Monday, 6 April 2009
Makan Ayam Bangkai
Terima Kasih Tv3 kerana menyiarkan tentang kes ayam yang tidak sempurna cara sembelihannya di Kayu Ara, Damansara tempoh hari.1000kg lebih ayam yang tidak sempurna cara sembelihanya dijumpai. Isunya sekarang, ayam / bangkai dari pusat penyembelihan tersebut dipasarkan dimana??adakah di jual di Pasar Borong Selayang?Chow kit??Restoren-restoren sekitar Lembah Klang??
Kebiasaanya ayam yang tidak sempurna cara sembelihan akan dijual lebih murah berbanding dengan yang ada pengesahan halal / sempurna cara sembelihannya.
Mengikut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia,Pihak pengurusan hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang penyelia Muslim yang bertanggungjawab memastikan pematuhan syarat sah sembelihan seperti berikut :
a)Memastikan pemeriksa halal ( Checker ) sentiasa berada ditempatnya ketika proses penyembelihan dilakukan;
b)Pemeriksa halal hendaklah membuat penelitian terhadap haiwan yang disembelih;
1-Putus Halkum
2-Putus Urat Mari'
3-Sempurna mati sebelum aktiviti pemprosesan selanjutnya.
c)Penyelia hendaklah bertanggungjawab menentukan peranan pemeriksa halal tidak diabaikan dan tugas tersebut tidak dibiarkan tanpa pengganti;
d)Haiwan yang tidak sempurna sembelihan hendaklah diasingkan dan dilabelkan sebagai tidak halal.
Sebagai pembeli / pengguna kita hendaklah berhati-hati dan pilih ayam yang betul-betul halal!
No comments:
Post a Comment
sila komen secara berhemah