Thursday, 23 December 2010

Dating dengan isteri terchenta

Saya semalam keluar dating dengan isteri, best gak dating dengan isteri, awal pagi pergi hantar Amalin dan Afeef ke Nersery di MMU Cyberjaya, jadi tak ada ganguan la bila nak dating dengan isteri he he he. Bila dah siap breakfast, terus pergi ke Golden Screen Cinema Alamanda untuk tonton The Chronicles Of Narnia. Isteri saya dah lama mengajak pergi tengok wayang, semalam baru dapat menontonnya. Panggung wayang penuh dengan kanak-kanak  dan keluarga. Lepas nonton Narnia, saya pergi shuppin barang2 dapur Carrefour Alamanda.Yang saya tertarik di carrefour terdapat 3 atau 4 kiosk komputer halal directory. Saya dan keluarga selalu datang kesini tetapi tak pernah atau jarang sangat orang ramai yang menggunakan kemudahan ini. Kebetulan semalam ada kawan sms saya bertanyakan hotel Shangri-La Putrajaya dan Equatorial Bangi ada sijil halal ke tidak. Jadi saya terus ke kiosk Komputer Halal Directory untuk mengetahui status halal hotel tersebut. Saya dan isteri mencuba kali pertama  kiosk tersebut, bila di cari-cari nama kedua-dua hotel tersebut tiada dalam list halal JAKIM.
Lepas tu saya terus sms kawan saya, ' Hotel Shangri-La dan Equatorial xde sijil halal, lebih baik carik hotel lain,..kawan saya  reply sms  ' yelar...susah jugak kan , kalau kta selalu pakai redah aje hotel2 ni, cuba avoid sikit2. husband akak particular sgt dgn benda halal haram ni' saya reply sms..'bagus la kalau mcm tu..kta semua mesti alert  pasal benda halal haram ini.
Sekarang ni dah banyak kemudahan kita untuk check status sijil halal untuk product ni. Tahniah  HDC kerana memperkenalkan Kiosk Komputer Halal Directory. Orang ramai  atau pengguna mesti menggunakan kemudahan yang disediakan!
Lepas tu saya bersama isteri  pergi cari Spegetty, kerana saya teringin  nak makan speggety Bolongna! rupa-rupanya susah nak dapat cheese parmesan yang ada sijil halal! semuanya tiada sijil halal! Isteri saya bagi tau dalam cheese ada rennet, rennet adalah kritikal! kita kena check betul pastikan ada sijil halal. Kalau rennet dari enzim lembu kena pastikan lembu tersebut disembelih atau tidak. kalau enzim dari babi namanya Pepsin, terdapat juga cheese yang menggunakan enzim pepsin, Tak tau kat malaysia terdapat cheese dari enzim pepsin. Cari punya carik memang tak terdapat cheese parmesan yang ada sijil halal. last-last saya beli kraft cheese yang  ada sijil halal AFIC!
Maka malam tu, saya sekeluarga makan Speggetty Bolongna! yang halal...

Bubyeeeeeee...adiosss..



No comments: