Wednesday 3 August 2011

Golden Churn Creamy Butter..akhirnya HARAM



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengikut portal berita harian pada 3 Ogos 2011 telah mengesahkan bahawa Golden Churn Creamy Butter Ada DNA babi dan ianya haram  dimakan oleh umat Islam. Kes mentega Golden Churn ini timbul akibat penggunaan untuk pembuatan kek lapis di Sarawak. Mungkin persatuan pengeluar kek lapis di Sarawak telah menukar jenama mentega yang mereka gunakan selepas mendapat berita ini. Jadi untuk umat Islam yang suka makan kek lapis, sila tanya pengeluar terlebih dahulu apa mentega yang mereka gunakan. Produk mentega ini ialah keluaran daripada New Zealand. 
Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit berkata kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal. Beliau berkata ramai orang mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk ”Golden Churn Creamy Butter” selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi dan ini menyebabkan ramai telah memberhentikan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya. 
Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis yang dibuat di Sarawak adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu,” katanya
Selain itu juga kita mestilah berhati-hati semasa membeli apa jua jenis kek di pasaran takut takut kita termakan benda daripada DNA babi ini. Jadilah pengguna orang Islam yang menitik beratkan tentang makanan kita. Kepada pengguna mentega di sana, banyak lagi pilihan mentega yang halal untuk di gunakan, semoga para pembuat kek menerima hati yang terbuka dengan keputusan ini.

No comments: