Showing posts with label Sijil Halal Tarik. Show all posts
Showing posts with label Sijil Halal Tarik. Show all posts

Sunday, 5 September 2010

SURAT JAWAPAN DARI MCDONALD MALAYSIA TENTANG PERTANYAAN DAGING DARI URUGUAY



Friday, 3 September 2010

Pengguna Islam mesti menghentikan pengambilan QBB Pure Ghee

Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Berhubung
Penarikan Sijil Halal QBB Pure Ghee Keluaran QBI Packaging Sdn Bhd


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar orang ramai terutama pengguna Islam supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee keluaran syarikat QBI Packaging Sdn Bhd.

Ini adalah ekoran daripada penarikan balik  status halal minyak sapi tersebut oleh JAKIM berkuatkuasa pada 19hb Ogos yang lalu. Menurut JAKIM, minyak sapi berkenaan mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Sunday, 25 July 2010

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA HOTEL GRAND SEASON, KUALA LUMPUR

Dimaklumkan Panel Pengesahan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bersidang pada 30 Jun 2010 telah mengambil keputusan MENARIK BALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang telah diberikan kepada Hotel Grand Season, Kuala Lumpur kerana telah melanggar piawaian "MANUAL PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA" berkuatkuasa serta merta.

Monday, 26 April 2010

Penarikan Pengiktirafan Badan Islam di Uruguay

JAKIM telah menarik pengiktirafan badan islam di Uruguay iaitu URUGUAY ISLAMIC CENTER berkuat kuasa 15 April 2010.

Dipetik dari..dari..

Thursday, 18 March 2010

Global Abbatoir Mohon Maaf Isu Penguatkuasa Dikurung

PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Pengurusan Global Abbatoir (M) Sdn Bhd Khamis memohon maaf kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa pihak lain berikutan tindakan syarikat penyembelihan itu "mengurung" satu pasukan penguatkuasa di premisnya di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Friday, 5 March 2010

JAIS BAN 6 SYARIKAT SWASTA KELUAR SIJIL HALAL

SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengarahkan enam syarikat yang terbabit mengeluarkan sijil dan logo halal supaya tidak lagi mengeluarkan sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata enam syarikat berkenaan ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.


Saturday, 11 July 2009

Pensijilan Halal : Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang

a)17 April 2008 : Pensijilan Diserahkan Kedapa HDC b)08 Julai 2009 : Pensijilan Kembali kepada JAKIM

Wednesday, 22 October 2008

30 sijil halal premis ditarik balik

JOHOR BAHRU 21 Okt. - Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menarik balik sijil logo halal daripada 30 premis perni-agaan termasuk 15 pusat sembelihan ayam di negeri ini kerana didapati melanggar peraturan yang ditetapkan. Pengarahnya, Datuk Zalil Baron berkata, daripada jumlah itu, 10 kilang memproses bahan makanan dan lima hotel, resort dan restoran di negeri ini turut dikenakan tindakan sama dalam tahun ini. "Tindakan tegas itu diambil selepas pemeriksaan MAIJ mendapati premis-premis itu gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan mengenai status halal," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jamuan Aidilfitri MAIJ di Pusat Islam, di sini hari ini. Lebih 1,000 orang menghadiri jamuan tersebut yang turut dihadiri Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot. Zalil berkata, pusat sembelihan yang dibatalkan sijil logo halal kerana penyembelihannya didapati tidak sempurna apabila ayam yang disembelih mati akibat rendaman air panas dan bukannya sebab disembelih. "Terdapat juga yang didapati proses sembelihan yang meragukan apabila ia dilakukan terlalu laju kerana penggilirannya dikawal oleh mesin," katanya. Menurutnya, selain MAIJ, sijil halal untuk pusat sembelihan di Johor dikeluarkan oleh tiga lagi agensi yang dilantik oleh Kerajaan Pusat iaitu Institut Food Research Center (IFRC), South East Asia (SEA) dan Halal Development Corporation. Mengenai hotel dan restoran itu pula katanya, premis itu didapati tidak mematuhi syarat kerana menjual arak, manakala terdapat juga restoran yang didapati mengambil bekalan ayam dari pusat sembelihan tanpa sijil halal. Beliau berkata, kilang memproses makanan itu pula ditarik balik sijil halal kerana didapati persekitaran dan bahan yang digunakan kotor dan meragukan. "Orang ramai yang berasa ragu-ragu terhadap status halal atau haram sesebuah premis diminta membuat aduan atau menghubungi pejabat agama berdekatan bagi tindakan selanjutnya," jelasnya.