Monday, 1 March 2010

Kelebihan Sijil Halal Dan Logo Halal



  1. Menambah Keyakinan Pengguna
    Para pengguna akan bertambah yakin dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh premis makanan kerana telah mematuhi piawaian kebersihan dan peraturan Islam melalui "Garis Panduan" yang ditetapkan.
  2. Satu Sumbangan Sosial
    Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini dilihat sebagai satu sumbangan sosial untuk menyediakan makanan bersih lagi suci kepada masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, Pengusaha Islam telah menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah kepada umat Islam khasnya dalam penyediaan makanan halal.
     

  3. Memudahkan Pemantauan
    Dengan Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini, syarikat dan premis makanan akan sentiasa mematuhi "Garis Panduan" yang ditetapkan. Mereka juga akan mendapat nasihat dan kepakaran dari pihak berkuasa agama berkaitan kebersihan, kesucian dan menepati piawaian dunia dan peraturan Islam.
  4. Peningkatan Produktiviti dan Laba Keuntungan
    Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini akan meningkatkan produktiviti syarikat kerana logo ini telah dikenali dan sinonim dengan masyarakat Islam yang menjadi pengguna majoriti di Malaysia. Laba keuntungan akan bertambah melalui tarikan jual beli pengguna yang telah yakin dengan produk / perkhidmatan yang mempunyai Logo Halal.

No comments: