KUALA LUMPUR: Berhati-hati apabila menjamu selera di restoran milik pengusaha bukan Islam berikutan siasatan pihak berkuasa mendapati ada antara sijil halal yang tertera pada premis perniagaan berkenaan palsu dan dibeli daripada pihak tertentu pada harga mencecah RM5,000 sekeping semata-mata untuk menarik kedatangan orang Islam menjamu selera di premis mereka.
Difahamkan, penyebaran sijil akuan halal itu mendapat permintaan tinggi di kalangan pengusaha restoran milik bukan Islam bermasalah berikutan pemilik tidak perlu mematuhi syarat dan prosedur pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini.
Berdasarkan siasatan, sijil akuan halal yang tidak diiktiraf Jakim itu kini dimiliki hampir 50,000 premis makanan terutama pengusaha restoran bukan Islam di seluruh negara.
Jurucakap Halal Industry Development Corporation (HDC) berkata, pemantauan dan siasatan dilakukan di beberapa premis makanan mendapati sijil halal tidak sah berkenaan diedarkan individu tertentu yang menjualnya untuk mendapatkan keuntungan lumayan.
Menurutnya, sijil halal tidak sah laku itu jauh berbeza dengan sijil halal Jakim yang kini dikeluarkan HDC berikutan ia tidak dipantau atau dikawal selia mengikut garis panduan sepatutnya.
“Pihak yang mengedarkan sijil berkenaan hanya memikirkan keuntungan apabila menjual sijil halal itu tanpa memikirkan sama ada pemilik restoran mematuhi syarat piawaian pensijilan yang harus dipatuhi.
“Sebagai contoh, premis makanan yang memiliki sijil halal seharusnya mendapatkan bekalan bahan mentah seperti ayam dan daging daripada syarikat pembekal yang turut memperoleh sijil halal sah dari rumah sembelihan diiktiraf Jakim atau HDC. Selain itu, pihak premis makanan perlu memastikan tiada bahan masakan yang diragui digunakan selain memastikan aspek kebersihan dijaga,” katanya.
Malangnya, pihak yang mengeluarkan sijil halal sama seperti sijil Jakim atau HDC ini lepas tangan dan tidak pernah melakukan pemantauan berkala.
“Akibatnya ada restoran atau premis makanan ini yang memiliki sijil halal palsu menggunakan bahan masakan diragui halal serta pekerja bukan Islam untuk melakukan tugas memasak selain mengabaikan aspek kebersihan,” katanya.
Jurucakap itu berkata, kelulusan memperoleh sijil halal HDC proses penuh teliti berikutan pemeriksaan mengikut prosedur akan dilakukan auditor syariah dan auditor teknikal (teknologi makanan) bagi memastikan premis terbabit benar-benar layak memiliki sijil halal berkenaan.
SHAH ALAM: Menyedari kemunculan pelbagai sijil halal aneh dan tiruan, sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Halal Industry Development Corporation (HDC) bertindak menggempur beberapa premis termasuk restoran kopitiam milik pengusaha bukan Islam yang disyaki menggunakan sijil halal meragukan.
Dalam operasi bermula jam 11 pagi semalam, sepasukan lima penguat kuasa HDC dibantu tujuh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertindak menjalankan pemeriksaan di beberapa kopitiam di Cyberjaya yang dikesan mendapatkan sijil halal daripada individu tidak dikenali.
Sumber KPDNHEP berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui sijil halal didakwa dibeli pengusaha restoran berkenaan pada harga RM60,000 daripada pihak tertentu.
Menurutnya, sijil akuan halal berkenaan yang menyerupai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) didakwa digunakan pengusaha restoran terbabit di beberapa cawangan restoran miliknya di Lembah Klang sebagai modal untuk meyakinkan pengguna Islam mengunjungi restorannya walaupun menyedari ia milik bukan Islam.
“Apa yang jelas, pemilik restoran berkenaan seolah-olah terdesak untuk mendapatkan sijil halal hingga sanggup membayar wang sebanyak itu. Mereka mungkin menyedari kesukaran untuk mematuhi syarat pensijilan halal Jakim yang dikeluarkan pihak HDC menyebabkan mereka mencari alternatif lain.
“Pegawai HDC dan KPDNHEP yang menjalankan siasatan susulan turut ragu terhadap makanan disajikan berikutan pemilik gagal menunjukkan sijil halal Jakim milik syarikat yang membekalkan bahan mentah ayam dan daging,” katanya.
Menurutnya, pegawai HDC yang melakukan pemeriksaan di bahagian dapur penyediaan turut menemui bahan untuk membuat air minuman yang diimport dari luar negara.
“Cecair pekat itu yang tidak mempunyai perakuan halal dari negara pengeluar kemudian diambil pegawai HDC untuk diuji sama ada ia mengandungi alkohol atau bahan tidak halal,” katanya.
Menurutnya, tindakan pemeriksaan sama turut dilakukan di sebuah premis makanan di Shah Alam, kira-kira jam 2 petang semalam, selepas pihak HDC mendapat maklumat premis terbabit turut tidak memiliki sijil halal Jakim.
“Hasil pemeriksaan mendapati, premis berkenaan turut tidak pernah memohon sijil halal dari Jakim atau HDC sebelum ini walaupun ramai pengunjungnya adalah pengguna Islam,” katanya.
Difahamkan, operasi pegawai penguat kuasa HDC itu adalah sebahagian daripada operasi dan pemeriksaan di seluruh negara bagi mengesan penyalahgunaan atau pemalsuan sijil halal Jakim.
“Pemeriksaan itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik premis restoran dan syarikat pengilang makanan supaya mendapatkan sijil halal sah dari Jakim dan pihak HDC sahaja yang diiktiraf.
“Sijil akuan halal selain Jakim adalah diragui berikutan diberi secara bebas kepada peniaga tanpa kawalan selain tidak mematuhi syarat prosedur halal ditetapkan,” katanya.
Menurutnya, dalam operasi sama semalam, pegawai HDC turut menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah syarikat di Shah Alam didapati menggunakan sijil halal palsu bagi produk makanan keluarannya.
“Hasil pemeriksaan dilakukan, pegawai HDC mendapati, sijil halal Jakim dimiliki syarikat lelaki Timur Tengah itu dipalsukan pihak tertentu sejak sekian lama,” katanya.
WHO SHOULD ATTEND
Scientists, Researchers, Academicians / Students
CEOs / Directors / Managers
Policy Makers / Ambassadors
Islamic Scholars
From;
Universities / Research Institutes
Companies (MNCs / SMEs)
Government Departments / Agencies
Embassies / Trade Associations
Islamic Associations / Bodies
Online registration is also available at http://whr.hdcglobal.com.
Plasenta (uri) adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan.Bagi manusia ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm.Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin.
Mengikut keputusan fatwa Negeri Pulau Pinang , Uri bayi adalah suci dan tidak boleh dibakar. adalah dinasihatkan supaya pihak berkuasa hospital berusaha menanam uri orang-orang islam, dan mana-mana orang islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri untuk ditanam. uri orang islam tidak boleh dijual, hukumnya haram.
Pada masa sekarang,banyak produk kosmetik di negara kita yang menggunakan uri haiwan sebagai bahan ramuan.Penggunaan uri haiwan/manusia dalam kosmetik adalah HARAM .Walaupun haiwan tersebut adalah halal dimakan.
Plasenta yang digunakan didalam kosmetik atau perubatan kebiasaanya dari lembu atau biri-biri.Plasenta akan dicuci mengikut spec yang ditetapkan kemudian akan campur dengan krim,masker atau pun suntikan.Kadang-kadang terdapat juga vitamin-vitamin yang ditambah dengan plasenta.
Kadang-kadang pengguna sanggup menelan atau menyuntik yang haram kerana ingin muka yang cantik!!Adalah hak anda untuk mengetahui kandungan ramuan sesuatu produk.Jangan main tibai jerrrrr...
Kalau di negara omputih, plasenta ni dia orang buat menu makan petang jer.Kalau dia orang boring makan menu Plasenta dengan keju,dia orang masak plak plasenta dengan brocoli!
Terima Kasih Tv3 kerana menyiarkan tentang kes ayam yang tidak sempurna cara sembelihannya di Kayu Ara, Damansara tempoh hari.1000kg lebih ayam yang tidak sempurna cara sembelihanya dijumpai. Isunya sekarang, ayam / bangkai dari pusat penyembelihan tersebut dipasarkan dimana??adakah di jual di Pasar Borong Selayang?Chow kit??Restoren-restoren sekitar Lembah Klang??
Kebiasaanya ayam yang tidak sempurna cara sembelihan akan dijual lebih murah berbanding dengan yang ada pengesahan halal / sempurna cara sembelihannya.
Mengikut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia,Pihak pengurusan hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang penyelia Muslim yang bertanggungjawab memastikan pematuhan syarat sah sembelihan seperti berikut :
a)Memastikan pemeriksa halal ( Checker ) sentiasa berada ditempatnya ketika proses penyembelihan dilakukan;
b)Pemeriksa halal hendaklah membuat penelitian terhadap haiwan yang disembelih;
1-Putus Halkum
2-Putus Urat Mari'
3-Sempurna mati sebelum aktiviti pemprosesan selanjutnya.
c)Penyelia hendaklah bertanggungjawab menentukan peranan pemeriksa halal tidak diabaikan dan tugas tersebut tidak dibiarkan tanpa pengganti;
d)Haiwan yang tidak sempurna sembelihan hendaklah diasingkan dan dilabelkan sebagai tidak halal.
Sebagai pembeli / pengguna kita hendaklah berhati-hati dan pilih ayam yang betul-betul halal!