Thursday, 5 June 2008
Isu Penggunaan Asid Borik Dalam Mee Kuning
Mee ladna , mee hailam, mee tomyam , mee goreng , mee mamak dan bermacam-macam jenis mee yang menjadi menu utama rakyat Malaysia di restoren ala-Thai,Restoren Mamak 24 jam atau pun hidangan bersama keluarga di rumah setiap hujung minggu. Malangnya kita tidak pernah terfikir, macam mana cara membuat mee kuning tersebut?Sering kali kita mendengar mee kuning di campur dengan asid borik untuk memastikan mee kuning lambat rosak.
Asid borik tidak dibenarkan /diharamkan semasa membuat mee kuning kerana asid borik akan menyebabkan barah.Seperti yang dinasihatkan olehBahagian Kawalan Mutu Makanan , Kementerian Kesihatan Malaysia , cara untuk mengesan sama ada mee kuning yang berwarna keemasan,adalah dengan menyediakan secawan air serbuk kunyit dan rendamkan mee kuning kedalamnya.Sekiranya mee tersebut mempunyai asid borik, mee akan bertukar menjadi warna merah@mee darah.
Tetapi untuk menghukum mee kuning yang mengandungi asid borik dengan meremdam dengan air serbuk kunyit adalah kurang tepat dan tidak adil.Kadang-kadang mee kuning akan menjadi merah disebabkan kealkian pH 14 yang tinggi dan bukannya disebabkan oleh Asid borik.
Kealkalian mee yang tinggi adalah hasil penambahan air soda ( Natrium Bikarbonat ) semasa pemprosesan mee untuk mendapat tekstur yang diingini.Air soda dalam mee ini akan bertindak balas dengan kunyit/rempah (yang mengandungi kunyit ) yang ditambah semasa masakkan akan menyebabkan perubahan warna kepada mee iaitu dari warna kuning kepada warna merah.Jika bahan berasid seperti cuka ,sos tomato dan sebagainya ditambah semasa masakan , warna mee yang merah akan bertukar menjadi warna kuning.
Kesimpulannya mee tersebut selamat dimakan ,perubahan warna adalah disebabkan tindak balas hasil kandungan air soda dalam mee yang tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment