Thursday 19 August 2010

JAIS: 5 lagi hotel dapat Perakuan Halal

SHAH ALAM, 19 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari
ini mengeluarkan lima lagi Sijil Halal kepada hotel di Selangor sebagai panduan
buat umat Islam khususnya untuk berbuka puasa.
Pegawai Perhubungan Awam Jais Nurhamizah Othman berkata lima hotel itu ialah
Hotel Concorde Shah Alam, Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Hotel Carlton Holiday
Shah Alam, Hotel Grand Dorsett Subang Jaya dan Hotel Crystal Crown Klang.
Beliau berkata sehingga hari ini 22 hotel di Selangor sudah mendapat sijil
halal JAIS.


“Kami harap umat Islam lebih peka memilih hotel yang mempunyai sijil halal
supaya tidak tertipu dengan pakej buffet Ramadan yang ditawarkan oleh
hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal,” katanya dalam satu kenyataan di
sini hari ini.
Sehubungan itu, Nurhamizah berkata Jais amat berharap agar mana-mana hotel
yang masih belum mendapatkan sijil halal agar berbuat demikian demi kepentingan
semua pihak. – BERNAMA

No comments: