Wednesday 22 October 2008

Pusat penyembelihan di ibu kota sentiasa kawal

KUALA LUMPUR: Aktiviti penyembelihan yang membabitkan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di ibu kota, sentiasa dikawal dengan bantuan agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui jawatankuasa bersama. Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaafar, berkata pihaknya dengan kerjasama agensi itu akan mewujudkan pusat penyembelihan berpusat bagi memudahkan pengusaha berkenaan selain tidak menimbulkan rasa ragu-ragu orang ramai apabila ia dilakukan di tempat lain. “Setakat ini, memang aktiviti penyembelihan untuk perniagaan itu dilakukan di tempat lain seperti di Chow Kit dan Datuk Keramat. “Walaupun kami tidak menerima kes mengenai cara penyembelihan tidak sempurna dan meragukan, cadangan mewujudkan pusat penyembelihan berpusat dilakukan sebagai usaha penambahbaikan supaya tidak timbul masalah seperti itu,” katanya. Beliau diminta mengulas laporan akhbar ini semalam, mengenai hasil pemeriksaan pegawai Jabatan Agama Johor (JAJ) mendapati ayam segar di pasar raya di Muar mendapati dijual tanpa sembelihan sempurna dengan urat halkum dua ekor ternakan itu belum putus sepenuhnya. Dalam operasi sama, 65 kotak mengandungi 780 kilogram (kg) ayam tanpa tulang di pusat penyimpanan sejuk beku di sebuah rumah di Jalan Salleh, di bandar itu, turut disita berikutan status halalnya meragukan. Ia berikutan pemeriksaan mendapati produk itu diimport dari China, tetapi kertas yang mempunyai logo halal dalam tulisan Jawi serta pengeluarnya dibuang daripada kotak berkenaan dipercayai bagi mengelak statusnya disyaki pengguna Islam

No comments: