Adalah dimaklumkan Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
akan melaksanakan kerja-kerja teknikal menaiktaraf Sistem Pensijilan
Halal Malaysia daripada sistem eHalal kepada MYeHALAL pada 24 dan 25 Mei 2014. Mulai 26 Mei 2014 segala proses Pensijilan Halal Malaysia akan menggunakan sistem MYeHALAL. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh dimaklumkan kepada Unit ICT, Bahagian Hub Halal, Jakim di talian 03-88925030 dan 03-88925041. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.