Friday, 8 July 2011

Golden Churn butter is halal, confirms Jakim







The Golden Churn Pure Creamery Butter product has been declared halal after a contamination was found to have been limited to samples taken from a batch in Johor.

The Islamic Development Department (Jakim) has written a letter — dated June 30 — to the manufacturer Ballantyne Foods South Melbourne regional manager Hemmat S Nasrallah confirming that the product is halal.
The letter said based on laboratory results of a second batch of samples taken on May 5 that there was no porcine DNA detected.
“Therefore we conclude that the former result of the (earlier) sample which was taken at Kluang Rail Coffee, Johor was limited to the sample and the batch only and not for other chain of Golden Churn,” it said.
The letter was also copied to the state government of Victoria Australia S.E Asia Business Office representative Tim Dillion who is based in Kuala Lumpur.
The Star had contacted Jakim’s office in Kuala Lumpur to reconfirm the product’s status and a spokesman affirmed that the product is halal.
The alleged contamination with porcine DNA was discovered by the Johor Religious Department in April.

Friday, 1 July 2011

Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid







Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.
     

Thursday, 30 June 2011

Hukum Pemerdagangan Manusia







Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Pemerdagangan Manusia. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa manusia merupakan makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah s.w.t dan tidak diciptakan untuk menjadi hamba kepada manusia yang lain.
 
ii. Oleh yang demikian, pemerdagangan manusia yang melibatkan berbagai eksploitasi seperti pelacuran, perhambaan dan sebagainya adalah bercanggah dengan kemuliaan dan konsep khalifah yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.
 
iii. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memperdagang dan mengeksploitasikan manusia dalam pelbagai bentuk yang menyalahi hukum syarak adalah diharamkan oleh Islam.
 

Wednesday, 29 June 2011

Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food)





Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.
     
  2. Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.
     
  3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GM Food), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak.
     

Tuesday, 28 June 2011

Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

Friday, 3 June 2011

Karnival Halal Kelantan Berjaya

KOTA BHARU 30 Mei - Karnival Halal Kelantan 2011 yang berakhir hari ini, berjaya mencapai sasaran apabila menarik kedatangan lebih 50,000 pengunjung.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh berkata, dengan kejayaan itu pihaknya bercadang menganjurkan karnival lebih besar pada tahun hadapan dengan melibatkan peserta dari negara ASEAN, sekiranya mempunyai dana dan penaja mencukupi.
Beliau berkata, pelbagai program menarik telah diadakan sepanjang karnival tiga hari itu dan mendapat sambutan luar jangkaan daripada pengunjung.
Antara program yang mendapat sambutan ramai ialah uji bakat program Adik-Adikku Musim Ketiga, rakaman Forum Perdana Ehwal Islam dan persembahan dikir barat.
Katanya, sebanyak 80 gerai pameran dan jualan produk serta perkhidmatan telah diadakan sepanjang karnival berkenaan yang perasmiannya telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

"Rata-rata pengunjung yang ditemui menyatakan bahawa program ini amat berfaedah, berinformasi dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, terutama bagi mengisi masa lapang cuti sekolah.
"Selain itu, para usahawan juga sangat berpuas hati dengan hasil jualan mereka dan merasakan pelaburan menyewa gerai tidak sia-sia," katanya di sini, hari ini.
Karnival halal itu anjuran bersama JHEAIK dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Che Mohd. Rahim seterusnya mengucapkan penghargaan kepada penganjur dan media, terutama akhbar Kosmo! yang telah banyak membantu mempromosikan karnival tersebut sejak sebulan lalu.

STATUS SIJIL HALAL RANGKAIAN CAFE SECRET RECIPE


ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA RANGKAIAN CAFE SECRET RECIPE MERUPAKAN PEMEGANG SIJIL HALAL MALAYSIA YANG SAH IAITU BERMULA 1 MEI 2009.
 
sumber: www.halal.gov.my

Tuesday, 31 May 2011

Muslims in Malaysia advised against drinking halal beer

Muslims in Malaysia have been advised against drinking a type of beer claimed to be halal (permissible) by the distributor because the beverage contained alcohol content higher than permitted under Islamic law, a media report said today. 

Jamil Khir Baharom, Minister in the Prime Minister's Department, said the company's claim that the beer contained only 0.01 per cent of alcohol was not true as a laboratory test showed up to 0.5 per cent of alcohol.
He said the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) and the state Islamic affairs councils would prohibit the sale of the beverage to Muslims. "We will consult the Customs Department to seek more information on the matter," national news agency Bernama quoted Jamil as saying.
Malays, who are all Muslims, form 60 per cent of Malaysia's population of 28 million people. The other races are 25 per cent ethnic Chinese who are mostly Buddhists or Christians and eight per cent ethnic Indians who are mostly Hindus.

A pint cannot be halal

KUALA LUMPUR: There is no such thing as "halal" beer.
Beer is beer, it contains alcohol, and, therefore, it is not halal, Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria said.
Commenting on the subject, which was being hotly debated on social networking site Facebook, he said beer had never been halal because the alcoholic content was above 0.01 per cent.

Saturday, 28 May 2011

Minuman Arab mengandungi kandungan alkohol

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman dari negara ARAB yang popular di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.


(Terdapat beberapa jenis minuman ini dan gambar adalah antara jenis minuman berkenaan)
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri jenis minuman  itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati minuman diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu (gambar) menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.


Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ada BABI


Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjayaberikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang ataupemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

  1. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

  1. melakukan proses samak; dan

      4.    mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Monday, 9 May 2011

Babi dalam daging lembu

PENGGUNA
KL 9 Mei 11: Bahagian agama dan pihak berwajib di negara ini, sila beri perhatian segera mengenai daging babi yang terdapat dalam daging lembu. Difahamkan, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi. Tidak mustahil ianya akan masuk ke pasaran Malaysia.
Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.
Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90minit:
2 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?
1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.
3 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?
2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.
4 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?
3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu

Saturday, 7 May 2011

Awas! Produk Lucky Food Ada DNA Babi


Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:

1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

2) mengemukakan resit pembelian produk baru;

3) melakukan proses samak; dan

4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Sunday, 1 May 2011

Cara buat duit Churpchurp

Hari yang terbaik untuk cashout adalah pada hujung bulan. Kerana jika anda cashout pada 16 April 2011 contohnya, wang itu akan mula diproses pada 30 April 2011. Jadi cek akan diterima pada 31 Mei 2011, lebih kurang macam tu lah.

Cara terbaik untuk cepat dapat earning yang banyak ialah dengan menyebarkan iklan ChurpChurp di facebook. Seperti yang kita tahu facebook merupakan laman sosial yang paling popular masa kini, maka jika anda melakukannya di Facebook dengan cara yang betul (tidak melanggar syarat), duit yang terkumpul akan lebih cepat.


ChurpChurp adalah cara buat duit paling mudah dan percuma di internet. Setiap klik iklan anda akan dibayar sebanyak RM0.20 hingga RM0.40. Kalau anda rasa nak suruh orang klik iklan anda dah rasa susah, janganlah fikir nak buat duit cara yang lebih susah dari itu. Kerana buat duit cara lain di internet jauh lebih susah. Bagi yang mula nak berjinak-jinak dengan bisnes internet, disarankan bermula dengan ChurpChurp dulu sebelum yang lain-lain.

Bagi yang belum mendaftar, dan berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui ChurpChurp, bolehlah daftar sekarang, tak perlu bayar sesen pun. Hanya masukkan nama penuh, alamat, dan email serta butir-butir yang diminta, klik sini [ChurpChurp]. Anda boleh baca sendiri semua maklumat di website ChurpChurp.


CiLiK "Selamat mencuba..."

Tuesday, 12 April 2011

Haram Jadah betul, aku rasa minah Indo

Haram Jadah Minah Indo ni jual Soya + air liur..pengotor!

Awas! Warga Bangi..

School caretaker left jobless and broke after spending £12,000 on visa for Malaysian transsexual wife who then left him


A transsexual walked out on her British husband two weeks after he helped her win the right to stay in this country.
Ian Young spent £12,000 fighting for a British visa for his Malaysian wife Fatine – who was born Mohammed Fazdil Min Bahari – after she claimed she would be jailed if she returned to her home country, where homosexuality is illegal.
He claims his love for the 38-year-old pre-operative transsexual even saw him being hounded out of caretaking jobs at three schools by angry parents.
Ian Young with Fatine: He says he tried to kill himself
Ian Young with Fatine: He says he tried to kill himself 

Monday, 11 April 2011

Telur Tiruan

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta pengguna yang terbeli telur dipercayai tiruan supaya membuat aduan segera supaya siasatan terperinci dan tindakan boleh dilakukan, kata timbalan menterinya Datuk Tan Lian Hoe.

gerakan ndc 101008 tan lian hoeKatanya pihaknya sukar mengenal pasti sama ada telur ayam yang berada dalam pasaran itu palsu atau tulen dan mustahil bagi pihaknya merampas semua bekalan telur.

Oleh itu, adalah penting bagi pengguna yang membeli telur yang disyaki tiruan supaya membuat laporan segera, katanya kepada pemberita selepas berdialog bersama anggota Persatuan Pekedai Barang-Barang Runcit negeri Perak di Ipoh hari ini.

Tan berkata berkata antara ciri-ciri telur tiruan ialah saiznya agak besar daripada telur tulen, kulitnya lebih cerah dan tidak licin.

Katanya pihak yang menjual telur tiruan itu boleh dikenakan tindakan mahkamah mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 di mana jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-dua sekali.

Katanya pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyiasat serta membendung kegiatan menjual barang makanan tiruan yang mungkin didalangi oleh sindiket tertentu atau diimport dari luar negara.

NONERabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.