Tuesday, 15 July 2008
Wednesday, 2 July 2008
Babi Dalam Pelbagai Mazhab Fekah
Seperti yang diketahui oleh umat islam,daging babi haram di makan.Pengharamannya meliputi lemak,kulit,kuku,bulu dan seluruh juzuk badan yang berkait dengan haiwan itu ,sama ada yang mentah atau yang sudah masak,yang disembelih dengan cara syarie atau tidak disembelih,sama ada untk kegunaan makanan atau peralatan seperti penyapu,kasut, pakaian,tali pinggang,berus cat dan lain-lain.
Beberapa ayat dalam al-Quran menyatakan dengan jelas hukum itu.Antaranya firman Allah yang bermaksud : Diharamkan atas kamu bangkai,darah,daging babi
( al-Maidah:3 )
dan firmanNya lagi yang bermaksud : Katakanlah wahai Muhammad; Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepada-Ku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang memakannya,melainkan benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi,kerana sesungguhnya ia adalah kotor
( al-Anam:145 )
Ayat-ayat ini juga menyatakan babi sebagai najis yang bererti najis atau kotor.Justeru itu ulama dalam Mazhab Syafie sepakat berpendapat haram diguna pakai semua barangan yang diperbuat dari babi samaada bulunya,kulitnya atau juzuk-juzuknya,sama ada dalam bentuk barangan ,peralatan atau lain-lain termasuklah membuat ubat bagi segala macam penyakit.Pada masa sekarang banyak kapsul-kapsul ubat yang berasaskan dari gelatin haiwan sama ada dari babi atau lembu atau tumbuhan.Kerana menurut mereka tiada ubat pada benda-benda najis.Pendapat ini menjadi pegangang kebanyakan umat islam di Malaysia yang bermazhab Shafie.
Babi diharamkan Allah sejak lama dahulu,namun baru saja ilmu manusia mengetahui bahawa didalam daging babi ,darahnya,usus-ususnya terdapat sejenis cacing pita dan telur-telur yang keras.
Kini ada segolongan manusia yang berkata bahawa alat-alat pemasak moden telah melangkah maju dan membuat cacing-cacing itu tidak lagi menjadi sumber bahaya,kerana ia dapat dibasmikan dengan haba yang tinggi yang dapat disediakan oleh alat-alat pemasak moden itu,tetapi orang-orang ini lupa bahawa ilmu pengetahuan mereka kadang-kadang memerlukan beberapa abad lamanya untuk mengesahkan sesuatu penyakit.
Biarpun ulama Fikh sepakat tentang pengharaman makan daging babi,tetapi masih tidak sependapat dalam kegunaan-kegunaan lain.Memang dalam Fikah Islam sukar didapati masalah yang disepakati serba serbi,hingga pada semua cabang dan juzuk-juzuk kecilnya,kecuali ada sahaja perbezaan yang membabitkan hukum haram,halal dan sebagainya.
Persoalan babi antara yang hangat pernah dibincangkan ulama dalam mazhab-mazhabislam sekitar penggunaan barangan yang diperbuat dari babi.
Pertama :Imam Malik berpendapat daging babi haram dimakan tetapi badannya suci ketika hidupnya.Kedudukan hukumnya samalah dengan beberapa jenis haiwan yang haram dimakan dagingnya seperti harimau ,gajah,kucing dan sebagainya.
Menurut beliau lagi , ayat-ayat al-Quran hanya menjelaskan babi haram dimakan dagingnya,tetapi tidak pula menyatakan najis.Imam Nawawi daripada Mazhab Syafie juga mengakui ,tidak ada dalil yang menunjukan babi itu najis.
Perkataan najis (kotor/najis/jijik)dalam surah al-Anam:ayat 145 yang merujuk kepada daging babi,tidak merujuk dengan jelas najis itu bersifat 'aini' atau najis yang tidak boleh disucikan lagi,kerana najis boleh dikatakan juga sebagai najis 'hukmi' sahaja,seperti najis kafir musyrik yang disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Sesungguhnya orang kafir itu musyrikin itunajis (al-Taubah :ayat 28 )
Tiada sesiapa pun kalangan ulama berpendapat kafir musyrik itu sebagai najis 'aini',sebaliknya berpendapat hanya najis 'hukmi' atau najis 'i'tiqad'( kepercayaan ) sahaja.Mengapa najis babi tidak boleh dianggap sebagai najis Hukmi,dengan alasan dagingya haram dimakan.
Ekoran mazhab Malik yang berpendapat babi itu suci,tidak timbul lagi hukum wajib membasuhnya tujuh kali seperti najis anjing,malah jarak antara dua mazhab Malik dan Shafie agak begitu jauh.
Dalam beberapa hal pula,saya berpendapat mazhab Malik ini memberi nafas lega kepada sesetengah orang yang tabiat pekerjaannya terpaksa bergelumang dengan babi pagi dan petang seperti doktor haiwan dan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus doktor haiwan.
Kedua :Ulama memutuskan,apa jua haiwan yang mati tanpa sembelih,hukumnya najis kerana ianya bangkai,tetapi semua bangkai kulitnya bolih disucikan melalui samak,kecuali kulit anjing dan babi menurut kebanyakan ulama termasuk Syafie.
Bagaimana pun Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat,kulit-kulit anjing dan babi juga boleh disucikan dengan samak kerana hadis riwayat Muslim menyatakan : Apa jua kulithaiwan,suci apabila di samak (Muslim,bilangan 366 )
Hadis ini menurutnya,umum kepada semua kulit termasuk anjing dan babi.Merujuk kepada pendapat dua imam diatas,nyata segala barangan yang diperbuat daripada kulit anjing dan babi yang disamak boleh dipakai.
Ulama menyatakan lagi , bulu dan kuku yang dicabut atau dipotong daripada bangkai adalah bangkai,hukumnya turut najisseperti bangkai juga.Bagaimana pula jika bulu dipotong daripada haiwan yang masih hidup?
Jawabnya,suci jika haiwan itu suci dan najis jika haiwan itu najis.Ini bermakna,bulu babi yang dipotong daripada babi yang masih hidup adalah suci di sisi Imam Malik.
Ini bermakna,penyapu yang diperbuat dari bulu babi yang dipotong ketika hidupnya adalah suci dan harus diguna pakai.Sesetengan ulama pula berpendapat,bulu yang dipotong daripada haiwan yang masih hidup juga najis kerana dikira bangkai juga.Sehubungan dengan ini sebuah hadis riwayat al-Hakim yang bermaksud :Juzuk yang dipotong daripada haiwan yang hidup dianggap bangkai ( Tarmizi,bilangan 1480 )
Ketiga :Merujuk kepada hukum babi yang di ambil sebagai ubat-ubatan.Ulama sepakat memutuskan bangkai semua haiwan adalah najis walaupun menurut Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri kulit bangkai termasuk bangkai babi boleh disucikan dengan samak,tetapi juzuk-juzuk babi yang bukan kulitnya tidak boleh disucikan dengan samak.
Atas dasar ini ulama lebih cenderung kepada pendapat mengharamkan ubat-ubatan yang dimasukan bahan babi padanya,kerana benda-benda najis tidak boleh dijadikan ubat,kecuali dalam keadaan darurat yang memaksakan.
Syed Atiyyah Saqr pula lebih cenderung kepada pendapat mengharuskan kegunaan ubat-ubatan itu,jika ia merupakan suntikan dalam badan dan ternyata keberkesanannya kepada pesakit.Kita ikuti pendapat beliau,katanya : Jika ubat-ubatan itu berupa suntikan dalam badan,maka diharuskan,kerana dalam badan memang terkumpul najis-najis kencing dan tahi,ini memang tidak pernah ditimbulkan bagi maksud kesahihan solat dan ibadat.Lain halnya jika diguna pada bahagian luar,tentunya najis itu menghalang kesahihan solat.
Saya lebih cenderung kepada pendapat ini kerana sejauh pengharaman babi dalam beberapa ayat al-Quran hanya untuk dimakan.Suntikan ubat kedalam badan tidak dikata makan,lagipun penggunaan barangan yang diperbuat daripada kulit babi,tidak sepakati ulama pada pengharamannya.
Mungkin ada pendapat menyatakan najis babi tidak boleh di masukan dalam badan manusia Muslim yang selalu mengerjakan solat dan sebagainya.
Najis ini dibiarkan berkekalan dalam badan menjadikan seseorang itu terhalang daripada solat selama-lamanya.
Alasan ini telah dijawab oleh Sheikh Atiyyah Saqr seperti yang disebut sebelum ini,iaitu najis yang menghalang solat hanya najis diluar badan.
Adapun najis dalam badan tidak menghalang sesorang daripada solat dan ibadat,ini kerana dalam perut manusia dipenuhi najis darah,tahi,kencing sedang dia ketika itu bersolat,bertawaf dan beribadatnya.Tiada seorang pun mempertikaikan kesahihan solatnya.
Keempat: Ulama memutuskan,makanan yang dimasuki bahan-bahan najis haram dimakan.Gelatin atau jeli yang biasanya diproses di negara-negara bukan Islam,jika asalnya diperbuat daripada haiwan yang tidak disembelih atau babi,maka hukumnya najis dan tidak halal dimakan.Namun difahamkan bukan semua gelatin itu najis dan diperbuat daripada babi terdapat jugak gelatin yang diperbuat dari tumbuhan.
Kalau begitu halnya,perlulah dipastikan terlebih dahulu,sama ada ia benar diperbuat daripada babi atau haiwan yang disembelih atau haiwan yang harus dimakan atau dari tumbuhan.
Satu kaedah dalam menentukan halal haram makanan ialah dilihat pada pertukaran rupa dan benda,seperti arak yang kemudianya bertukar rupanya menjadi cuka.
Menurut mazhab Shafie pertukaran rupa tidak mengubah hukum najis sesuatu benda,kecuali arak yang berubah menjadi cuka.Cuka ini bersih,sekali pun pada asalnya arak yang najis.
Imam Malik berpendapat ,benda-benda najis yang bertukar kepada suatu rupa yang lain adalah suci,seperti najis babi yang dibakar kemudian bertukar menjadi debu hukumnya suci,sekali pun pertukaran itu dengan sendiri atau diusahakan.Atas dasar ini,ramai berpendapat,gelatin itu suci dan boleh digunakan,sekalipun ditakdirkan asalnya babi atau bangkai yang tidak sembelih,kerana najis bertukar rupanya kepada rupa yang lain.Kedudukannya samalah dengan tulang bangkai yang dibakar menjadi debu.Tulang bangkai adalah bangkai,tetapi debu tulang setelah dibakar tidak lagi membawa hukum asalnya.
Apakah anda lebih cenderung kepada pendapat ini atau sebaliknya?? kerana hukum halal haram ditentukan mengikut namanya.Apabila tiada nama,maka tiada hukum asalnya,tahi adalah tahi dan hukumnya najis,tetapi apabila tahi menjadi tanah,maka hukumnya adalah tanah.
Dalam apa hal sekalipun,setiap makanan yang disampaikan kepada kita perlu diselidik halal haramnya terlebih dahulu,jika diragui kebersihannya,maka wajib ditinggalkan sahaja.Itulah pilihan yang terbaik.
Baginda bersabda : Sesiapa memelihara dirinya dari perkara yang meragukan,maka sebenarnya ia menjaga kebersihan agama dan kehormatan dirinya.( Muslim,bilangan 1599)
Tuesday, 1 July 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)