Wednesday 5 February 2014

KELDAI HALAL



Kenyataan Media

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
berkenaan ISU KELDAI HALAL DI HARIAN METRO BERTARIKH 27/12/2013
_________________

1. JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) merupakan pihak berkuasa berwibawa yang melakukan pensijilan halal di Malaysia. Pemeriksaan/pengauditan yang dilakukan oleh JAKIM atau JAIN adalah mengikut SOP dan standard yang telah ditetapkan.

2. Merujuk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan Malaysia Standard, setiap syarikat di bawah kategori Multinasional wajib mempunyai Halal Komiti di mana keanggotan komiti tersebut hendaklah terdiri daripada eksekutif Halal dan pihak pengurusan syarikat.

3. Setiap Eksekutif halal adalah dilantik oleh pihak syarikat. Eksekutif mestilah seorang Muslim dan mempunyai kelayakan Diploma Pengajian Islam serta perlu mempunyai pengetahuan mengenai pensijilan halal di samping mengetahui status bahan ramuan yang digunakan.

4. Setiap bahan ramuan yang digunakan oleh pengilang hendaklah mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dan bahan-bahan tersebut perlu mempunyai sijil samada daripada JAKIM ataupun JAIN dan bagi bahan ramuan dari luar negara, sijil halal badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf hendaklah disertakan.

5. JAKIM/JAIN turut bertanggungjawab terhadap semua bahan mentah yang digunakan termasuklah bagi produk yang berisiko tinggi seperti bahan ramuan yang bersumberkan haiwan di mana bahan-bahan yang meragukan akan dihantar ke makmal bagi tujuan analisa.

6. Sehubungan dengan itu, setiap pemohon atau pemegang sijil halal hendaklah sentiasa mematuhi piawaian pensijilan Halal Malaysia seperti yang telah ditetapkan.

Sekian, Terima Kasih

27 Disember 2013