered unclean (najis) according to Islamic Law.
iv. During preparation, processing or storage, did not touch or place near any items considered unclean (najis) and prohibited (haram) within the Islamic Law.

KFC Halal








LOCALLY-MANUFACTURED PRODUCTS


Internal Controls
To ensure that all our products conform to Halal requirements, apart from obtaining Halal Certificate for its operational premises, we operate stringent internal controls over raw materials procurement, manufacturing, packaging, storage, transportation and utensils.

We are extremely careful to prevent cross-contamination with filth (najis) or dangerous contaminants. We also adhere to industry best practices to maintain the highest standards of quality and hygiene in food production.

External Certification
The Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) inspects our factory, restaurants, ingredients and processes before permitting us to use their logo.

The QSR Brands’ Guarantee
QSR Brands guarantees that all the products it manufactures and sells in Malaysia are Halal.

The QSR Brands Shariah Advisory Council stringently oversees the whole chain of its halal food manufacturing processes to ensure Halal compliance with JAKIM’s Halal Certification requirements.

JAKIM’s Halal logo are displayed on all of our product packaging certifying that it has passed the tests of Halal compliance.

IMPORTED PRODUCTS
All imported products are certified Halal by the source country local Islamic food and nutrition certification body recognised by JAKIM. To further verify the Halal status of our imported products, officials from QSR Brands Shariah Advisory Council, inspect the facilities of all our suppliers abroad.

RAW MATERIALS
All raw materials supplier are required to submit a statutory declaration to confirm that they comply with Halal requirements in relation to the manufacturing process, storage and transportation of product supplied.

Tuesday, 20 May 2008

Mee Segera 'Halal' Perisa Babi












































Syarikat yang menjual:
Sheng Shong Supermarket Pte Ltd,
Blk 6A Woodlands Center Road,
#01-280,
Singapore 731006.
Tel: 63650533
Fax: 63650483

Syarikat yang mengimport:
Teo boon Thong Trading
38, Toh Guan Road
W1, Singapore 608833.
Tel: 65636229
Fax: 65632513

Wednesday, 7 May 2008

Rumah sembelih ayam JAKIM iktiraf






1-Jimat Jaya S/B
No.8 Jalan Segambut Lentang
Kuala Lumpur
Sijil Halal Tamat : 30/09/2008

2-Kong Lee Eng S/B
Lot 522 , Jalan TUDM Kampung Baru Subang
Batu 3 , Shah Alam
Sijil Halal Tamat : Tiada Maklumat

3-KL Supreme Processing S/B
No.5 Persiaran Industri Sri Damansara Park
Kuala Lumpur
Sijil Halal Tamat : 14/08/2008

4-Sizul Processing S/B
No.5 Jalan P2/19 , Seksen 2 , Bandar Baru Teknologi Kajang
Semenyeh Selangor
Sijil Halal Tamat : Tiada Maklumat


5-A One Chicken Enterprise
No 5 Jalan Kereta Api Lama Off Batu 5/12 ,
Jalan Kapar Selangor
Sijil Halal Tamat : Tiada Maklumat


6-Ayam A-1 , Food Corp S/b

A/L 286 , Jalan Walfare,Sungai Buluh New Village 4700
Selangor
Sijil Halal Tamat : 31/01/2010


7-Pertanian Pertiwi S/B
Lot 10 MIEL Building ,Senawang Ind. Estate
70450 Seremban , N.Sembilan
Sijil Halal Tamat : 31/12/2008

8-Lay Hong Poultry S/B
Lot 16456/7 , Bagan Tengkorak
Mukim Tanjung Karang Kuala Selangor
Sijil Halal Tamat : 30/09/2009


9-Ayamas Food Corp

Lot PT 20153 , Jalan Pelabuhan Utara 42000
Pelabuhan Klang Selangor
Sijil Halal Tamat : 28/02/2010

10-SinMah Food In S/B

Lot 37 & 38 Kawasan Masjid Tanah,78300 Masjid Tanah Melaka
Sijil Halal Tamat : Tiada Maklumat


11-HADHARI CATTLE INDUSTRY SDN. BHD.

2174-Y, TAMAN TUNKU HABSAH
05100, ALOR STAR
KEDAH
Sijil Halal Tamat : 15/09/2009


12-
CENTRAL COLDSTORAGE KUCHING SDN BHD
LOT 999, SECTION 66
JALAN KELULI, BINTAWA INDUSTRIAL ESTATE
93450 KUCHING
SARAWAK
Sijil Halal Tamat : 15/03/2010


13-
DBE POULTRY SDN BHD - PROCESSING DIVISION
PLOT 135-136 KAWASAN PERINDUSTRIAN PELABUHAN LUMUT KG ACHEH
32000 SITIAWAN
Sijil Halal Tamat : 15/03/2009


14-
Desa Hatchery Sdn Bhd
Level 3, West Wing, Wisma 2020, 18, Lorong Belia, Karamunsing,
88100 Kota Kinabalu, Sabah
Sijil Halal Tamat : 15/12/2009

15-DINDINGS POULTRY PROCESSING SDN. BHD.
10TH. FLOOR, WISMA MCA
JALAN AMPANG
50450 KUALA LUMPUR
Sijil Halal Tamat : 31/12/2008


16 -F.Y SDN BHD
27-28, PT 145363
OFF JLN SERAMIK CHEPOR 11/1
PUSAT SERAMIK FASA 2
31200 CHEPOR
Sijil Halal Tamat :
31/10/2008

17-LAY HONG POULTRY PROCESSING SDN BHD
LOT 16456/7, BAGAN TENGKORAK
MUKIM TANJUNG KARANG
KUALA SELANGOR
SELANGOR DARUL EHSAN
Sijil Halal Tamat :
14/05/2008

18-SDIAN HUP FARMING SDN. BHD.
NO.14, JALAN PONTIAN MAJU 2
TAMAN PERINDUSTRIAN PONTIAN MAJU
BT.34 JALAN JOHOR
82000 PONTIAN
JOHOR
Sijil Halal Tamat : 15/08/2009

19-SRI SEGAR FOOD CORPORATION SDN BHD
LOT 522 JALAN TUDM
KAMPUNG BARU SUBANG
BATU 3, SHAH ALAM
SELANGOR
Sijil Halal Tamat : 31/12/2008

20- PPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd.
Pusat Perindustrian Peladang
Batu 53 1/4
Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam
86100 Batu Pahat
Johor
MALAYSIA
Sijil Halal Tamat :
15/08/2009

*Nota : Untuk Maklumat terkini sila klik direktori halal JAKIM

Tuesday, 6 May 2008

Standard halal Malaysia akan diketengahkan sebagai standard global

KUALA LUMPUR: Standard halal Malaysia dijangka diketengahkan sebagai standard halal global pada Forum Halal Dunia yang bakal berlangsung di sini berikutan sokongan dan penglibatan pengerusi forum yang baru dilantik, Datuk Seri Sheikh Saleh Abdullah Kamel. Sheikh Saleh, ahli perniagaan Arab Saudi yang berpengaruh dan kaya, kini adalah pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Islam (ICCI), badan di bawah Pertubuhan Persidangan Ialam (OIC) yang mewakili dewan perniagaan negara anggota. Beliau juga adalah pengerusi majlis umum Bank-bank Islam, yang berpangkalan di Bahrain.

Pengarah urusan KasehDia Sdn Bhd, Juma’atun Azmi berkata penerimaan standard halal Malaysia sebagai standard halal global boleh direalisasikan dengan ICCI dan Pakatan Integriti Halal Antarabangsa (IHI) bekerjasama untuk mempromosikannya. “Dengan jalinan pakatan mereka, kami menjangka standard halal Malaysia diterima di peringkat dunia,” katanya pada taklimat media mengenai Forum Halal Dunia di sini. KasehDia adalah syarikat perunding yang memulakan Forum Halal Dunia. — Bernama

The Issue Of Halal Meat 1



The issue of halal meat is one of importance in Islam, however in recent times with the advent of modernisation Muslims have gone away from tradition methods of slaughtering. This has now caused much confusion, with differing opinions as to what is considered halal meat.

When there is confusion on any Islamic matter, we should always refer back to Allah and His Messenger, as Allah (swt) says,

(And) if you differ in anything amongst yourselves, refer it to Allah and His Messenger

[Surah An Nisa’ 4:59]

There are numerous verses (ayaat) and prophetic narrations (ahadith) commanding Muslims to eat that which is lawful (halal) and to leave that which is unlawful (haram).

Allah (swt) says in the Qur'an

They ask you (O Muhammad SAW) what is lawful for them (as food). Say: "Lawful unto you are At-Tayyibaat (all kind of Halal foods) [Surah Al Maidah 5:4]

The Messenger (saw) said:

“That which is lawful is clear and that which is unlawful is clear” [Sahih Muslim] #4178

So it is common knowledge that Muslims only eat or drink that which is halal, to the point even the disbelievers (kuffar) have come to know that alcohol and pork is prohibited for a Muslim. As this is one of the topics known by necessity;

Many food types are halal in their original state such as fruits, vegetables, and sea food, other food type such as meat from chicken, sheep or cattle are only lawful if killed or slaughtered in the right manner.

Halal mean lawful in Arabic, and used to describe objects rather than an action. Normally when describing an action that is allowed we would say it is obligatory (fard/wajib), recommended (mandoub) or permissible (mubah).

Haram means prohibited or unlawful, this term is both used for objects as well as actions. When describing an action that is not allowed we would say it is prohibited (haram) or disliked (makrouh)

ذبح ) The meaning of the word ‘dhabh’ can be found in Bukhari Dhabh (

This method is used for birds, cattle, sheep and goats, whereby the animal is laid down on its right side and the blood carrying veins are cut.

نحر Nahr () This method of is used for slaughtering camels and is done by cutting the carotid arteries at the root of the camels neck. The camel’s front legs are bent at the knee and thereafter tied.

`The practice of slaughtering in Islam has always been to apply a sharp blade to the neck of the animal.

Tuesday, 29 April 2008

Makanan di Hotel Halal?

aa
Seperti yang kita maklum apabila seseorang bila makan di hotel , mereka akan mengambarkan makanan yang lazat-lazat dan sedap-sedap.Pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat swasta sering mengadakan kursus-kursus dan function di hotel yang bertaraf 4 / 5 atau berbintang-bintang untuk kakitangannya tanpa memikirkan status makanan yang hendak dimakan adakah halal atau sebaliknya.
Untuk makluman, Jakim hanya mengeluarkan pensijilan Halal Malaysia hanya kepada dapur tidak kepada Hotel.Contoh nya : Sesebuah Hotel terdapat Malay Kicthen , Western Kitchen , Japan Kitchen , Chinise Kitchen.
Auditor Halal , akan mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal hanya kepada kitchen yang bebas dari arak / alkohol / babi / atau apa-apa yang tidak halal dari segi syarak.

Mengikut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia ,bagi keperluan Premis Makanan Di Hotel :
  1. Keperluan bagi premis makanan yang perlu diberi perhatian untuk tujuan pemeriksaan ialah :
  • Sumber ramuan yang diragui perlu dibuktikan melalui sijil halal yang dikeluarkan oleh badan islam yang diiktiraf seperti bahan mentah , bahan terproses atau bahan tambah,

  • Penyedian dan pengendalian bagi bahan mentah dan ramuan yang berkaitan hendaklah menepati standart halal , kebersihan dan keselamatan yang di khendaki.

  • Ayam dan itik dan seumpamanya hendaklah diperolehi dari pembekal/rumah sembelih yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM / JAIN /MAIN.

  • Penjualan arak dan seumpamanya tidak dibenarkan

  • Peralatan dan perkakasan hendaklah dibersihkan setiap kali sebelum dan selepas digunakan dan hanya untuk memasak makanan halal sahaja.

  • Susun atur peralatan dan barangan hendaklah kemas ,bersih dan selamat

  • Semua yang terlibat dengan pengendalian makanan ( bahan , dapur ,peralatan , penyimpanan, pembukusan ) mestilah keselruhannya hanya untuk makanan halal.

  • Pemeriksaan dan pengesahan hendaklah dibuat bagi dapur hotel sahaja.

  • Menyediakan dua orang tukang masak muslim yang bekerja sepenuh masa di dapur hotel.

  • Semua peralatan hendaklah dikhaskan bagi penggunaan ruangan hidangan ( dining room ) halal sahaja.

  • Memastikan masakan halal sahaja disediakan di dapur tersebut

  • Tidak menggunakan sebarang ramuan atau bahan mentah yang tidak halal dan meragukan bagi kesemua jenis masakan seperti masakan western food dan chinese food

  • Memastikan dapur hotel berasingan daripada dapur yang tidak halal dan tidak boleh berlaku masuk antara dua dapur

  • Para pekerja adalah tidak di benarkan keluar masuk antara dapur halal dan dapur yang tidak halal

  • arak dan ramuan berunsur arak tidak dibenarkan sama sekali berada dikawasan dapur halal.

Hotel-Hotel yang mendapat pengesahan Sijil Halal Malaysia :

Bil Syarikat Tarikh Tamat Papar Terperinci
1. DYNASTY HOTEL
2. Grand Palace Hotel
Status: Sijil Telah Ditarik Balik
15/07/2009
3. Hotel Armada Petaling Jaya 31/12/2009
4. KINGWOOD HOTEL (SIBU) SDN BHD
5. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA) 31/12/2009
6. METROPLEX HOLDINGS SDN BHD (LEGEND HOTEL KL) 31/07/2009
7. Ming Court Hotel (KL) Sdn Bhd (Corus Hotel, Kuala Lumpur) 31/01/2010
8. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM) 31/12/2009
9. THE PARAMOUNT HOTEL 15/03/2010
10. TIARA LABUAN HOTEL 31/12/2009

Monday, 21 April 2008

PUM bantah langkah serah sijil halal Jakim kepada HDC

KUALA LUMPUR, 21 April (Hrkh) - Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) membantah langkah kerajaan menyerahkan hak pensijilan halal yang selama ini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Halal Development Corportion (HDC).

Setiausaha Agung PUM Dr Roslan Mohd Nor ketika mengulas isu tersebut berkata, PUM menyifatkan Pensijilan Halal adalah hak mutlak bagi badan-badan Islam yang berautoriti seperti Jakim atau Jain.

"Langkah memberi hak pensijilan kepada badan-badan selain badan berkenaan lebih-lebih lagi kepada pihak yang cenderung menjaga kepentingan ekonomi semata-mata dikhuatiri akan mengundang keraguan.

"Dan hal ini dihuatiri akan membawa implikasi yang serius terhadap kepentingan umat Islam," kata beliau dalam suatu kenyataan akhbarnya baru-baru ini.

Menurut beliau, semua pihak khususnya kerajaan wajar berhati-hati dalam mengambil langkah berhubung perkara ini.

"Ini kerana, isu halal dan haram dalam makanan melibatkan integriti, darah daging serta maruah umat Islam.

"Sehubungan itu, kami berharap supaya sebarang langkah yang diambil untuk mengubah bidang kuasa yang melibatkan hal ehwal Islam termasuk dalam isu pensijilan halal ini dipandang serius dan ia wajar dibantah," tambah beliau.

Bagi PUM, kata Dr Roslan, pengesahan status sesuatu produk mestilah dilakukan oleh badan-badan Islam yang ada autoriti tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan.

Selain itu, menurut suatu sumber, langkah penyerahan pensijilan halal kepada HDC ini mula hangat dibahaskan oleh pihak tertentu yang mula mengesyaki kalau-kalau wujudnya kepentingan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin, dalam HDC.

"Mungkin ada kepentingan ke atas menantu Perdana Menteri dan rakan-rakannya kerana mereka ada kaitan dengan World Halal Forum, Mihas dan Syarikat KasihDia yang mempunyai kaitan rapat dengan Khairy.

"Kami persoalkan hala tuju yang kabur oleh HDC sama ada ia diwujudkan bertujuan mengaut keuntungan atau menjaga kepentingan umat Islam," kata suatu sumber.

Tambah sumber, mekanisme penyerahan tugasan Jakim kepada pihak HDC dibuat secara tergesa-gesa tanpa dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang.

"Difahamkan setakat ini, Peguam Negara juga tidak bersetuju. Hingga kini HDC gagal menerangkan bentuk tugasan yang dilaksanakan oleh HDC secara jelas.

"Antara lain tiada pakar syariah yang mengetahui selok-belok hukum hakam berkaitan halal, haram dan syubhah. Sedangkan asas penentuan halal dan haram ataupun syubhah adalah tugas ulamak dan pakar syariah," kata sumber berkenaan. - mns

Friday, 11 April 2008

Hala Tuju Pegawai Hub Halal JAKIM

10 April, 2008 23:33 PM

JAKIM Terus Laksana Latihan Pegawai Penyelidik Industri Halal

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus melaksanakan latihan bagi pegawai penyelidik yang menjalankan penyelidikan berkenaan industri halal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Katanya mereka mesti tahu perkara-perkara yang perlu difahami untuk menentukan sama ada sesuatu barang itu halal atau pun tidak. Menurut Abdullah, Kabinet telah memberi mandat kepada Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) untuk mengeluarkan pensijilan halal bagi negara ini, mengambil alih tugas Jakim sebelum ini. "Peranan mengeluarkan sijil halal diberi kepada HDC tetapi sijil halal yang dikeluarkan itu ialah sijil dan logo Jakim kerana sijil halal ini telah digunakan sekian lama, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di sini hari ini. Abdullah berkata integriti sijil halal ini telah pun diiktiraf dan diakui dan standardnya juga telah digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Jadi dengan itu kita tidak menggunakan sijil-sijil halal yang lain," katanya. Beliau berkata peranan HDC sebagai badan yang mengeluarkan sijil halal itu akan terus mempromosikan industri halal di negara ini dan bersama dengan jabatan-jabatan dan badan-badan yang lain seperti Perbadanan Kemajuan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC). Perdana Menteri menjelaskan bahawa kerja-kerja yang bersabit dengan penyelidikan dan sebagainya yang berkaitan dengan keperluan pengeluarkan sijil halal itu akan terus dilakukan oleh pegawai yang berkhidmat dengan JJAKINM. "Jadi ia tidak bermakna akan digantikan dengan orang lain. Pegawai-pegawai penyelidik yang ada di situ akan terus digunakan tetapi mereka akan berkhidmat di bawah HDC," jelas beliau.

Thursday, 10 April 2008

Mengapa Perlu Makan Menggunakan Tangan


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Kes Saman Perak Duck & Pasaraya Tesco


Untuk makluman tiga pembekal ayam dan pasaraya Tesco disaman Rm5juta kerana menjual ayam yang tidak disembelih / Nst 26ms

Wednesday, 9 April 2008

Pengguna Perlu Peka Dengan Status Halal

Orang ramai mesti buat aduan segera jika ragu taua was-was dengan sesuatu produk KAJIAN semasa menunjukkan Islam adalah agama dianuti paling ramai penduduk dunia, anggarannya mencecah dua bilion pada 2010. Oleh itu, industri halal kini semakin berkembang kerana permintaan barangan halal semakin meningkat. Mengikut HalalJournal.com, industri halal dijangka mencecah AS$580 bilion dan meningkat pada kadar tujuh peratus setiap tahun.

Menyentuh soal halal, negara kita memang sudah lama menetapkan penggunaan barangan halal sama ada yang dihasilkan di dalam atau luar negara. Namun, adakah produk yang disahkan halal ini benar-benar halal dan sejauh manakah pemantauan yang dilaksanakan pihak bertanggungjawab? Ini yang menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam sehingga berasa was-was setiap kali membeli sesuatu barangan. Misalnya, baru-baru ini ada yang mempersoalkan proses pembuatan tauhu yang dikatakan kotor dengan anjing berkeliaran di kawasan sekitarnya. Sebagai seorang pengguna Islam bagaimanakah mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai barangan yang dibeli itu benar-benar halal dan bagaimanakah cara memprosesnya?

Apabila perkataan halal digunakan dalam apa jua bentuk perdagangan atau perniagaan maka ia tiada mengandungi bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang hukum syarak atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Selain itu, penyediaan, pemprosesan dan penyimpanannya tidak bersentuhan atau berdekatan dengan sebarang makanan yang tidak mengikut hukum syarak. “Status halal dan logo halal diperkenalkan Jakim pada 1971. Malaysia menjadi negara pertama memperkenalkan logo halal. Malah, sejak 2004, negara ini memperkenalkan piawaian halalnya sendiri, MS 1500, yang kini menjadi ikutan seluruh dunia.

“Bagi memastikan piawaian sijil halal ini benar-benar sah, Jakim melantik 44 organisasi Islam luar negara menjadi wakil yang mengesahkan sesuatu produk itu halal atau tidak. Tempoh logo halal pula hanya dua tahun dan ia perlu diperbaharui, Pemohon yang layak memohon sijil halal di mana ia hanya terbuka kepada pengeluar/pengilang produk, pengedar barangan, pengeluar sub kontrak, pembungkusan semula, pengusaha premis makanan dan rumah sembelihan. Jika permohonan mereka agak meragukan, Jakim tidak teragak-agak menolak permohonan mereka, misalnya;

  • Syarikat mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal.
  • Produk yang tidak halal.
  • Bahan semula jadi yang tidak membabitkan sebarang pemprosesan.
  • Ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Produk siap diproses yang dikeluarkan di luar negara.
  • Produk yang menggunakan nama sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh.
  • Baja dan makanan binatang. Bagi memastikan setiap pemegang sijil halal mematuhi setiap syarat ditetapkan, enam bulan pertama selepas mendapat sijil pengesahan halal, Jakim akan mengadakan pemeriksaan mengejut. Pemantauan juga dilakukan secara tiga peringkat iaitu secara berkala, aduan dan pemeriksaan mengejut. Jika pengusaha atau pemilik premis didapati bersalah mereka boleh didenda RM100,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Justeru, jika ada yang berasa ragu atau was-was dengan sesuatu barangan, mereka perlu membuat aduan segera kerana Jakim tidak berkompromi hal halal haram ini. Selain Jakim, jawatankuasa yang menilai halal haramnya sesuatu produk itu terdiri daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kesihatan, Mardi dan universiti tempatan. Dari segi teknikal atau ujian, kebanyakannya dilakukan Mardi. Mardi sentiasa memantau bahan digunakan dalam produk yang berada di pasaran. Sebenarnya banyak bahan tambahan dalam makanan yang meragukan misalnya gelatin (dihasilkan daripada lemak binatang) yang banyak digunakan di dalam makanan tetapi kini ramai mendakwa mereka menggunakan gelatin diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Selain gelatin, antara senarai bahan tambahan yang meragukan termasuk enzim, keju, kolagen, lecitin, emulsi, tallow (lemak binatang) dan dadih. Tidak dinafikan peranan Jakim dan badan bertanggungjawab lain di dalam memastikan produk halal benar-benar halal cukup penting, Namun, tindakan bersepadu perlu supaya hal halal haram ini tidak diambil mudah. Sebagai pengguna, kita mengharapkan soal halal haram diberi keutamaan. Kita juga mengharapkan agar penyelesaian yang menyeluruh, bukan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Sebagai pengguna, kita perlu bersikap berani dan tegas. Sentiasa mengambil tahu dan peka pada setiap barangan yang kita beli supaya status halalnya sentiasa terjamin.
  • HDC Bukan Ambil Kuasa JAKIM

    HDC Bukan Ambil Kuasa Jakim, Kata Ahmad Zahid

    KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) yang akan bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal bukan bermaksud untuk mengambil alih kuasa daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Beliau berkata sebaliknya hal berkaitan pengeluaran sijil halal dan promosi produk halal akan diletakkan di bawah satu bumbung bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat antarabangsa. "Apabila HDC menggunakan logo halal yang selama ini dikeluarkan oleh Jakim maka ini bukanlah pengambilalihan kuasa oleh HDC daripada Jakim. "Sebaliknya untuk diletakkan sebagai sebuah one-stop agency yang menggabungkan Jakim, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Halal Forum dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari Sabtu. Semalam, Ahmad Zahid berkata HDC akan mengambil alih peranan MITI dari segi mempromosi, memasar dan mengadakan pameran produk dan perkhidmatan halal. Rabu lepas, HDC diberi mandat oleh Kabinet untuk mengambil alih peranan Jakim bagi mengeluarkan sijil-sijil halal di negara ini. HDC juga bertanggungjawab mengeluarkan sijil-sijil halal antarabangsa. Ahmad Zahid berkata peranan baru HDC itu juga tidak menjejaskan proses pengeluaran sijil halal peringkat negeri kerana standard dan piawaian yang digunakan masih sama seperti Jakim. "Sebelum ini, majlis dan jabatan agama peringkat negeri memberikan kuasa kepada Jakim mengenai logo dan sijil halal, maka kuasa pihak negeri dan perjanjian itu masih kekal. "Sekarang bukan soal pengambilan kuasa sedia ada di peringkat negeri tetapi penyelarasan sahaja dibuat oleh HDC dan Jakim serta para pegawainya masih diguna pakai," katanya. Beliau berkata spesifikasi yang digunakan bagi mengeluarkan sijil halal selama ini akan terus diaplikasikan serta ditambah baik bagi mempercepatkan pengeluaran sijil itu. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata mulai tahun depan, sambutan Maulidur Rasul akan diperhebatkan lagi dengan mengadakan sambutan serta perarakan besar-besaran bagi menterjemahkan sirah Rasulullah S.A.W. "InsyaAllah, kita akan buat lebih besar lagi tahun depan, ini bukannya untuk menunjukkan riak atau takbur tetapi menunjukkan seluruh umat Islam bersatu padu menjunjung sirah Nabi," katanya. Beliau berkata hadiah untuk penerima anugerah dan tokoh Maulidur Rasul juga akan ditingkatkan nilainya sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan yang diberikan dalam menegakkan syiar Islam dan memajukan negara. "Saya sedia maklum bahawa jabatan saya kurang peruntukan tetapi kita akan cari penajaan dari pihak luar untuk meningkatkan nilai hadiah, walaupun nilai wang dan anugerah bukanlah nilai sebenar sumbangan tokoh-tokoh ini tetapi penghargaan yang diberi adalah satu pengiktirafan yang tinggi," katanya. Pada majlis hari ini, Ahmad Zahid turut menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada tiga penerima iaitu Mohamad Ali Mohamad Zaki bagi kategori Pelajar Cemerlang, Abdul Hanif Harun untuk Pendakwah Cemerlang manakala Jaafar Daud bagi kategori Sukarelawan Cemerlang. -- BERNAMA

    Kerjasama Halal 2

    HDC Akan Main Peranan Utama Promosi Produk Dan Perkhidmatan Halal

    KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) akan mengambil alih peranan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dari segi mempromosi, memasar dan mengadakan pameran produk dan perkhidmatan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi. HDC di perbadankan pada 18 Sept, 2006 sebagai syarikat swasta milik penuh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan. "Kabinet memutuskan bahawa peranan MITI dalam mempromosi, memasar dan mengadakan pameran produk-orudk halal akan diambil alih oleh HDC. "Ia bertujuan mengelak kekeliruan. Oleh itu Kabinet memutuskan hanya satu badan sahaja (memantau) pembangunan industri halal," katanya kepada pembrita selepas melawat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini. Ahmad Zahid mengulas mengenai tawaran MITI supaya HDC memain peranan utama dalam mempromosikan negara sebagai hab halal. Pada Rabu, HDC diberi mandat oleh Kabinet untuk mengambil alih peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengeluarkan sijil-sijil halal di negara ini. HDC juga bertanggungjawab mengeluarkan sijil-sijil halal antarabangsa. Bagi memastikan peralihan yang lancar selain bantuan, Ahmad Zahid berkata Jakim akan memindahkan beberapa pegawainya ke HDC bagi membantu proses pensijilan halal itu. Peralihan itu bakal menyaksikan sistem pensijilan halal, yang meliputi e-halal, dokumentasi dan pengurusan, serta hak logo halal Malaysia, diserahkan kepada HDC. Langkah itu juga bertujuan menyegerakan pengeluaran sijil halal. Pada masa ini, Jakim mengambil msa kira-kira dua bulan untuk mengeluarkan sijil halal. Ketua Pegawai Eksekutif HDC Datuk Jamil Bidin berkata bagi sijil halal antarabangsa, HDC sudah bersedia mengeluarkannya, terutama menerusi pemasangan sistem teknologi maklumat yang berkesan. "Kami sudah menerima banyak permohonan daripada beberapa negara yang sudah mendaftar untuk mendapatkan sijil halal antarabansga ini. Pada masa ini, jumlahnya kira-kira 40 syarikat, antara lain dari Thailand, Indonesia dan Turki," katanya. Mengenai pelan induk industri halal, Jamil berkata ia dijangka diserahkan kepada Kabinet dalam masa terdekat. -- BERNAMA

    Kerjasama Halal

    07 April, 2008 13:49 PM

    MITI Akan Bekerjasama Dengan HDC Bangunkan Industri Halal, Kata Muhyiddin

    PETALING JAYA, 7 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dalam mempercepatkan pembangunan industri halal di negara ini bagi memenuhi permintaan dari luar negara. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin berkata pihaknya akur dengan keputusan kabinet untuk mengekalkan HDC di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Kita bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kekalkan HDC di bawah JPM) dan akan bekerjasama dengan HDC," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Anugerah Produktiviti 2006/2007, Isnin. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada MITI akan mengambil-alih HDC. "Tujuan kita bukan nak mengambil-alih urusan untuk mendapatkan sijil halal, kita nak terlibat dalam usaha untuk mempercepatkan proses pembangunan industri ini kerana tidak ada gunanya kita buat promosi seluruh dunia, Malaysia jadi hab sebagai pengeluar makanan halal tetapi di negara sendiri, kita belum bangunkan satu pembangunan industri halal yang berdaya maju," katanya. "Kalau ada pun, jumlahnya kecil, kalau dari segi saiz pun, tidak sebesar mana, jadi kita tidak boleh jual secara besar-besaran. Bila orang nak buat pesanan, tidak ada bekalan. Jadi, kita mesti ada satu perancangan," katanya lagi. Beliau berkata pembangunan industri halal juga merupakan sebahagian daripada urusan MITI kerana ia adalah sebuah agensi untuk mempromosikan industri termasuk industri makanan dan bukan makanan. Muhyiddin berkata beliau akan berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif HDC dalam jangka masa terdekat untuk mendapatkan maklumat berkenaan persediaan yang HDC telah lakukan untuk memajukan industri halal termasuk perbentangan "Pelan Induk bagi Pembangunan Industri Halal." Kabinet pada mingu lepas telah menetapkan bahawa HDC adalah badan yang bertanggung jawab untuk mengeluarkan pensijilan halal bagi negara ini, mengambil-alih peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. HDC akan mengeluarkan sijil dan logo halal Jakim yang telah digunakan selama ini dan dikenali ramai. HDC ditubuhkan pada 2006 oleh Jabatan Perdana Menteri dengan objektif meletakkan Malaysia sebagai Hab Halal Global dan memacu perkembangan industri halal seluruh dunia. -- BERNAMA

    Kelulusan Kabinet

    Kabinet Lulus HDC Sebagai Pengeluar Sijil Halal

    PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), telah diberi mandat oleh Kabinet hari ini untuk mengeluarkan pensijilan halal bagi negara ini, mengambil alih peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berkata ia berkuatkuasa serta merta. "Pihak HDC sudah boleh mengeluarkan sijil ini secepat mungkin dan ini bermakna agensi yang mengeluarkan sijil dan logo halal di bawah Jakim akan berubah dan beroperasi di bawah HDC," katanya kepada Bernama ketika di temui setelah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri, untuk membincang perlantikan anggota exco negeri itu. Menurut Abdullah, HDC akan mengeluarkan sijil dan logo halal Jakim yang telah digunakan selama ini dan dikenali ramai. Beliau berkata pensijilan halal untuk negara ini telah diterima pakai oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Menurut Abdullah, ketika ini sudah terdapat 40 buah syarikat termasuk dari luar negera yang sedang menunggu untuk mendapat sijil berkenaan. "Maka dengan keputusan ini pengeluaran sijil ini dapat dipercepatkan," kata beliau. HDC ditubuhkan pada 2006 oleh Jabatan Perdana Menteri dengan objektif meletakkan Malaysia sebagai Hab Halal Global dan memacu perkembangan industri halal seluruh dunia. Selain itu, mesyuarat Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) di Dakar, Sudan baru-baru ini, telah memutuskan supaya Malaysia menjadi pengeluar sijil halal di samping menjadi hub atau pembangunan industri halal. Dengan itu, kata Abdullah, HDC boleh mengeluarkan pensijilan halal antarabangsa termasuk negara-negara OIC menggunakan Logo Jakim yang di terima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. -- BERNAMA

    Wednesday, 5 March 2008

    Daftar Isi

    Loading...

    Monday, 10 December 2007

    Shenzen,Hong Kong , Guang Zhou 2007



    Tepat jam 06.50 pagi 25 Nov 2007, saya bersama 31 orang peserta telah menaiki Flight AirAsia yang berwarna merah ( AK 80 ) telah terbang dari LCCT ke International Shenzen Airport.Pakej ini diuruskan oleh Alquds Travel & Tour . Penerbangan memakan masa 3jam 40minit.Setelah AK 80 di ruang angkasa , maka bermula pramugari menjual nasik lemak Pak Naseer di atas kapal terbang.Mula-mula saya tidak mahu membelinya tetapi perut sudah memulas kerana belum sarapan lagi.Harga nasik lemak Pak Naseer Rm 12 sebungkus + 4rm untuk teh tarik Mamak.
    Pramugari buat sendiri kat dapur AirAsia.Selepas 3jam 40minit maka AK 80 selamat mendarat di Airport Shenzen dengan selamatnya.Setelah tiba di sana kami telah di sambut oleh pemandu pelancong yang fasih berbahasa melayu Indonesia. Ibu-ibu bapak-bapak sekalian , kita telah sampai di Shenzen.saya mahu hitung berapa bilangan kalian sebelum kita start tournya..Kata pemandu pelancong yang bernama Acun.Setelah semua beg telah dikumpulkan maka bermula tour kami.Lebih kurang jam 2 petang waktu Shenzen kami telah di bawa ke restoren Muslim yang terletak di Bandar Shenzen untuk makan tengah hari ( Chines Food ) bestt!


    Selepas itu kami telah di bawa untuk city tour di bandar Shenzen.Tepat jam 5 petang kami telah di bawa untuk menonton pertunjukan kebudayaan di Splendid Of China.Pertunjukan ini sesuai untuk semua peringkat umur.Ahli rombongan terhibur dengan pertunjukan kebudayaan China ini, kerana menggunakan sistem cahaya dan tarian yang mengangumkan.
    Setelah tamat pertunjukkan di Splendid Of China , kami telah check-in Hotel Ambassador ( 3 star ) kesemua ahli rombongan mendapat bilik suite untuk menginap satu malam dan untuk hari kedua nya kami akan bertolak ke Hong Kong.


    Awal-awal pagi selepas sarapan saya dan ahli rombongan telah check-out hotel dan telah pergi stesen keretapi Shenzen-Hong Kong.Perjalanan dari Shenzen- Hong Kong selama 45 minit.Kami Telah berhenti di stesen Huang Hom, setelah selesai urusan di imigresin kami telah di sambut oleh pemandu pelancong dari Hong Kong pula yang bernama Irine.Pemandu pelancong ni cantikk :) cara dressing macam model Italy. Selepas itu kami telah di bawa untuk makan tengahhari di Restoren Muslim ( Pakistan ).


    Makanan di restoren ini lebih sedap lagi kerana nasi nya tak berkanji n lembek sangat.Lauk-lauk lagi best.Orang asia pun ramai makan kat sini. Tempat Solat pun luas..di dalam bangunan 4 tingkat ini terdapat restoren, surau , tadika, dewan untuk orang ramai.Saya cadangkan sesiapa yang ini mencari makanan Halal sila lah datang ke Masjid Ammar dan Osman Ramju Sadick Islamic Center.Setelah selesai makan dan sembahyang, kami telah di bawa untuk city tour di bandar raya Hong Kong yang padat dan berbukit.Kenderaan di Hong Kong semua nya Mercedes, BMW dan setaraf dengan nya.Kenderaan di Hong Kong murah kerana kerajaan tidak mengenakan cukai! tetapi untuk setangki pentrol harganya sampai beratus-ratus ringgit!! Nasib baik lah kami telah menggunakan bas pelancongan.


    Selepas itu kami telah melawat Aberdeen Fishing Village.Disitu kami dapat melihat cara penghidupan asal orang Hong Kong.( macam melawat rumah rakit kat tepi sungai kelate :)) )Kami telah bergambar dan melawat kat Aberdeen Fishing Village 30 minit , kami telah berangkat ke Golden Bauhinia Square yang terletak di tepi pantai,permandangan amat cantik sekali.



    Banyak kapal kontena yang melalui selat ini.Selepas berposing group di Bauhinia Square kami telah menaiki bas dan telah Check-in L Hotel ( 5 star) Lokasi hotel di terletak di luar bandar Hong Kong ( kawasan perumahan ).Pada sebelah malam kami telah di bawa untuk membeli belah di Ladies Street.Banyak kiosk dan lot kedai di kiri kanan jalan untuk di lawat.Tempatnya amat lah penuh sesak kurang sesuai membawa anak-anak membeli belah disini.Barang-barang yang di jual disini tidak banyak pilihan ,diskaun hanya 10 % sahaja.Selepas berjalan-jalan di Ladies Street.

    Kami telah pulang ke hotel untuk tidur kerana besok pagi, kami mesti berjalan jauh! olahraga :) iaitu melawat Disneylang Hong Kong !

    Selepas sarapan pagi , Kami telah di jemput oleh Irine untuk menaiki bas dan bertolak ke Disneyland Hong Kong. Perjalanan dari hotel ke Disneyland selama 25 minit sahaja.Dalam perjalanan ke Disneyland kami telah melalui pulau-pulau tetiba ada Disneyland.Setelah di tiba di Disneyland kami telah di beri tiket masuk dan di beri sedikit maklumat tentang Disneyland oleh pemandu pelancong.













    Tepat jam kol 10 pagi telah masuk ke Disneyland.Ahli rombongan telah membawa diri masing-masing untuk melihat dan bermain di Disneyland.Seharian tak abis berjalan dalam Disneyland.( Sila bawa sejadah untuk sembahyang ) kerana di dalam disneyland tidak menyediakan surau :)
    Pihak pengurusan Disneyland tidak membenarkan makanan dari luar di bawa masuk ke dalamnya..Pandai-pandai ler nak seludup biskut , roti ke apa untuk di makan di dalam disneyland.Makan tengah hari dan makan malam mesti di dalam Disneyland.Food Court di dalam disneyland tidak menyediakan makanan Halal 100%.Kalau tekak bolih makan Berger ikan di Mc donald Disneyland..kira ok laa :) Bersambbbbunggg......:))