Saturday, 7 May 2011

Awas! Produk Lucky Food Ada DNA Babi


Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:

1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

2) mengemukakan resit pembelian produk baru;

3) melakukan proses samak; dan

4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

2 comments:

  1. Apa jenama yang syarikat ini keluarkan?

    Aku guna pakcik Google...langusng tak jumpa.

    Ada sesiapa yang tahu?

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum...

    Encik, google guna perkataan Lucky Food, mesti jumpa.
    Ni webnya:
    http://www.luckyfood.com/products/index.php

    Ct 2011

    ReplyDelete

sila komen secara berhemah