Wednesday, 2 February 2011

Hindari Panah Dewa Cupid

Hari ini di pejabat ramai kawan-kawan sudah mula bercuti raya cina, Saya terpaksa datang pejabat kerana banyak perkara perlu followup dari agensi-agensi lain untuk program yang saya anjurkan. Hati pun rasa risau dan berdebar-debar, Surat tempahan dewan auditorium D8, Putrajaya sudah dihantar, surat jemputan ke institusi pengajian pun sudah dihantar ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar tetapi masih belum ada lagi yang memberi jawapan untuk menghantar peserta!




Program Bicarawara Dan Pelancaran Kempen Awas! Jerat Valentine's Day dah tak berapa lama lagi. Lepastu esok dah mula cuti raya cina! Kalau pengunjung blog ini yang berminat nak menghadiri program tersebut amat dialu-alu kan. Bicarawara tu akan di panelkan oleh, Asyraf, Juara Imam Muda Musim Pertama, panel kedua Ustaz Zarifi Daud, pakar syariah Jakim dan ahli panel seterusnya Ummi Rosse, Pengarah Urusan Raudatus Sakinah. Manakala moderatornya Fahrin Ahmad. Bicarawara ini akan membincang mengenai larangan sambutan Valentine's Day. Saya rasa masih ramai lagi remaja kita yang meraikan dan menyambut Valentine's Day. Kalau tahun 2009 Valentine's day ada remaja kita menyambut dengan tema 'HARI TANPA SELUAR DALAM'. Tahun 2000, remaja kita menyambut dengan 'PARTI BUIH', ianya diraikan dengan tarian bogel dan pakaian mandi.

Selain daripada itu sambutan ini di juga diterjemahkan melalui rancangan TV yang kita tanpa sedari atas nama 'VALENTINE'S SPECIAL'. Disamping itu, didapati ada dikalangan kita sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama 'MAKAN MALAM HARI KEKASIH  ATAU HIDANGAN MAKAN MALAM ROMANTIK' yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.
Bagi merungkaikan isu ini,kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentins itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan? untuk mendapat maklumat ini saya menjemput kepada semua supaya dapat menghadiri Program Bicarawara Awas! jerat Valentine' Day pada 11 Feb 2011, Masa: 8.00 Malam, bertempat di Dewan Auditorium D8, Presint 1 Kompleks D, Putrajaya. Program ini akan dilancarkan oleh Y.B Dr. Dato' Masyitah Ibrahim

Semua di jemput hadir.

No comments: