Monday, 11 April 2011

Telur Tiruan

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta pengguna yang terbeli telur dipercayai tiruan supaya membuat aduan segera supaya siasatan terperinci dan tindakan boleh dilakukan, kata timbalan menterinya Datuk Tan Lian Hoe.

gerakan ndc 101008 tan lian hoeKatanya pihaknya sukar mengenal pasti sama ada telur ayam yang berada dalam pasaran itu palsu atau tulen dan mustahil bagi pihaknya merampas semua bekalan telur.

Oleh itu, adalah penting bagi pengguna yang membeli telur yang disyaki tiruan supaya membuat laporan segera, katanya kepada pemberita selepas berdialog bersama anggota Persatuan Pekedai Barang-Barang Runcit negeri Perak di Ipoh hari ini.

Tan berkata berkata antara ciri-ciri telur tiruan ialah saiznya agak besar daripada telur tulen, kulitnya lebih cerah dan tidak licin.

Katanya pihak yang menjual telur tiruan itu boleh dikenakan tindakan mahkamah mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 di mana jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-dua sekali.

Katanya pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyiasat serta membendung kegiatan menjual barang makanan tiruan yang mungkin didalangi oleh sindiket tertentu atau diimport dari luar negara.

NONERabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

No comments: