Wednesday 31 October 2007

LOGO HALAL MALAYSIA



Pada 15 Januari, 2004 logo halal Malaysia telah didaftarkan certification mark di bawah Akta Cap Dagangan 1976. JAKIM telah diberi hak milik logo halal Malaysia dan sijil halal JAKIM kini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang direka oleh SIRIM. Dari segi perundangan dan prosedur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut meminda peruntukan di bawah Akta Perihal Dagangan 1975 bagi mengelakkan penyalahgunaan perkataan halal oleh pengeluar produk-produk dan pengusaha premis.JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri juga telah menyeragamkan logo, prosedur, persijilan, borang permohonan, caj persijilan dan melanjutkan tempoh sah sijil halal JAKIM Jabatan Agama Islam negeri dari setahun ke dua tahun.


Bagi memantapkan lagi program pembangunan industri halal negara, Malaysia turut bekerjasama dengan negara ASEAN lain dalam meningkatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap logo dan produk halal Malaysia. Antara inisiatif diadakan termasuk penubuhan kumpulan kerja mengenai makanan halal yang mana Malaysia berperanan sebagai urus setia. Antara projek-projek yang akan dilaksanakan untuk oleh kumpulan kerja ini ialah mewujudkan sistem akreditasi bagai pengeluar-pengeluar makanan halal Asian, pendaftaran senarai pengawet halal, pembangunan sumber manusia dan pertukaran maklumat.


Kerajaan ingin menjadikan standard halal Malaysia untuk persijilan halal sebagai tanda aras untuk mewujudkan satu standard global. Penekanan kepada pembangunan hub halal terkanun dalam Pelan Induk Perindustrian II dan Dasar Pertanian Negara. Pelan Induk Persendirian III yang sedang disediakan akan terus memberi penekanan terhadap sektor ini.

2 comments:

Syaliza Abdul Rahman said...

mcm senang je nak ciplak. ada ke yg betul2 check bahan2 dalam pemakanan kita?

Luke said...

Harap logo halal antarabangsa juga boleh digunapakai, kalau produk luar tidak diterima dari segi ekonomi negara luar juga berhak menghalang pruduk kita.