KUALA LUMPUR: Syarikat QBB (Pte) Ltd masih menunggu  Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kimia Malaysia memberikannya salinan  sijil rekod keputusan analisis Jabatan Kimia Malaysia bagi  membolehkannya mengenal pasti ‘benda asing’ yang didakwa terdapat dalam  produk minyak sapi keluarannya.
     Dengan adanya rekod itu, syarikat berkenaan boleh menggunakan khidmat  pakar susu bebas untuk membantu Jabatan Kimia Malaysia mengenal pasti  bahan itu bagi menghindar kekeliruan pengguna Islam.
“Kami masih  menunggu maklum balas Jakim (mengenai perkara ini),” kata Pengarahnya,  Lim Peck Bin, dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau  juga menafikan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 2  September lalu bahawa Jakim menarik balik sijil halal produk minyak  sapinya kerana mengandungi elemen meragukan.
Lim memberitahu  Jakim tidak dapat mengenal pasti bahan yang ditermakan sebagai ‘benda  asing’ dan tidak pernah membuat kenyataan bahan itu tidak boleh dimakan  orang Islam. — Bernama
 
No comments:
Post a Comment