Saya percaya ramai lagi lelaki yang berperawakan seperti Mohd Ashraf@Aleesha Farhana yang sanggup tukar jantina yang menghadapi krisis indentiti. Golongan ini di panggil ' Nyah' mereka lebih selesa berperwatakan sedemikian sepanjang masa. Sekira pergi di Chowkit ramai golongan ini menjalankan aktiviti pelacuran. Mereka akan menunggu pelanggan di bawah lampu jalan suram dengan pakaian yang seksi untuk menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut.
Pandangan Islam golongan ini Transgender@Transeksual (Maknyah@Pengkid), Transeksual bermaksud seseorang (lelaki atau perempuan) yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan. Mak Nyah juga di panggil pondan tetapi golongan ini lebih selesa dengan panggilan Mak Nyah.Pengkid, wanita menyerupai lelaki.
1. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menyimpulkan bahawa Allah telah menetapkan
jantina manusia [Al-Hujurat:49:13]. Sifat jantina ini sama ada kelelakian atau
keperempuanan merupakan sifat semulajadi yang kekal tidak berubah walaupun cuba
dipaksakan. Justeru, penukaran jantina asal hukumnya haram dan tidak dibenarkan
dalam Islam kerana ia merubah kejadian ciptaan Allah [Al-Nisa’: 4: 119].
1.
Muzakarah juga menyimpulkan bahawa hukum lelaki
menyerupai wanita (mak nyah) dan wanita menyerupai lelaki (pengkid) adalah
haram di sisi agama. Perkahwinan trangender dikira haram dan tidak sah kerana
mereka tetap lelaki atau perempuan. Hubungan yang berlaku ialah homoseks.
1.
Muzakarah memberi pengecualian mengenai penukaran
jantina dalam isu kekeliruan jantina Congenital Adrenal Hyperplasia dan Testicular
Feminization Syndrome.
a. Bagi kes Congenital
Adrenal Hyperplasia (CAH) pembedahan jantina untuk kembali kepada genetik asal
iaitu perempuan adalah diharuskan oleh Islam kerana ia boleh dilakukan melalui
rawatan hormon dan pembedahan;
b. Manakala bagi kes
Testicular Feminization Syndrome (TSF), untuk kembali kepada genetik asal (lelaki)
secara pembedahan atau rawatan hormon adalah sukar. Sekiranya individu
berkenaan bercadang untuk melakukan juga pembedahan, ia adalah diharuskan
selagimana perbuatan tersebut tidak mendatangkan kemudharatan sama ada dari
aspek psikologi atau biologi kepada individu tersebut; dan
a. Bagi kes Testicular
Feminization Syndrome yang dikesan ketika dewasa, individu tersebut boleh
menjalani kehidupan seperti biasa dan jantina mereka diiktiraf berdasarkan
fizikal dan genitalia zahir mereka. Pembedahan untuk mengeluarkan testes
(sekiranya ada) adalah harus untuk mengelakkan risiko penyakit seperti mendapat
kanser. Perkahwinan dengan pasangan mengalami Testicular Feminization Syndrome
tidak perlu dipisahkan.
1.
Muzakarah menyimpulkan hukum menukar status jantina di
MyKad seperti berikut:
a.
Menukar status jantina dalam MyKad
bagi pemilik yang menjalani
pembedahan jantina yang diharuskan oleh syara' adalah harus.
pembedahan jantina yang diharuskan oleh syara' adalah harus.
b.
Menukar status jantina dalam MyKad
bagi pemilik yang menjalani
pembedahan jantina yang tidak dibenarkan oleh syara' adalah haram.
pembedahan jantina yang tidak dibenarkan oleh syara' adalah haram.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah melaksanakan program untuk membimbing golongan Mak Nyah semoga golongan ini mendapat sinar hidayah dan tidak tersisih.
No comments:
Post a Comment