Mulai 1 Julai ini, pengusaha yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berdepan hukuman denda dan penjara.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata jabatan itu akan melakukan pemantauan di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
"Kami akan membuat lawatan operasi di setiap premis mulai 31 Mac sebagai langkah pendidikan untuk pastikan setiap premis perniagaan mempunyai sijil halal dan tidak hanya mempamerlan logo halal sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata hanya sijil dan logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan diiktiraf.
"Sijil halal yang dikeluarkan pihak swasta tidak diiktiraf dan akan dikenakan tindakan. Semua ini termaktub di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011," katanya.
Hakimah berkata sehingga Februari lalu, sebanyak 1,420 permohonan sijil halal telah diterima.
- Bernama
Showing posts with label APD 1972. Show all posts
Showing posts with label APD 1972. Show all posts
Friday, 16 March 2012
Wednesday, 4 January 2012
Halal Malaysia VS Halal Swasta
IPOH: `Perang' antara syarikat pengeluar sijil palsu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kian 'panas' apabila pihak syarikat itu mendakwa Jakim tiada kuasa sah mengambil tindakan undang-undang bermula 1 Januari 2012.
Melalui kenyataan rasmi di laman web, syarikat itu seolah-olah memperlekehkan kuasa Jakim itu.
Malah pemilik syarikat mendakwa, sijil halal swasta dikeluarkan mereka memenuhi syarat piawaian MS 1500:2009 (M), makananhalal bagi pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan.

Subscribe to:
Posts (Atom)