KUANTAN: Tindakan tidak bertanggungjawab syarikat pengeluar biskut menggunakan gambar gereja pada penutup bekas kuih raya dianggap biadap dan keterlaluan kerana menghina agama Islam seterusnya mencemar kesucian Aidilfitri ketika umat Islam meraikan hari lebaran itu.
Penutup berkenaan turut dihiasi perkataan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' selain mempunyai logo halalmenggunakan latar belakang gereja yang mempunyai lambang salib.
Tindakan syarikat pengeluar dari Muar, Johor, yang menggunakan gambar menyerupai Gereja St Basil di Russia itu menyentuh sensitiviti umat Islam apatah lagi ketika sambutan 1 Syawal selepas sebulan berpuasa.
Mendedahkan perkara itu, suri rumah dari Taman Seri Galing, di sini, Siti Mariam Abdul Wahab, 48, berkata, dia terkejut apabila mendapati kuih raya dibelinya pada hari raya kedua Rabu lalu di pasar raya, di sini, mempunyai gambar gereja pada penutupnya.
Katanya, pada hari berkenaan dia membeli tiga jenis kuih raya dengan harga RM10.90 setiap satu untuk sajian saudara-mara dan rakan yang bertandang ke rumahnya.
"Pada mulanya saya langsung tidak menyedari perkara itu kerana gambar pada penutup bekas kuih raya itu kelihatan seperti masjid dan mempunyai kubah," katanya.
Siti Mariam berkata, bagaimanapun selepas tiba di rumah, anak bongsunya yang berusia 17 tahun, Mohamad Nur Idris Mohd Jalil memaklumkan mengenai gambar tertera pada penutup bekas kuih berkenaan.
"Selepas diamati, barulah saya menyedari gambar itu gereja dan ada lambang salib di atas kubahnya.
"Saya yakin ramai lagi pembeli tidak menyedari perkara ini kerana sekali pandang, ia kelihatan seperti masjid," katanya.
Wanita berkenaan berkata, dia kesal dengan perkara itu kerana ada pihak sanggup mempermainkan sensitiviti umat Islam dengan melakukan perkara itu yang dianggap keterlaluan.
Katanya, dia percaya ia usaha secara halus pihak tidak bertanggungjawab cuba memesongkan akidah umat Islam dengan mengambil kesempatan ketika keghairahan menyambut Aidilfitri.
"Saya percaya produk itu juga diedarkan di seluruh negara namun ada antara kita tidak menyedarinya. Lebih pelik apabila pada penutup bekas kuih berkenaan turut memaparkan logo halal.
"Bagaimana ia mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau ia palsu semata-mata untuk mengaburi mata pembeli beragama Islam," katanya.
Menurutnya, pihak berwajib perlu segera menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu kerana ia membabitkan maruah umat Islam.
"Pihak berkenaan perlu dibawa ke muka pengadilan kerana tindakan seperti ini ternyata mempersendakan umat Islam," katanya.
Sementara itu, sumber Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima aduan berhubung perkara itu.
"Kita akan menyiasat perkara ini," katanya.
Sumber berkenaan turut meminta umat Islam tidak terpedaya dengan logo halal dan mereka perlu lebih peka dan mengenali logo berkenaan yang disahkan Jakim atau Jaip bagi mengelak terbeli produk tidak diketahui kesahihannya.
"Selain itu, pengguna khasnya umat Islam perlu lebih bijak mengenali dan jangan terpengaruh dengan unsur agama lain yang diletakkan pada penutup bekas kuih raya terutama yang diimport," katanya.