Tuesday 23 November 2010

Operasi Babylon

Berdasarkan dari aduan awam yang telah diterima berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal JAKIM bersama Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan serbuan ke atas sebuah premis makanan yang beroperasi di 134, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Operasi ini diketuai oleh pegawai Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal JAKIM, En. Mohd Amri Abdullah bersama En. Azizi Ali pegawai penguatkuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan pemerikasaan pada 27/10/2010 bermula jam 12.20 tengah hari dan berakhir pada 14.15 petang. Hasil dari pemeriksaan mengejut ke atas premis tersebut, pemilik premis berkenaan telah menggunakan serta mempamerkan logo halal JAKIM pada pintu masuk premis makanan tersebut.
 
 

Pihak syarikat mendakwa tidak arif tentang impak kesalahan tersebut, oleh sebab alasan demikianlah pihak syarikat menggunakan logo halal JAKIM untuk dipamerkan kepada masyarakat umum bahawa premis berstatus halal yang sah dan bagi tujuan menarik pelanggan serta pengunjung Muslim.
 “Oleh yang demikian, syarikat didapati telah menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, di bawah Klausa 16.7.2 (ii) Penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN/MAIN dan Akta Perihal Dagangan 1972.”
Dengan itu pegawai KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil tindakan iatu melarang penggunaan logo halal JAKIM dalam apa jua jenis aktiviti perniagaan sehingga berjaya memperolehi sijil halal JAKIM kelak dan kes ini di bawah siasatan lanjut pihak KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Siasatan dalam operasi ini hanya tertumpu kepada penyalahgunaan logo halal JAKIM yang tidak mengikut prosedur seperti yang telah termaktub dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan Akta Perihal Dagangan 1972. Pihak JAKIM mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pasukan penguatkuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah sudi memberikan bantuan dalam usaha mengekang jenayah halal palsu dari berleluasa.


Lokasi Premis syarikat yang terletak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur


Restoran Babylon yang terkenal dengan masakan dan hidangan dari Timur Tengah




1 comment:

konpius said...

kesalahan sbb logo halal blm diminta dan blm dibayar lg yuran kpd pihak brkenaan...dah buat pembayaran dah boleh guna pakai....mcm mn dgn bahan mskan restoran ini yea??