Saturday, 2 October 2010

Pork pun ada logo Halal.

Assalamualaikum PPIM,

Saya mempunyai banyak kemusykilan tentang emel-emel yang diterima kebelakangan ini terutamanya tentang logo produk makanan daripada Singapore yang mangandungi ‘PORK’ tetapi ada cop logo HALAL MUIS (SINGAPURA).

 

halal-singapore-web.1.jpg
Pada pengamatan saya, logo kedua-duanya sama tetapi berbeza dari segi warna sahaja.(Mungkin ikut packaging kot..boleh pulak yer logo berubah ikut packaging...), sedangkan logo halal daripada laman web MUIS pula berbeza warnanya.


Di sini juga saya sertakan maklumat yang saya dapat daripada pihak JAKIM mengenai Badan Badan Islam (Luar Negara) Yang Mendapat Pengiktirafan JAKIM. Sedih yang teramat sangat kerana maklumat tersebut juga seperti ‘nak tak nak’ dan ‘tangkap muat’ sahaja…’ tak serius’ langsung.

Satu persoalan lagi, bagaimana pula JAKIM mengiktiraf badan-badan tersebut?Apakah kriteria-kriteria dan syarat-syaratnya?

Apa pula kata JAKIM tentang 2 produk ‘pork’ dari Singapura yang mempuyai logo halal MUIS?

Diharap sangat pihak JAKIM dan pihak terlibat tidak memandang enteng perkara yang melibatkan halal haram ini. Saya amat berharap JAKIM berubah di tahun 2008. Jangan sampai umat Islam sendiri hilang kepercayaan terhadap JAKIM.

No comments: