Thursday 18 March 2010

Global Abbatoir Mohon Maaf Isu Penguatkuasa Dikurung

PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Pengurusan Global Abbatoir (M) Sdn Bhd Khamis memohon maaf kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa pihak lain berikutan tindakan syarikat penyembelihan itu "mengurung" satu pasukan penguatkuasa di premisnya di Negeri Sembilan baru-baru ini.


Pengarah pemasaran syarikat itu, Azrin Abdul Ajib, yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz di sini hari ini, berkata bukan menjadi amalan syarikat itu untuk bertindak "ala samseng" seperti itu sebaliknya ia berbuat demikian untuk mengawal aliran masuk dan keluar orang ramai dari premis syarikat.

"Polisi syarikat ialah tidak membenarkan gambar dirakam tanpa kebenaran bertulis. Hanya Jakim dan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dibenarkan mengambil gambar untuk tujuan audit," katanya pada sidang akhbar bersama Wan Muhammad di sini.

Dalam insiden berkenaan, pegawai penguatkuasa dari Jakim, KPDNKK dan wartawan 'dikurung' sehingga tiga jam dalam kawasan premis syarikat kerana pihak pengurusannya dilaporkan tidak berpuas hati apabila jurugambar merakam gambar operasi kilangnya dan meminta semua gambar yang dirakam dipadamkam jika mereka mahu keluar dari premis berkenaan.

Wan Muhammad pula berkata sijil halal syarikat berkenaan kini digantung selepas didapati ia mengamalkan cara penyembelihan ayam yang meragukan.

Mengenai insiden "kurung" itu, beliau berkata Jakim menyerahkan kepada KPDNKK untuk menentukan sebarang tindakan terhadap Global Abattoir sekiranya mereka merasakan perlu.

Dipetik dari dan dari

No comments: