Lama dah tidak ngomel-ngomel dalam ini,bz skit awal tahun ni..dapat jadual audit pun merata-rata tempat.Saje je nak kongsi Kelapa Bakar yang saya minum kat tepi jalan di Kampung Melayu Subang dekat U5 sebelah kedai used car.
Rupa-rupanya sedap jugak air kelapa bakar.Bukan nye penjual nama Bakar tetapi kelapa tu memang dibakar.Buah kelapa muda di letak kan atas 'drum' kat bawah ada bara api.
Walaupun kebersihan sekeliling failed,tapi dah gian sangat nak cuba terpaksa singgah sekejap.Air nya tidak lagi putih!Bila minum rasa mcm asap api kot, macam mana ye nak explain..tp kesimpulannya sedap laaa..harga pun murah berbanding Capocino Starbuck.Cuma Rm2.50 Sahaja!
Air kelapa ni bagus untuk kesihatan..dapat buang Toksid-toksid dalam badan...
Khalasssss...
No comments:
Post a Comment
sila komen secara berhemah