Friday, 11 December 2009

Proses Penyembelihan Halal

Penyembelihan haiwan hendaklah dilakukan dengan mengambilkira kebajikan haiwan berdasarkan hukum Syarak.Syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi :

a) Penyembelihan hendaklah dilakukan hanya oleh seorang Islam yang waras, baligh dan mengamalkan ajaran Islam, mempunyai pemahaman dan pengetahuan mengenai peraturan dan syarat asas berkaitan penyembelihan haiwan dalam Islam



b) Penyembelih hendaklah mempunyai penyembelihan halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bertauliah.

Wednesday, 4 November 2009

Premis Makan Diserbu Guna Logo Halal Tanpa Pengesahan Jakim

Berikutan aduan awam berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM bersama dengan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya telah menjalankan serbuan ke atas beberapa premis makanan.


Premis perniagaan yang menggunakan logo halal tanpa pengesahan JAKIM. Premis yang terlibat ialah Island Red Phoenix Sdn. Bhd, Four Happy Seasons Restaurant Sdn. Bhd di Wangsa Maju dan Rest Twenty Three di Kajang.


Operasi ini diketuai oleh Ust. Mohd Amri Abdullah yang telah dijalankan pada 21/10/2009 bermula jam 11.30 am dan berakhir pada jam 5.15 pm. Menerusi operasi ini juga, pihak JAKIM dan KPDNKK telah mendapati bahawa terdapat premis makanan yang menggantung ayat-ayat suci

Monday, 2 November 2009

Gelatin kapsul ubat 30 peratus tidak halal

GEORGETOWN: Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir. Dekan Pusat Pengajian berkenaan, Profesor Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman, berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lalu itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

Thursday, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kullu Aam Wa Antum Bil Khair Salam Aidulfitri kepada semua muslimin dan muslimat!maaf zahir batin Jangan lupa bayar zakat!

Thursday, 6 August 2009

Seminar Fenomena najis mughallazah

Seminar bertajuk 'Fenomena najis mughallazah dalam dunia kontemporari' itu dianjurkan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selangor dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Islam SIRIM (PERKIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tuesday, 28 July 2009

Special Announcement & World's First Halal Directory Widget

The GHSC and Business Technology Team has successfully implemented the World's First Halal Directory Widget. With this widget, our valued customers will be able to find certified Halal products and services directly from their web portals or blogs which use our widget code. Widget is a safe and a standard feature created for bloggers and webmasters. It is often used as a promotion and marketing on-line tool. You can view the widget at our Corporate Site www.hdcglobal.com Kindly extend this special feature to your business partners and any of your friendly bloggers and webmasters worldwide.

Saturday, 11 July 2009

Pensijilan Halal : Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang

a)17 April 2008 : Pensijilan Diserahkan Kedapa HDC b)08 Julai 2009 : Pensijilan Kembali kepada JAKIM

Thursday, 9 July 2009

Pensijilan halal dikembalikan kepada Jakim 2009

Terkini : Pensijilan Halal telah kembali kepada JAKIM!

Thursday, 18 June 2009

Gigitan Cinta Remaja

Zaman sekarang, ramai lelaki dan perempuan bujang kelihatan bangga mempamerkan gigitan cinta, lovebite di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu. Mungkin lovebite dianggap lambang kasih sejati di kalangan pasangan bercinta. Gadis Melayu ini saya anggarkan berusia dalam lingkungan 17 tahun. Gambarnya saya rakamkan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kesan seperti lovebite jelas kelihatan di lehernya. Bagaimanapun, saya bukan pakar. Jika telahan saya salah, barangkali dia digigit nyamuk malam sebelumnya. Atau mungkin lensa kamera saya kotor ... DiCopy dari Blog Mazidul akmal

Thursday, 11 June 2009

MENINGITIS JAB FOR PILGRIMS

Vaccine with lard allowed in Islam, says medical group KUALA LUMPUR - The administration of an anti-meningitis vaccine containing lard is allowed in Islam, according to the Malaysian Islamic Medicine Association. Association president Musa Mohomad Nordin was quoted as saying by Berita Minggu that this was because the vaccine had undergone a transformation process that altered its form and contents from pigs. Advertisement According to the Malay Sunday newspaper, world-renowned religious leaders reached an understanding at the 8th Islamic Medicine-Fiqh seminar held in Kuwait in 1995 that vaccines containing lard were permissible. Dr Musa said some vaccines for meningitis such as ACYW 135 contained lard but pilgrims performing the yearly Haj needed the vaccine, adding that the move to allow the use of such vaccine had benefited many. Under the logic of the transformation process, he explained, products such as gelatin extracted and processed from bones, skin and tendon of animals prohibited by Islam, would become usable by Muslims. He added that even soap containing lard come under the 'transformed' category and was considered safe for consumption. His remarks followed a controversy over the use of vaccines containing lard by Malaysian pilgrims recently after local clinics ran out of supply of vaccines which did not contain the prohibitive ingredient. Muslims performing the main pilgrimage, the Haj, and the lesser pilgrimage, the Umrah, are required to be inoculated against meningitis, a potentially-fatal disease that causes inflammation of the brain. The Saudi authorities imposed this requirement following an outbreak of the disease among pilgrims in 1987 which claimed many lives, including that of several Malaysians. But recently, because of an outbreak of a new strain of meningitis, the Saudi government instructed that all pilgrims be inoculated with the Quadrivalent Meningococcal ACYW-135 vaccine for the Haj season with effect from this year.

Thursday, 28 May 2009

50 ribu sijil halal palsu??

KUALA LUMPUR: Berhati-hati apabila menjamu selera di restoran milik pengusaha bukan Islam berikutan siasatan pihak berkuasa mendapati ada antara sijil halal yang tertera pada premis perniagaan berkenaan palsu dan dibeli daripada pihak tertentu pada harga mencecah RM5,000 sekeping semata-mata untuk menarik kedatangan orang Islam menjamu selera di premis mereka. Difahamkan, penyebaran sijil akuan halal itu mendapat permintaan tinggi di kalangan pengusaha restoran milik bukan Islam bermasalah berikutan pemilik tidak perlu mematuhi syarat dan prosedur pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini. Berdasarkan siasatan, sijil akuan halal yang tidak diiktiraf Jakim itu kini dimiliki hampir 50,000 premis makanan terutama pengusaha restoran bukan Islam di seluruh negara. Jurucakap Halal Industry Development Corporation (HDC) berkata, pemantauan dan siasatan dilakukan di beberapa premis makanan mendapati sijil halal tidak sah berkenaan diedarkan individu tertentu yang menjualnya untuk mendapatkan keuntungan lumayan. Menurutnya, sijil halal tidak sah laku itu jauh berbeza dengan sijil halal Jakim yang kini dikeluarkan HDC berikutan ia tidak dipantau atau dikawal selia mengikut garis panduan sepatutnya. “Pihak yang mengedarkan sijil berkenaan hanya memikirkan keuntungan apabila menjual sijil halal itu tanpa memikirkan sama ada pemilik restoran mematuhi syarat piawaian pensijilan yang harus dipatuhi. “Sebagai contoh, premis makanan yang memiliki sijil halal seharusnya mendapatkan bekalan bahan mentah seperti ayam dan daging daripada syarikat pembekal yang turut memperoleh sijil halal sah dari rumah sembelihan diiktiraf Jakim atau HDC. Selain itu, pihak premis makanan perlu memastikan tiada bahan masakan yang diragui digunakan selain memastikan aspek kebersihan dijaga,” katanya. Malangnya, pihak yang mengeluarkan sijil halal sama seperti sijil Jakim atau HDC ini lepas tangan dan tidak pernah melakukan pemantauan berkala. “Akibatnya ada restoran atau premis makanan ini yang memiliki sijil halal palsu menggunakan bahan masakan diragui halal serta pekerja bukan Islam untuk melakukan tugas memasak selain mengabaikan aspek kebersihan,” katanya. Jurucakap itu berkata, kelulusan memperoleh sijil halal HDC proses penuh teliti berikutan pemeriksaan mengikut prosedur akan dilakukan auditor syariah dan auditor teknikal (teknologi makanan) bagi memastikan premis terbabit benar-benar layak memiliki sijil halal berkenaan.

HDC gempur Kopitiam

SHAH ALAM: Menyedari kemunculan pelbagai sijil halal aneh dan tiruan, sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Halal Industry Development Corporation (HDC) bertindak menggempur beberapa premis termasuk restoran kopitiam milik pengusaha bukan Islam yang disyaki menggunakan sijil halal meragukan. Dalam operasi bermula jam 11 pagi semalam, sepasukan lima penguat kuasa HDC dibantu tujuh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertindak menjalankan pemeriksaan di beberapa kopitiam di Cyberjaya yang dikesan mendapatkan sijil halal daripada individu tidak dikenali. Sumber KPDNHEP berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui sijil halal didakwa dibeli pengusaha restoran berkenaan pada harga RM60,000 daripada pihak tertentu. Menurutnya, sijil akuan halal berkenaan yang menyerupai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) didakwa digunakan pengusaha restoran terbabit di beberapa cawangan restoran miliknya di Lembah Klang sebagai modal untuk meyakinkan pengguna Islam mengunjungi restorannya walaupun menyedari ia milik bukan Islam. “Apa yang jelas, pemilik restoran berkenaan seolah-olah terdesak untuk mendapatkan sijil halal hingga sanggup membayar wang sebanyak itu. Mereka mungkin menyedari kesukaran untuk mematuhi syarat pensijilan halal Jakim yang dikeluarkan pihak HDC menyebabkan mereka mencari alternatif lain. “Pegawai HDC dan KPDNHEP yang menjalankan siasatan susulan turut ragu terhadap makanan disajikan berikutan pemilik gagal menunjukkan sijil halal Jakim milik syarikat yang membekalkan bahan mentah ayam dan daging,” katanya. Menurutnya, pegawai HDC yang melakukan pemeriksaan di bahagian dapur penyediaan turut menemui bahan untuk membuat air minuman yang diimport dari luar negara. “Cecair pekat itu yang tidak mempunyai perakuan halal dari negara pengeluar kemudian diambil pegawai HDC untuk diuji sama ada ia mengandungi alkohol atau bahan tidak halal,” katanya. Menurutnya, tindakan pemeriksaan sama turut dilakukan di sebuah premis makanan di Shah Alam, kira-kira jam 2 petang semalam, selepas pihak HDC mendapat maklumat premis terbabit turut tidak memiliki sijil halal Jakim. “Hasil pemeriksaan mendapati, premis berkenaan turut tidak pernah memohon sijil halal dari Jakim atau HDC sebelum ini walaupun ramai pengunjungnya adalah pengguna Islam,” katanya. Difahamkan, operasi pegawai penguat kuasa HDC itu adalah sebahagian daripada operasi dan pemeriksaan di seluruh negara bagi mengesan penyalahgunaan atau pemalsuan sijil halal Jakim. “Pemeriksaan itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik premis restoran dan syarikat pengilang makanan supaya mendapatkan sijil halal sah dari Jakim dan pihak HDC sahaja yang diiktiraf. “Sijil akuan halal selain Jakim adalah diragui berikutan diberi secara bebas kepada peniaga tanpa kawalan selain tidak mematuhi syarat prosedur halal ditetapkan,” katanya. Menurutnya, dalam operasi sama semalam, pegawai HDC turut menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah syarikat di Shah Alam didapati menggunakan sijil halal palsu bagi produk makanan keluarannya. “Hasil pemeriksaan dilakukan, pegawai HDC mendapati, sijil halal Jakim dimiliki syarikat lelaki Timur Tengah itu dipalsukan pihak tertentu sejak sekian lama,” katanya.

Thursday, 30 April 2009

World Halal Research 09

WHO SHOULD ATTEND Scientists, Researchers, Academicians / Students CEOs / Directors / Managers Policy Makers / Ambassadors Islamic Scholars From; Universities / Research Institutes Companies (MNCs / SMEs) Government Departments / Agencies Embassies / Trade Associations Islamic Associations / Bodies Online registration is also available at http://whr.hdcglobal.com.

Wednesday, 29 April 2009

Thursday, 23 April 2009

Uri / Plasenta

Plasenta (uri) adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan.Bagi manusia ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm.Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Mengikut keputusan fatwa Negeri Pulau Pinang , Uri bayi adalah suci dan tidak boleh dibakar. adalah dinasihatkan supaya pihak berkuasa hospital berusaha menanam uri orang-orang islam, dan mana-mana orang islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri untuk ditanam. uri orang islam tidak boleh dijual, hukumnya haram. Pada masa sekarang,banyak produk kosmetik di negara kita yang menggunakan uri haiwan sebagai bahan ramuan.Penggunaan uri haiwan/manusia dalam kosmetik adalah HARAM .Walaupun haiwan tersebut adalah halal dimakan. Plasenta yang digunakan didalam kosmetik atau perubatan kebiasaanya dari lembu atau biri-biri.Plasenta akan dicuci mengikut spec yang ditetapkan kemudian akan campur dengan krim,masker atau pun suntikan.Kadang-kadang terdapat juga vitamin-vitamin yang ditambah dengan plasenta. Kadang-kadang pengguna sanggup menelan atau menyuntik yang haram kerana ingin muka yang cantik!!Adalah hak anda untuk mengetahui kandungan ramuan sesuatu produk.Jangan main tibai jerrrrr... Kalau di negara omputih, plasenta ni dia orang buat menu makan petang jer.Kalau dia orang boring makan menu Plasenta dengan keju,dia orang masak plak plasenta dengan brocoli!

Friday, 17 April 2009

Waspada serunding babi di pasaran

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia. Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama. Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama. "Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata. Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah: 1. Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram 2. Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu) 3. Abon/dendeng sapi asli cap ACC 4. Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya) 5. Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang). Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar atau tidak tercatat pengeluarnya. Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta. MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Monday, 6 April 2009

Makan Ayam Bangkai

Terima Kasih Tv3 kerana menyiarkan tentang kes ayam yang tidak sempurna cara sembelihannya di Kayu Ara, Damansara tempoh hari.1000kg lebih ayam yang tidak sempurna cara sembelihanya dijumpai. Isunya sekarang, ayam / bangkai dari pusat penyembelihan tersebut dipasarkan dimana??adakah di jual di Pasar Borong Selayang?Chow kit??Restoren-restoren sekitar Lembah Klang?? Kebiasaanya ayam yang tidak sempurna cara sembelihan akan dijual lebih murah berbanding dengan yang ada pengesahan halal / sempurna cara sembelihannya. Mengikut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia,Pihak pengurusan hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang penyelia Muslim yang bertanggungjawab memastikan pematuhan syarat sah sembelihan seperti berikut : a)Memastikan pemeriksa halal ( Checker ) sentiasa berada ditempatnya ketika proses penyembelihan dilakukan; b)Pemeriksa halal hendaklah membuat penelitian terhadap haiwan yang disembelih; 1-Putus Halkum 2-Putus Urat Mari' 3-Sempurna mati sebelum aktiviti pemprosesan selanjutnya. c)Penyelia hendaklah bertanggungjawab menentukan peranan pemeriksa halal tidak diabaikan dan tugas tersebut tidak dibiarkan tanpa pengganti; d)Haiwan yang tidak sempurna sembelihan hendaklah diasingkan dan dilabelkan sebagai tidak halal. Sebagai pembeli / pengguna kita hendaklah berhati-hati dan pilih ayam yang betul-betul halal!

Tuesday, 24 March 2009

Friday, 27 February 2009

Kembalikan Kuasa Keluar Sijil Halal Kepada Jakim

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Seorang Anggota Parlimen meminta kerajaan mengembalikan semula kuasa sepenuhnya untuk mengeluarkan sijil halal kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang kini diberi kepada sebuah syarikat swasta, Halal Development Corporation (HDC). Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) berkata sijil halal yang dipamerkan di beberapa premis perniagaan di medan selera, kopitiam dan restoran pada masa ini boleh diragui kerana ia dikeluarkan oleh pihak swasta yang didakwanya berorientasikan perniagaan semata-mata. "Saya mendesak kerajaan pulangkan balik kuasa halal haram ini sepenuhnya kepada Jakim. Jakim yang berautoriti supaya tidak ada syarikat yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini. Katanya, logo halal pada masa kini mudah didapati dengan hanya membuat pembayaran sebanyak RM2,000 hingga RM3,000. Taib Azamudden berkata ketiadaan Akta Halal turut menyukarkan pengguna Islam membuat pengaduan. Beliau turut membangkitkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran secara berleluasa di restoran-restoran milik bukan Islam yang digunakan semata-mata untuk menarik pelanggan beragama Islam. "Umat Islam melihat keadaan ini dengan cukup sensitif. Apa yang saya faham tidak ada Akta yang melindungi kesucian ayat-ayat ini. Ayat-ayat Al-Quran juga bebas dicetak oleh orang lain yang tidak tahu bagaimana untuk memelihara kesucian ayat-ayat itu," katanya.

Monday, 19 January 2009

Kelapa Bakar

Lama dah tidak ngomel-ngomel dalam ini,bz skit awal tahun ni..dapat jadual audit pun merata-rata tempat.Saje je nak kongsi Kelapa Bakar yang saya minum kat tepi jalan di Kampung Melayu Subang dekat U5 sebelah kedai used car. Rupa-rupanya sedap jugak air kelapa bakar.Bukan nye penjual nama Bakar tetapi kelapa tu memang dibakar.Buah kelapa muda di letak kan atas 'drum' kat bawah ada bara api. Walaupun kebersihan sekeliling failed,tapi dah gian sangat nak cuba terpaksa singgah sekejap.Air nya tidak lagi putih!Bila minum rasa mcm asap api kot, macam mana ye nak explain..tp kesimpulannya sedap laaa..harga pun murah berbanding Capocino Starbuck.Cuma Rm2.50 Sahaja! Air kelapa ni bagus untuk kesihatan..dapat buang Toksid-toksid dalam badan... Khalasssss...

Tuesday, 6 January 2009