Friday, 2 November 2007
Fatwa Kebangsaan Berkaitan Halal
1.Bioteknologi Makanan dan minuman- penghasilan makanan melalui GM Food khusus apabila ia melibatkan pemindahan DNA babi kepada bahan makanan, minuman atau tumbuh-tumbuhan
FATWA : 12 Julai 1999
a. Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah DNA khinzir adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya adalah haram.
b. Penggunaannya masih belum sampai ke tahap yang boleh dikatakan darurat kerana masih ada pilihan bahan yang lain.
2.Penggunaan Keju sebagai bahan makanan
3.Penggunaan alkohol sebagai penstabil minuman ringan
FATWA : 3 Oktober 1990
-Keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih
24 November 1988
- kordial yang mengandungi bahan citarasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak.
4.Bahan pewarna (Cochineal) dalam makanan
5.Penggunaan agen aktif dalam makanan
FATWA :23 Mac 1995
-Meluluskan penggunaan pewarna cochineal dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006%
7-8 Mac 1990
- Penggunaan agen aktif dalam makanan adalah harus dengan syarat sumber-sumber agen aktif permukaaan tersebut diperolehi daripada tumbuhan dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menutur syarak.
6.Alkohol sebagai penstabil minuman ringan
FATWA :24 November 1988
Kordial yang mengandungi
bahan citarasa (flavour) yang
dimasukkan alkohol untuk tujuan
penstabilan adalah harus (boleh)
digunakan untuk tujuan minuman
sekiranya:
1. Alkohol itu bukan dihasilkan
dari proses pembuatan arak
2. Kuantiti alkohol dalam flavour itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.
7.Gas daripada tahi babi
8.Menternak binatang dua alam
FATWA :12-13 Mei 1981
-Gas yang diperolehi daripada
tahi babi dengan menggunakan api
hukumnya najis dan yang tidak
menggunakan api hukumnya suci.
FATWA :7-8 Mac 1990
i. Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan ekspot adalah harus kerana ia bukan binatang dualam.
ii. Perusahaan menternak katak untuk tujuan ekspot adalah khilaf ulama’:
1. Jumhur ulama’: menternak katak untuk ekspot adalah haram kerana ia binatang dualam
2. Mazhab Maliki: harus
9.Pembiakan siput babi
10.Penggunaan bulu babi
FATWA : 2 April 1988
Perusahaan menternak siput babi
untuk ekspot ke luar negara sebagai
bahan makanan adalah harus.
FATWA :21-22 Januari 1985
Penggunaan berus yang dibuat
daripada bulu babi adalah haram.
Sekiranya tidak pasti berus tersebut
daripada bulu babi atau tidak maka harus
digunakan.
11.Penggunaan elektrikal stunning dalam penyembelihan lembu
12.Baja daripada tahi babi
FATWA :24 November 1988
-Penggunaan elektrikal stunning dalam penyembelihan lembu adalah harus
12-13 Mei 1981
a)baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughallazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh.
b)Makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu, darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal.
Labels:
fatwa,
Technology
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment