Monday, 22 December 2008

Kopitiam yang meragukan

-Moral dari gambar-gambar tersebut, kita kena berhati-hati pilih tempat makan.Sama-samalah kita kembali pada zaman Tuk Kaduk..makan ubi kayu yang konfem 100% halal. -Apa Komen anda??

Friday, 28 November 2008

Hari Raya Haji Jatuh Pada 8 Disember 2008

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari ini mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi. “Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember,” menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Monday, 3 November 2008

Taiko Badan Islam Luar Negara

Sheikh-Sheikh Badan Islam Luar Negara yang datang berdialog dengan HDC,untuk memantapkan lagi Industri Halal

Thursday, 30 October 2008

Bird’s nest from Kelantan is halal

KOTA BARU: Bird’s nest products from Kelantan have been certified halal by the Islamic Development Department, State Trade committee chairman Datuk Anuar Tan Abdullah told the state assembly. He was replying to Mohd Adnan Kechik (BN-Bukit Bunga) who raised doubts on whether such products are safe to consume for Muslims. Anuar Tan said there was no reason to worry. Meanwhile, state Tourism Com­mit­tee chairman Datuk Takiyuddin Hassan said the state was keen to work closely with the State Tourism Action Council chaired by Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah). However, the offer was never accepted. Takiyuddin wanted the council to liaise with the state when it came to implementing projects. “This results in duplication of projects and lack of coordination between the state and federal in terms of tourism,” he said. He said projects worth RM39mil was only dished out under direct negotiation rather than open tenders.

Why is Melamine added in milk powder

The most important nutrient in milk is protein. And Melamine has the same protein that contains "NITROGEN" Adding Melamine in milk reduces milk content and it is cheaper then milk so it lowers capitalization. It can give the business man more profit! below is Melamine, doesn't it look like milk. it doesn't have any smell, so cannot be detected When was it discovered? Year 2007 US cats and dogs died suddenly, they found that pet food from China contains Melamine. Starting 2008, In China, an abnormal increase in infant cases of kidney stones. August 2008 China Sanlu Milk Powder tested with Melamine Sept. 2008 New Zealand gov't ask China to check this problem Sept. 21, 2008 Lots of food products in Taiwan tested with Melamine What happens when Melamine is digested Melamine remains inside the kidney. It forms into stones blocking the tubes. Pain will be eminent and person cannot urinate. Kidney will then swell. Although surgery can remove the stones, but it will cause irreversible kidney damage. It can lead to loss of kidney function and will require kidney dialysis or lead to death because of uremia. What is dialysis In fact, it should be called "blood washing" it is filtering all of the body's blood into the machine and then go back to the body. The whole process takes 4 hours and it is necessary to dialysis once for every 3 days for the rest of your life。 Here is a dialysis center Large dialysis center Why is it more serious in babies.Because the kidney is very small and they drink a lot of milk powder. It does not matter how much a human being took Melamine. The important point is "It cannot be EATEN! What are the foods to be avoided? Foods that contain dairy products should be avoided Remember: Foods with creamer or milk should be avoided. Which companies are affected Hereunder are the companies affected with Melamine What do we do next Avoid the above foods for at least six months If you have snack bar, restaurant or coffee shops Stop selling dairy products for the meantime. If you have infants at home, change to mother's milk or find other substitutes. Finally, share this information with friends so they will understand the risk of milk poisoning

China poisoned milk

China milk poisoning incidents make everyone afraid to look at the daily news report. Everyday, the reports are changing. No one can clearly tell us what to eat and not to eat. 1.What really is poisoned milk? It is the milk powder mixed with "MELAMINE" What is Melamine use for?It is an industrial chemical use in the production of melawares. It is also used in home decoration. "US resistant board" got it?Melamine is use in industrial production,it cannot be eaten!

Raw materials used in the production of gelatine [2007]

Wednesday, 22 October 2008

Pusat penyembelihan di ibu kota sentiasa kawal

KUALA LUMPUR: Aktiviti penyembelihan yang membabitkan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di ibu kota, sentiasa dikawal dengan bantuan agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui jawatankuasa bersama. Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaafar, berkata pihaknya dengan kerjasama agensi itu akan mewujudkan pusat penyembelihan berpusat bagi memudahkan pengusaha berkenaan selain tidak menimbulkan rasa ragu-ragu orang ramai apabila ia dilakukan di tempat lain. “Setakat ini, memang aktiviti penyembelihan untuk perniagaan itu dilakukan di tempat lain seperti di Chow Kit dan Datuk Keramat. “Walaupun kami tidak menerima kes mengenai cara penyembelihan tidak sempurna dan meragukan, cadangan mewujudkan pusat penyembelihan berpusat dilakukan sebagai usaha penambahbaikan supaya tidak timbul masalah seperti itu,” katanya. Beliau diminta mengulas laporan akhbar ini semalam, mengenai hasil pemeriksaan pegawai Jabatan Agama Johor (JAJ) mendapati ayam segar di pasar raya di Muar mendapati dijual tanpa sembelihan sempurna dengan urat halkum dua ekor ternakan itu belum putus sepenuhnya. Dalam operasi sama, 65 kotak mengandungi 780 kilogram (kg) ayam tanpa tulang di pusat penyimpanan sejuk beku di sebuah rumah di Jalan Salleh, di bandar itu, turut disita berikutan status halalnya meragukan. Ia berikutan pemeriksaan mendapati produk itu diimport dari China, tetapi kertas yang mempunyai logo halal dalam tulisan Jawi serta pengeluarnya dibuang daripada kotak berkenaan dipercayai bagi mengelak statusnya disyaki pengguna Islam

Standard kosmetik halal bakal dilaksana penuhi tuntutan pengguna

KERAJAAN akan mewujudkan standard kosmetik halal bagi memenuhi tuntutan semasa pengguna Islam kerana banyak bahan kosmetik di pasaran sekarang, tidak mempunyai logo halal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata standard itu ialah ‘Cosmetic and Personal Care-General Guidelines’ yang kini dalam proses untuk diwartakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti). “Standard Kosmetik Halal diwujudkan atas kesedaran kerajaan bahawa pengguna Islam amat prihatin dengan banyaknya bahan kosmetik yang tidak mempunyai logo halal. “Dengan adanya standard ini, pengguna Islam akan berasa selesa dan selamat untuk menggunakan kosmetik yang halal,” katanya ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang mahu kerajaan mempertingkatkan dan mengemas kini standard piawaian halal di Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata, kerajaan akan mengkaji semula Standard Piawaian Halal MC 1500:2004 bagi makanan halal membabitkan pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan bagi penambahbaikan selepas ia diguna pakai selama lima tahun. Sumber :Harian Metro 22 Okt 08

30 sijil halal premis ditarik balik

JOHOR BAHRU 21 Okt. - Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menarik balik sijil logo halal daripada 30 premis perni-agaan termasuk 15 pusat sembelihan ayam di negeri ini kerana didapati melanggar peraturan yang ditetapkan. Pengarahnya, Datuk Zalil Baron berkata, daripada jumlah itu, 10 kilang memproses bahan makanan dan lima hotel, resort dan restoran di negeri ini turut dikenakan tindakan sama dalam tahun ini. "Tindakan tegas itu diambil selepas pemeriksaan MAIJ mendapati premis-premis itu gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan mengenai status halal," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jamuan Aidilfitri MAIJ di Pusat Islam, di sini hari ini. Lebih 1,000 orang menghadiri jamuan tersebut yang turut dihadiri Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot. Zalil berkata, pusat sembelihan yang dibatalkan sijil logo halal kerana penyembelihannya didapati tidak sempurna apabila ayam yang disembelih mati akibat rendaman air panas dan bukannya sebab disembelih. "Terdapat juga yang didapati proses sembelihan yang meragukan apabila ia dilakukan terlalu laju kerana penggilirannya dikawal oleh mesin," katanya. Menurutnya, selain MAIJ, sijil halal untuk pusat sembelihan di Johor dikeluarkan oleh tiga lagi agensi yang dilantik oleh Kerajaan Pusat iaitu Institut Food Research Center (IFRC), South East Asia (SEA) dan Halal Development Corporation. Mengenai hotel dan restoran itu pula katanya, premis itu didapati tidak mematuhi syarat kerana menjual arak, manakala terdapat juga restoran yang didapati mengambil bekalan ayam dari pusat sembelihan tanpa sijil halal. Beliau berkata, kilang memproses makanan itu pula ditarik balik sijil halal kerana didapati persekitaran dan bahan yang digunakan kotor dan meragukan. "Orang ramai yang berasa ragu-ragu terhadap status halal atau haram sesebuah premis diminta membuat aduan atau menghubungi pejabat agama berdekatan bagi tindakan selanjutnya," jelasnya.

Thursday, 16 October 2008

Open House Kecil-kecilan

Lokasi : Presint 18 , Putrajaya Hari : Sabtu , 18 Oktober 2008 / Sabtu Masa : 1.00petang - 5.00 petang nota : Open house ni limited jerr :)) tak ade canopy kawin ...jemput auditor / pegawai HDC Cyberjaya jer...hehehehehe

Melamin: Larangan import agen penaik 'ammonium bicarbonate' China

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini melarang serta-merta pengimportan agen penaik 'ammonium bicarbonate' dari China berikutan bahan itu didapati mempunyai tahap melamin melebihi piawaian dibenarkan. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata bahan penaik itu yang diimport dari negara lain pula diletakkan di bawah pemeriksaan rapi sebelum dibenar masuk ke pasaran tempatan. Beliau berkata tindakan larangan itu diambil apabila analisis yang dilakukan terhadap sampel produk dua kilang biskut tempatan, Khong Guan di Johor dan Khian Guan di Pulau Pinang mendapati 18 daripada 47 sampel biskut yang dianalisis melebihi tahap melamin yang dibenarkan iaitu 2.5 mg/kg atau 2.5 ppm.

“Hasil analisis menunjukkan hanya agen penaik ’ammonium bicarbonate’ mengandungi paras melamin yang tinggi iaitu 33.4 ppm bagi kilang biskut jenama Khong Guan dan 508 ppm bagi kilang biskut jenama Khian Guan, dan sumber ’ammonium bicarbonate’ bagi kedua-dua kilang biskut itu adalah dari negara China,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Serentak itu, Liow berkata kementerian telah mengarahkan 12 biskut jenama Khong Guan iaitu Biskut Soda, Biskut Lemon Puff, Biskut Lemon Pof, Biskut Butter Cream, Biskut Baby Fish, Biskut Healthy Cracker, Biskut Cocoa Puff, Biskut Sandwich Oren, Biskut Family Crackers, Biskut Bentuk Binatang, Biskut Gulung dan Biskut Mini Puff ditarik balik dari pasaran. Enam biskut berjenama Khian Guan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff dan Biskut Campuran (Party) turut menghadapi tindakan yang sama, dan kementerian akan memantau dan memusnahkan mana-mana biskut itu jika masih berada di pasaran, katanya.

“Kami juga meminta mereka (Khong Guan dan Khian Guan) untuk menarik balik produk mereka yang lain secara sukarela sehingga ia mendapat kebenaran dari kementerian, dan mereka memberi kerjasama yang baik,” katanya. Liow berkata kementerian sedang mengenal pasti pengimport, pengedar dan pembekal ’ammonium bicarbonate’ dari negara China, selain menjalankan pemeriksaan terhadap kilang biskut di seluruh negara dan jika terdapat ’ammonium bicarbonate’ dari negara China digunakan, ’ammonium bicarbonate’ dan biskut berkenaan akan disita dan sampel akan diambil bagi tujuan analisis. Mengenai laporan CBC News semalam bahawa ’Julie’s Crackers’ yang diimport dari Malaysia dikesan mengandungi melamin melebihi tahap yang dibenarkan dan telah ditarik balik dari pasaran Taiwan, Liow berkata kementerian sedang menyiasat perkara itu. Berkaitan laporan akhbar tempatan hari ini yang melaporkan bahawa susu pekat tawar jenama ’Mali’ yang dikeluarkan syarikat Thailand mengandungi paras melamin yang tinggi, Liow berkata kementerian sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Thailand mengenai hal berkaitan.

“Kita nak pastikan bahawa produk ini masuk ke negara ini atau tidak, dan jika ya kita akan arahkan larangan untuk pastikan ia tidak masuk ke pasaran tempatan,” katanya. Sementara itu Liow berkata, 14 lagi sampel produk makanan yang dianalisis kementerian didapati mematuhi piawaian melamin yang ditetapkan, menjadikan keseluruhan jumlah produk yang diisytihar bebas melamin sehingga kini ialah 138. Produk itu ialah Amoy Flour Vermicilli (Shun Shun Fuk), Animal Biscuits Chocolate Cream Certified (ZQ), Coconut Biscuits (Bairong), Creamy Peanut Butter (Lady’s Choice), Creamy Peanut Butter (Skippy), Crunchy Peanut Butter (Kinus), Durian Cream Biscuits (Sanwa), Magic Chew Candy (Cap Layang), Marsh Mellow Blueberry Flavour Candy (Ego), Marsh Mellow Grape Jam Candy (Ego), Magnum Mini Classic Vanilla Flavoured Ice Cream With Chocolate Coated (WALL’s), Peanut Butter & Chocolate Rice Crisp (Lady’s Choice), Peanut Butter & Strawberry Flavoured Stripes (Lady’s Choice) dan Sesame Paste Cookies (C7OK), katanya. Liow berkata kementerian juga sedang cuba meningkatkan keupayaan makmal supaya sebarang analisa dapat dibuat dengan lebih pantas, termasuk peningkatan dari segi jumlah makmal, jumlah pekerja dan peralatan. Pada masa ini kementerian mempunyai 14 makmal di seluruh negara, dan usaha penambahbaikan sedang dijalankan supaya analisis produk makanan, sepertimana yang dilakukan berkaitan kes pencemaran melamin ini dapat dibuat dengan lebih intensif, katanya. - Bernama

Malaysia’s Halal certification

Malaysia’s Halal certification is recognised worldwide among Muslim and Non-Muslim countries. It is of ISO standard –MS1500:2004- Standard for the Production, Handling and Storage of Halal food, developed by the Department of Standard Malaysia. The standard complies with international standards such as Good Manufacturing Practice (GMP) and Good Hygiene Practice (GHP).

Malaysia also has a balanced knowledge of both Islamic tenets and other areas including technological development and sciences, particularly food sciences, biochemistry and microbiology as well as in business management.

Halal Industry Development Corporation (HDC) is the Halal certification body for Malaysia. The Halal Directory features companies which are registered with MATRADE and have products which are certified halal.

Wednesday, 15 October 2008

Penghayatan Jihad Dalam Perniagaan

Sabah&Sarawak: Hotel di Sarawak sudah miliki sijil halal MIS

MAH bukti pengusaha prihatin kehendak pelanggan Islam KUCHING: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sarawak mengesahkan semua restoran dan dapur di hotel bertaraf tiga, empat dan lima bintang di Sarawak, sudah memiliki sijil halal Majlis Islam Sarawak (MIS). Pengesahan daripada MIS bermakna hotel berkenaan bersih dan selamat bukan saja dari segi penyembelihan binatang, malah merangkumi bahan, proses penyediaan makanan, kebersihan pekerja dan peralatan dapur serta sumber makanan serta bekalan. Pentadbir Eksekutif persatuan itu, Helen Voon, berkata terdapat 38 hotel mewah milik individu atau rangkaian antarabangsa di Sarawak setakat ini. Walaupun keperluan memiliki sijil halal tidak wajib dan hanya dibuat secara sukarela, namun pengusaha hotel berkenaan memahami keperluan pelanggan khasnya yang beragama Islam. "Tiada alasan mereka tidak memohon pengiktirafan halal dari MIS kerana mereka perlu sensitif dengan keperluan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. "Lagipun perkembangan pesat industri pelancongan Sarawak bermakna semua pengusaha hotel perlu membuat persediaan rapi termasuk dari segi kualiti perkhidmatan yang ditawarkan," katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. Voon berkata, Sarawak dijangka mempunyai tiga lagi hotel mewah menjelang tahun depan bagi memenuhi permintaan terhadap penginapan berkualiti di negeri ini. Katanya, kebanyakan hotel dan rumah tumpangan di negeri ini mempunyai tempahan hampir mencecah 80 peratus terutama apabila terdapat keramaian atau upacara tertentu. "Aktiviti pelancongan termasuk Rainforest World Music Festival (RWMF) antara yang menyumbang ke arah peningkatan jumlah pelancong dan pelanggan hotel setiap tahun," katanya. Sarawak dijangka menerima kedatangan 3.9 juta pelancong tahun ini dan angka itu meningkat lapan peratus berbanding tahun lalu. Peningkatan itu antara lain berpunca daripada pertambahan jumlah hotel mewah dan rumah tumpangan di Sarawak. Industri pelancongan pula dijangka muncul sebagai penyumbang pendapatan kedua terbesar kepada ekonomi Sarawak menjelang tahun 2013. Sumber :Berita Harian Online –Wilayah

Tuesday, 14 October 2008

Pernah Jumpa??

UK: School considers halal only menu

PUPILS at a primary school could be offered menus with halal as the only meat option, a local councillor said.

Dale Primary School in Derby is consulting parents about whether they would want to see the traditional Muslim meat offered on school menus, it was reported today.

One option being considered is to have one day a week where the meat option is solely halal, the city council's portfolio holder for children and young people said.

Source: Scotsman (English)

Friday, 26 September 2008

Is Kosher halal? the question form Muslim consumers

Often times Muslim consumers tend to assume 'Kosher' is similar to 'Halal'. Although the slaughtering rituals of Jewish people resemble those of Muslims; kosher and halal are two different entities carrying a different meaning and spirit. Muslims, therefore, are provided with the following basic information about Kosher so they can exercise care in distinguishing halal from kosher.

Kashrut (in Hebrew) is the system of Jewish dietary laws. Kosher (kashur in Hebrew) means 'fit, or proper for use' according to Jewish law. Examples of kosher are: the meat of the 'fore quarter*' of the cattle slaughtered ritually, fruits, vegetables, all fish that have fins*, all wines*, all cheeses*, gelatin*.

The opposite of Kosher, as applied to food in Treif (in Yiddish), or trefah (in Hebrew) meaning 'not suitable for use', or 'forbidden'. Trefah literally means 'torn by a wild beast' (Exodus 22:30). Examples of Trefah are: blood, swine, rabbit*, all shell fish*, wild birds such as wild hen*, wild duck*, and the birds of prey.

(*) These food items exhibit a marked difference between kosher and Halal as well as trefah and haram. The differences are explained elsewhere in this section.

Caution to Muslim Consumers:

Halal is a comprehensive Islamic term encompassing not only the matters of food and drink, but all other matters of daily life. Islam being the final and perfect way of life for humanity, it supersedes all the previously revealed religions including Christianity and Judaism. The rituals in all matters were perfected by God (al-Quran 5:3)

According to Islamic Jurisprudence, no one except God can change forbidden (Haram) things into lawful (halal) for vice-versa. It is forbidden for people to change the lawful (Halal) things into unlawful (Haram), or vice-versa.

Halal is a unique Islamic concept and eating zabiha (Islamically slaughtered) meat is a distinguishing part of a Muslim's identity as expressed by Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him.

Salient differences between kosher and halal are:

Islam prohibits all intoxicating alcohols, liquors, wines and drugs. kashrut regards all wines kosher. Hence food items and drinks showing the kosher symbol containing alcohol are not halal.

Gelatin is considered Kosher by many Jews regardless of its source of origin. If the gelatin is prepared from non-zabiha, Muslims consider it haram (prohibited). Hence foods items such as marshmallows, yogurt, etc., showing kosher symbols are not always halal.

Enzymes (irrespective of their sources even from non-kosher animals) in cheese making are considered mere secretion(pirsah b'almah) according to some kashrut organizations, hence all cheeses are considered kosher. Muslims look for the source of the enzyme in cheese making. If it is coming from the swine, it is considered haram(forbidden). Hence cheeses showing kosher symbols may not be halal.

Jews do not pronounce the name of God on each animal while slaughtering. They feel that uttering the name of God, out of context, is wasteful. Muslims on the other hand pronounce the name of Allah on all animals while slaughtering.

The salient differences between kosher and halal have been illustrated so that Muslim consumers can distinguish halal from kosher.

Muslims in non-Muslim countries should strive to follow the Islamic injunctions in their diet (as well as in every walk of life) and establish their own businesses and institutions to cater to the needs of the Muslim Ummah. By doing so, not only the identity of the Muslims will be preserved, but they will be recognized and respected for their beliefs and practices.

Differences within Kosher:

There are different sects within Judaism and there are several hundred Jewish Kosher authorities in the US who certify Kosher based on extremely liberal to extremely conservative rules. Therefore it is difficult to come up with one uniform opinion regarding Kosher practices. A symbols "k" for kosher is not governed by any authority. Any manufacturer can use it at will. A website guiding Jews about Kosher states "it may take a great deal of detective work to ascertain the standard that a particular rabbi is using." For this reason many Muslims when buying anything kosher look for "u" in a circle which are more conservative Kosher symbol.

Based on the book, Islamic Dietary Concepts And Practices by M.M. Hussaini

Remember!!

Remember!!, Halal can be eaten by non Muslims, however Muslims will only eat Halal Only.

Halal Assurance System

Halal Assurance SystemProduction of halal products requires certain Halal raw materials, Halal additives, Halal process, Halal handling, and Halal transportation to meet the condition of the term halal. On top of that, the industry should have a effiicient management to oversee the products meet the Islamic Law and ensure zero mistake can be occur during the production. The system called Halal Assurance System (HAS) proposed by Apriyantono (2001) can be adopted. This system consists of 5 important components:

1. Standard of halal management and halal system. Halal management is managing of all the function and activities necessary to able to achieve the objective of halal products. Halal system is defined as the organisational structure, responsibilities, procedures, activities, capabilities and resources that together aim to ensure that products, processes or service will satisfy stated or implied aims, i.e., production of halal products.

2. Standard audit of halal system is conducted to:

2.1 Determine the conformity of halal system elements with specified requirements.

2.2 Determine the effectiveness of the implemented halal system in meeting specified objectives.

2.3 Verify that non-conformities identified in a previous audit have been rectified as agreed.

3. Haram Analysis Critical Control Point (HrACCP). A system which could point out the important points where haram or najees (najasa) materials may contaminate halal materials, as well as avoiding haram materials to be used for the production of halal foods. There are 6 elements which go to make an HrACCP system:

3.1 Identify and assess all haram and najees materials.

3.2 Identify the critical control points.

3.3 Establish the monitoring procedures.

3.4 Establish corrective actions.

3.5 Establish a record-keeping system.

3.6 Establish verification procedures.

4. Halal guideline. This consists of general regulation of halal foods and standards procedures of production of halal foods. In addition, specific regulation and procedures may be added, for example, in the case of food additive production.

5. Halal database. It consists of list of materials used for food production; information of the source and preparation of each material is mentioned in the list as well as its halal status and other important information.

To ensure that the industry has met the halal requirements in producing halal foods, especially those that would like to put a halal logo in its packaging, the industry must ask help from a reliance and acceptable halal officially recognised certifying organisation. The halal officially recognised certifying organisation ( eg. Jakim )will then audit and certify its products, raw materials, additives, production facilities, administration and management. Once the industry has got a halal officially recognised certificate for its malaysia halal products, it can be used as a formal basis for applying a halal logo. This halal officially recognised certificate can also be used to declare that the malaysia halal product are halal and hence the malaysia halal products can be imported to Muslim countries or sold to Muslim consumers.

Words of WisdomWords of Wisdom - Good Intention and naive doesn't mean HALAL A must know for a excited and ambition Halalpreneur before emabarking to the trade of Halal. Remember : Exploring Halal, Understanding Halal, Knowing Halal, Perceiving Halal, Exercising it and lastly Practise Halal.

Thursday, 25 September 2008

FAKTA-FAKTA MENGENAI SUSU DAN HASILAN SUSU

FAKTA-FAKTA MENGENAI SUSU DAN HASILAN SUSU DARI NEGARA CHINA 1. Apakah Melamine? Jawapan : Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lainlain. Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan. 2. Mengapa Melamine dikesan di dalam susu dan hasilan susu? Jawapan : Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985. 3. Apakah kesan Melamine kepada manusia? Jawapan : Kesan melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan melamine melalui makanan boleh mengakibatkan  kerosakan pada sistem pembiakan  pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan ingin menasihati semua pakar perubatan dan pegawai perubatan agar sentiasa berjaga-jaga dan memantau gejala masalah buah pinggang seperti bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing berdarah, dan tekanan darah tinggi pada bayi. Keadaan ini jarang 4 berlaku dan sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan kanakkanak perlulah melaporkan kepada KKM dengan segera. 4. Adakah susu tepung formula bayi, dan susu dari Negara China di bawa masuk ke Malaysia? Jawapan : Malaysia tidak mengimport sebarang susu tepung formula bayi dan susu dari Negara China. 5. Adakah hasilan susu dari Negara China di bawa masuk ke Malaysia? Malaysia ada mengimport hasilan susu dari Negara China, walaubagaimanapun, bekalan susu diimport dari Australia, New Zealand, Nertherland dan Amerika Syarikat. Ini merupakan syarat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengeluarkan permit bagi hasilan susu yang diimport dari Negara China oleh kerana risiko penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut. 6. Apakah yang dimaksudkan susu dan hasilan susu? Jawapan : Merujuk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, susu didefinisikan sebagai susu biasa yang bersih dan segar daripada lembu, kerbau, kambing atau biri-biri. Hasilan susu didefinisikan sebagai apa-apa produk yang dihasilkan atau disediakan daripada susu. Contohnya: i. Susu skim (susu tanpa lemak) ii. Susu pasteur iii. Susu UHT iv. Susu berperisa v. Susu tepung krim vi. Susu tepung skim vii. Susu sejat viii. Susu pekat manis ix. Mentega x. Keju xi. Ais krim xii. Yogurt xiii. Ghee (minyak sapi) 5 7. Apakah peranan anda sebagai pengguna dalam hal ini? Jawapan : Pengguna diminta mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (website/telefon/kenyataan akhbar). Pengguna dinasihatkan membaca label makanan sebelum membeli. Sekiranya pengguna masih ragu-ragu, sila hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03- 88833655/0388833503 untuk membuat aduan dan mendapatkan maklumat lanjut. 8. Apakah peranan anda sebagai penjual dalam hal ini? Jawapan : Anda dinasihatkan untuk menyemak inventori produk jualan anda dan jika didapati produk makanan yang mempunyai susu sebagai salah satu ramuan dan diimport dari Negara China, segera keluarkan produk makanan tersebut dari premis. Anda juga diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (website- http//fsq.moh.gov.my / telefon /kenyataan akhbar) 9. Apakah peranan anda sebagai pengimport dalam hal ini? Jawapan : Anda dinasihatkan tidak mengimport susu tepung formula bayi, susu dan hasilan susu dari Negara China buat masa sekarang ini. Sekiranya produk makanan tersebut telah berada dalam simpanan, anda dinasihatkan jangan menjual dan melaporkan kepada PKD dan JKN yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan Akbar : Melamine

KENYATAAN AKHBAR SIRI KE EMPAT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN DENGAN PRODUK DARI NEGARA CHINA YANG DICEMARI DENGAN MELAMINE Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kepada pengguna berkaitan soalan yang kerap ditanya (Frequently Asked Questions - FAQ) berhubung dengan isu pencemaran melamine dalam susu dan hasilan susu dari China sebagai maklumat tambahan seperti di Lampiran 1. Status terkini tindakan KKM dalam menangani isu pencemaran melamine dalam hasilan susu KKM akan mengeluarkan senarai produk makanan yang tidak terlibat dengan pencemaran melamine seperti di Lampiran 2. Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. KKM ingin memaklumkan pengimport ataupun agen yang mengimport susu dan hasilan susu dari China untuk menghentikan pengimportan dengan serta merta. Sekiranya produk makanan tersebut masih berada dalam simpanan, pengimport / agen dinasihatkan supaya tidak menjual dan melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya. KKM juga menasihatkan penjual untuk menyemak inventori produk jualan bagi mengenalpasti produk makanan yang mempunyai susu sebagai salah satu ramuan yang diimport dari China supaya segera mengeluarkan produk makanan tersebut dari premis masing-masing. Penjual juga boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya. KKM ingin menasihatkan pengguna untuk tidak menerima sebarang susu dan hasilan susu dari negara China yang diberikan secara percuma sempena musim perayaan ini. Sekiranya pengguna masih ragu-ragu mengenai status keselamatan makanan di pasaran, sila hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833655 / 03-88833503 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia 23 September 2008

Tuesday, 16 September 2008

Sama-samalah kita berbuka puasa&bersahur dengan sumber rezki yang halal ............. & pasti kehalalannya...