Thursday 9 February 2012

Ramly Food Processing di Fitnah lagi


Ramly Food Processing Sendirian Berhad menafikan produk frankfurter lembunya mengandungi DNA babi.

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mokni berkata laporan yang dikeluarkan tiga makmal menunjukkan hasil analisis negatif terhadap dakwaan berkenaan.

Sehubungan itu tiga laporan polis dibuat agar siasatan terhadap mereka yang menyebar fitnah melalui internet, dilakukan.

Buletin Utama menerima e-mel daripada penonton yang mendakwa hasil persampelan rambang jabatan kesihatan di Yan, Kedah mengesan DNA babi pada frankfurter lembu berjenama Ramly.

Berikutan itu hasil persampelan Jabatan Kesihatan berkenaan disebar melalui inetrnet.

Pada pertemuan siang tadi, Datuk Ramly berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, telah mengambil sampel dan menghantarnya untuk analisis di Jabatan Kimia di  Petaling Jaya, Selangor.

Manakala, Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur telah menghantar satu lagi sampel ke makmalnya di Sungai Buloh.

Hasil analisis Jabatan Kimia menunjukan tiada kesan DNA babi pada sampel yang diambil dari kilang Ramly Food Processing Sdn Bhd di Batu Caves.

Malah dua makmal swasta, satu di Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil, dan satu lagi di Universiti Putra Malaysia, juga menunjukkan hasil negatif.

Beliau turut musykil bagaimana maklumat analisis agensi kerajaan yang dianggap rahsia boleh disebar melalui internet.

DATUK RAMLY MOKNI/ PENGARAH URUSAN RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD.
Dalam  30 tahun saya berniaga, ini kali pertama saya dapat fitnah berkenaan produk saya. Kali pertama kes DNA. Saya rasa sedih. Betul betul sedih. Isu sebelum ini kata company saya ini dimiliki bangsa asing. Penafian dalam blog semua saya nafi. Bila itu tak diterima oleh orang ramai mengata kami masih Ramly. Kemudiaan ditimbul isu DNA.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana khuatir menggangu siasatan polis.

Dalam pada itu maklum balas dari bahagian hub halal Jakim juga diperolehi Buletin Utama.

Bahagian itu dalam emelnya mengesahkan sampel diambil dari kilang Ramly Food Processing untuk analisis di Jabatan Kimia Petaling Jaya.

Dan hasil analisis menunjukan kesan negatif dan produk itu halal untuk dimakan.
Rujukan :  Buletin Utama TV3