Showing posts with label pengguna. Show all posts
Showing posts with label pengguna. Show all posts

Friday, 17 April 2009

Waspada serunding babi di pasaran

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia. Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama. Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama. "Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata. Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah: 1. Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram 2. Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu) 3. Abon/dendeng sapi asli cap ACC 4. Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya) 5. Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang). Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar atau tidak tercatat pengeluarnya. Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta. MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Monday, 22 December 2008

Kopitiam yang meragukan

-Moral dari gambar-gambar tersebut, kita kena berhati-hati pilih tempat makan.Sama-samalah kita kembali pada zaman Tuk Kaduk..makan ubi kayu yang konfem 100% halal. -Apa Komen anda??

Thursday, 10 April 2008

Mengapa Perlu Makan Menggunakan Tangan


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Kes Saman Perak Duck & Pasaraya Tesco


Untuk makluman tiga pembekal ayam dan pasaraya Tesco disaman Rm5juta kerana menjual ayam yang tidak disembelih / Nst 26ms

Wednesday, 9 April 2008

Pengguna Perlu Peka Dengan Status Halal

Orang ramai mesti buat aduan segera jika ragu taua was-was dengan sesuatu produk KAJIAN semasa menunjukkan Islam adalah agama dianuti paling ramai penduduk dunia, anggarannya mencecah dua bilion pada 2010. Oleh itu, industri halal kini semakin berkembang kerana permintaan barangan halal semakin meningkat. Mengikut HalalJournal.com, industri halal dijangka mencecah AS$580 bilion dan meningkat pada kadar tujuh peratus setiap tahun.

Menyentuh soal halal, negara kita memang sudah lama menetapkan penggunaan barangan halal sama ada yang dihasilkan di dalam atau luar negara. Namun, adakah produk yang disahkan halal ini benar-benar halal dan sejauh manakah pemantauan yang dilaksanakan pihak bertanggungjawab? Ini yang menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam sehingga berasa was-was setiap kali membeli sesuatu barangan. Misalnya, baru-baru ini ada yang mempersoalkan proses pembuatan tauhu yang dikatakan kotor dengan anjing berkeliaran di kawasan sekitarnya. Sebagai seorang pengguna Islam bagaimanakah mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai barangan yang dibeli itu benar-benar halal dan bagaimanakah cara memprosesnya?

Apabila perkataan halal digunakan dalam apa jua bentuk perdagangan atau perniagaan maka ia tiada mengandungi bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang hukum syarak atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Selain itu, penyediaan, pemprosesan dan penyimpanannya tidak bersentuhan atau berdekatan dengan sebarang makanan yang tidak mengikut hukum syarak. “Status halal dan logo halal diperkenalkan Jakim pada 1971. Malaysia menjadi negara pertama memperkenalkan logo halal. Malah, sejak 2004, negara ini memperkenalkan piawaian halalnya sendiri, MS 1500, yang kini menjadi ikutan seluruh dunia.

“Bagi memastikan piawaian sijil halal ini benar-benar sah, Jakim melantik 44 organisasi Islam luar negara menjadi wakil yang mengesahkan sesuatu produk itu halal atau tidak. Tempoh logo halal pula hanya dua tahun dan ia perlu diperbaharui, Pemohon yang layak memohon sijil halal di mana ia hanya terbuka kepada pengeluar/pengilang produk, pengedar barangan, pengeluar sub kontrak, pembungkusan semula, pengusaha premis makanan dan rumah sembelihan. Jika permohonan mereka agak meragukan, Jakim tidak teragak-agak menolak permohonan mereka, misalnya;

  • Syarikat mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal.
  • Produk yang tidak halal.
  • Bahan semula jadi yang tidak membabitkan sebarang pemprosesan.
  • Ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Produk siap diproses yang dikeluarkan di luar negara.
  • Produk yang menggunakan nama sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh.
  • Baja dan makanan binatang. Bagi memastikan setiap pemegang sijil halal mematuhi setiap syarat ditetapkan, enam bulan pertama selepas mendapat sijil pengesahan halal, Jakim akan mengadakan pemeriksaan mengejut. Pemantauan juga dilakukan secara tiga peringkat iaitu secara berkala, aduan dan pemeriksaan mengejut. Jika pengusaha atau pemilik premis didapati bersalah mereka boleh didenda RM100,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Justeru, jika ada yang berasa ragu atau was-was dengan sesuatu barangan, mereka perlu membuat aduan segera kerana Jakim tidak berkompromi hal halal haram ini. Selain Jakim, jawatankuasa yang menilai halal haramnya sesuatu produk itu terdiri daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kesihatan, Mardi dan universiti tempatan. Dari segi teknikal atau ujian, kebanyakannya dilakukan Mardi. Mardi sentiasa memantau bahan digunakan dalam produk yang berada di pasaran. Sebenarnya banyak bahan tambahan dalam makanan yang meragukan misalnya gelatin (dihasilkan daripada lemak binatang) yang banyak digunakan di dalam makanan tetapi kini ramai mendakwa mereka menggunakan gelatin diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Selain gelatin, antara senarai bahan tambahan yang meragukan termasuk enzim, keju, kolagen, lecitin, emulsi, tallow (lemak binatang) dan dadih. Tidak dinafikan peranan Jakim dan badan bertanggungjawab lain di dalam memastikan produk halal benar-benar halal cukup penting, Namun, tindakan bersepadu perlu supaya hal halal haram ini tidak diambil mudah. Sebagai pengguna, kita mengharapkan soal halal haram diberi keutamaan. Kita juga mengharapkan agar penyelesaian yang menyeluruh, bukan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Sebagai pengguna, kita perlu bersikap berani dan tegas. Sentiasa mengambil tahu dan peka pada setiap barangan yang kita beli supaya status halalnya sentiasa terjamin.