Thursday, 23 April 2009

Uri / Plasenta

Plasenta (uri) adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan.Bagi manusia ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm.Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Mengikut keputusan fatwa Negeri Pulau Pinang , Uri bayi adalah suci dan tidak boleh dibakar. adalah dinasihatkan supaya pihak berkuasa hospital berusaha menanam uri orang-orang islam, dan mana-mana orang islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri untuk ditanam. uri orang islam tidak boleh dijual, hukumnya haram. Pada masa sekarang,banyak produk kosmetik di negara kita yang menggunakan uri haiwan sebagai bahan ramuan.Penggunaan uri haiwan/manusia dalam kosmetik adalah HARAM .Walaupun haiwan tersebut adalah halal dimakan. Plasenta yang digunakan didalam kosmetik atau perubatan kebiasaanya dari lembu atau biri-biri.Plasenta akan dicuci mengikut spec yang ditetapkan kemudian akan campur dengan krim,masker atau pun suntikan.Kadang-kadang terdapat juga vitamin-vitamin yang ditambah dengan plasenta. Kadang-kadang pengguna sanggup menelan atau menyuntik yang haram kerana ingin muka yang cantik!!Adalah hak anda untuk mengetahui kandungan ramuan sesuatu produk.Jangan main tibai jerrrrr... Kalau di negara omputih, plasenta ni dia orang buat menu makan petang jer.Kalau dia orang boring makan menu Plasenta dengan keju,dia orang masak plak plasenta dengan brocoli!

2 comments:

  1. salam, ada tak link yg boleh menyokong yr statement hukum placenta haiwan HARAM walaupun haiwan itu halal dimakan

    ReplyDelete
  2. cuba tengok iklan produk Zell-V yg Rosyam Nor jadi spokeperson tu.he said it contains plasenta biri-biri.

    ReplyDelete

sila komen secara berhemah