Thursday, 6 August 2009

Seminar Fenomena najis mughallazah

Seminar bertajuk 'Fenomena najis mughallazah dalam dunia kontemporari' itu dianjurkan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selangor dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Islam SIRIM (PERKIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM).



Seminar akan diadakan mulai 8 pagi hingga 5 petang, bertempat di Dewan Auditorium SIRIM Berhad, di Shah Alam. Untuk mencari penyelesaian bersepadu bagi mencadangkan bagaimana menangani permasalahan yang timbul berkaitan dengan babi di Malaysia, terutama yang menyentuh perihal halal, kesihatan dan sensitivi masyarakat. Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah "Standard Halal MS1500:2004- Pengenalan" oleh Mohd Yusof Arbain dari SIRIM Berhad, "Babi Menurut Perspektif Aqidah Islam Dan Agama-Agama Lain" oleh Rumaizi Ahmad (PUM Selangor) dan "Penggunaan Babi Dalam Sains dan Teknologi" oleh Prof Datuk Dr Sheikh Omar Abdul Rahman (UPM). Beliau berkata seminar itu terbuka kepada semua dan hanya dihadkan kepada 500 peserta dengan bayaran yang dikenakan bagi pertubuhan atau agensi jabatan sebanyak RM150, individu RM50 seorang, manakala pelajar atau mahasiswa dikenakan bayaran hanya RM10. Peserta yang berminat menyertai seminar itu boleh menghubungi PUM di talian 03-79554300.

1 comment:

sila komen secara berhemah