Wednesday 10 August 2011

MCA Kecam cara JAKIM tangani isu halal


KUALA LUMPUR 3 Ogos — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim tidak wajar bersikap kertelaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal sebaliknya harus menyediakan lebih banyak ruang untuk berkomunikasi khususnya membabitkan pengusaha bukan Islam kata MCA “Walaupun saya faham Jakim mahu mewujudkan standard antarabangsa mereka perlu membenarkan ruang untuk 

komunikasi Mereka tidak boleh bersikap keterlaluan dalam mengendalikan soal mengeluarkan sijil halal ” tegas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek gambar di sini hari ini Dr Chua berkata demikian ekoran banyak aduan daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana IKS mengenai validasi pengesan DNA yang baru dilaksanakan untuk mengesan pencemaran komponen khinzir dan anjing Seorang pengilang bebola ikan dari Johor Baru yang hanya mahu dikenali sebagai Ang berkata pegawai-pegawai Jakim telah mengambil sampel dari kilangnya Januari lalu dan telah membatalkan sijil halalnya dua bukan kemudian disebabkan kesan pencemaran khinzir “Apabila meminta mereka menunjukkan laporan mereka tidak sanggup Tidak ada salinan yang diberikan Mereka meminta saya merayu untuk sijil yang baru ” kata Ang Bagaimanapun ramai usahawan tidak berpuas hati kerana permohonan untuk mendapatkan sijil halal memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan dan keadaan itu “menjejaskan perniagaan ” “Apabila syarikat-syarikat ini ditolak mereka memerlukan enam bulan untuk memohon semula untuk mendapatkan sijil halal Sesetengah daripada mereka mengambil masa sehingga satu tahun Ini adalah tidak adil “Jakim perlu mendidik dan membimbing syarikat-syarikat ini bukan menyusahkan mereka “kata Dr Chua lagi Wakil Persatuan SMI Malaysia berkata mesin DNA yang baru ini sangat sensitif dan mudah tercemar Mereka menggesa agar prosedur ujian semasa dikaji semula “Ini mungkin kes pencemaran balas Selain itu apabila pengesanan diambil Jakim tidak seharusnya menggantung sijil kami selama enam bulan tetapi membiarkan syarikat melaksanakan audit yang menyeluruh ” kata seorang wakil “Jakim harus membenarkan lebih ruang untuk berdialog kami perlu tahu mengapa produk-produk kami telah ditolak “ katanya Dr Chua juga berkata ketelusan tidak wujud dalam tindakan Jakim “Mereka akan kata anda habis dalam kes-kes macam ini Tiada audit kedua Kajian di makmal bebas juga tidak diterima “Di Malaysia semua pengilang mengimport bahan-bahan dari negara-negara lain Bahan-bahan yang diimport ini disahkan halal di negara-negara import tetapi Jakim kata ia ini tidak halal ” katanya “Apa sumber standard yang Jakim berdasarkan Adakah ia diterima di peringkat antarabangsa ” soal Dr Chua “Jakim telah bersikap keterlaluan dalam mengendalikan isu sijil halal Saya akan membangkitkan isu ini dalam jawatankuasa ekonomi negara ” kata Dr Chua lagi.

sumber : www.themalaysianinsider.com

No comments: